Sepetang di Genting Highlands memenuhi undangan majlis baby shower Elisya Sandha, para tetamu dihiburkan celoteh santai Maria Tunku Sabri. Riuh-rendah dibuatnya, ada pula ‘game show’ penuh jenaka dan usik-mengusik bagi menambah kebahagiaan seisi keluarga.
Bertemakan putih dan lilac, pemilihan Maria sebagai pengacara majlis jelas disenangi ramai. Sebagai seorang ibu dan sahabat baik Sheila Rusly, beliau bijak mengendalikan acara ‘gender reveal’ itu agar lebih meriah.
Memang terasa aura pengacara hebat, maklumlah 30 tahun pengalaman sebagai pengacara popular! Berdebar-debar juga masa pasangan parent-to-be, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy nak dedahkan jantina bayi, pandai Maria Tunku Sabri buat saspens masa di atas pentas!
Kesempatan berbual dengan Maria tidak dipersiakan. Paling menarik, bayangkan rupa paras bekas pramugari Malaysia Airlines itu tetap cantik dan muda remaja meskipun sudah mencecah 51 tahun. Apa rahsia awet muda yang diamalkan?
Jom tonton video temu bual eksklusif Majalah Nona dan Maria Tunku Sabri ni…
Kini Maria Tunku Sabri yang masih berkhidmat di Media Prima senang bekerja di belakang tabir sambil menjadi pengacara sambilan. Beliau juga aktif di media sosial, antaranya berkongsi resipi masakan kegemarannya.
Tahukah Anda, Tiada Syampu Yang Dirumus Untuk Semua Jenis Rambut? Patutlah Selalu Gugur!
Pernahkah anda terfikir bahawa selama ini telah mencuci rambut dengan cara yang salah? Ada yang mencuci rambut secara keterlaluan dan tidak kurang juga merasakan seperti ada kekurangan ketika mencuci rambut.
Jawapan bagi dilema yang menghantui diri anda sebenarnya adalah bergantung kepada jenis rambut individu. Perbezaan jenis rambut memerlukan penjagaan yang berbeza.
Rambut nipis/halus
Bagi mereka yang memiliki rambut halus atau nipis cenderung menyerap lebih minyak berbanding dengan rambut jenis lain. Ini bermakna pemilik rambut nipis cepat berminyak dan perlu mencuci rambut lebih kerap. Jika berkesempatan, cuci rambut setiap hari terutama apabila kerap bersenam.
Jika masa menjadi kekangan untuk bersyampu setiap hari, cuba syampu rambut dua kali sehari dengan menggunakan syampu untuk rambut kering. Syampu jenis ini merupakan alternatif terbaik untuk menyerap segala lebihan minyak dalam rambut serta kulit kepala.
Rambut medium
Pemilik rambut medium ini berada di antara jenis rambut nipis dan rambut lebat. Anda boleh mencuci rambut dua atau tiga kali seminggu. Rambut jenis ini tidak menyerap minyak seperti rambut halus juga tidak menyembunyikan minyak seperti rambut jenis tebal. Sebaik-baiknya jangan mencuci rambut setiap hari untuk mengekalkan rambut yang sihat dan cantik.
Rambut lebat
Bagi pemilik rambut tebal atau kerinting lebat bersyampu bukan suatu masalah buat mereka. Ini kerana setiap helai rambut jenis ini berupaya untuk mengelak minyak berkumpul dan mengambil lebih banyak masa untuk memerangkap minyak di dalam rambut. Bersyampu sekali seminggu sudah memadai buat pemilik rambut lebat.
Rambut natural
Jika anda mempunyai rambut jenis ini bermakna tidak perlu bersyampu. Sebaliknya boleh adaptasi dengan kaedah co-wash. Kaedah ini adalah menggantikan peranan syampu kepada perapi rambut sahaja. Syampu akan membuat helaian rambut menjadi cepat kering manakala perapi rambut berfungsi untuk membersihkan rambut tanpa mengeringkannya.
Terdapat juga beberapa jenis syampu yang direka khusus buat mereka yang memiliki rambut jenis natural ini. Syampu jenis ini membersihkan sambil melembapkan rambut dan dalam masa yang sama tidak mengeringkannya.
Rambut berwarna
Rambut yang diwarnakan dengan bahan kimia akan membuat rambut lebih rapuh terutama di bahagian akar rambut. Terlalu kerap mencuci rambut tidak hanya membuat warna rambut cepat pudar malah merosakkan bahagian folikel rambut. Pemilik rambut berwarna ini disarankan untuk mencuci rambut paling tidak dua kali seminggu agar tidak menambah kerosakan rambut anda.
Bersalin Tanpa Jahitan & Tiada Stretch Mark, Ibu Anak 2… DATIN FOUZIAH GOUS Dedah Rahsia!
Alhamdulillah dua kali diberi peluang hamil dan bersalin, Datin Hajah Fouziah Gous tidak mengalami stretch mark. Paling mengagumkan, kedua-dua proses bersalin tersebut dipermudahkan dan tanpa jahitan. Bertuah ibu muda ini. Mesti ramai kaum ibu dan wanita di luar sana tertanya-tanya amalan Datin Hajah Fouziah. Mana tahu, mungkin amalan tersebut juga berkesan untuk mereka yang bakal bergelar ibu.
Tidak lokek berkongsi rahsia, isteri kepada Dato’ Haji Md Zhafran Md Yusof ini melontar bicara. “Ramai orang tak tahu masa saya pregnant, saya minum sarang burung pure FG Walet premium setiap hari. Saya cakap macam ni bukan sebab nak jual barang tapi hakikatnya ia menjadikan kita tak ada water retention.
Bila mengandung, the most important thing is water retention dan buat anda bloated. Nak kurus balik lepas beranak tu dah susah. Jadi, anda kena elakkan water retention. Itu yang paling penting masa anda mengandung.
Satu lagi masa mengandung stretch mark memang langsung tak ada. Perut pun macam tak ada apa-apa dan saya bersyukur sangat. Kuasa Allah, saya beranak dua orang secara normal dan tak ada jahit.
Alhamdulillah, semuanya normal dan my recovery very fast. Jujurnya saya tak rasa macam saya dah beranak pun. Salah satu petuanya, masa mengandung pastikan kita ambil tahu tentang water retention.. kaji kebaikan sarang burung. Macam saya sendiri, sepanjang tempoh tu saya tahu apa yang saya ambil dan minum setiap pagi dan malam.”
Bukan seorang yang gemar pengambilan suplemen berbentuk tablet, Datin Hajah Fouziah juga mengakui beliau seorang yang sangat mementingkan waktu berpantang. “No ice means no ice. Saya tak makan laksa dan pantang pulut setahun. Bukannya soal sama ada nak nampak kurus ke tidak. Luaran memang kita dah rasa sihat tapi dalaman mesti kena jaga.
Saya sendiri sepanjang 100 hari memang air sejuk saya tak sentuh langsung. Other than that, selama 44 hari juga saya akan pastikan saya ikut apa yang disarankan oleh orang-orang dulu.
Saya pakai bengkung, bertungku.. jangan buatkan waktu berpantang anda rasa bosan dan usah torture diri. Boleh pelbagaikan makanan berpantang contohnya salmon. Kita boleh sediakan dengan cara yang sihat dan pakai olive oil. Benda berangin jangan makan,” ujarnya lagi.
Jelas usahawan ini, jika amalkan semua ini secara konsisten.. impian untuk memiliki tubuh idaman seperti zaman anak dara dan dalam masa sama menikmati gaya hidup yang sihat, bukan lagi angan-angan. Semuanya terletak pada diri sendiri.
Kredit: Instagram Fouziah Gous
Wajah Cantiknya Jadi Pujaan, ‘ROSALINDA’ Kini 51 Tahun & ‘Fit’ Macam Anak Dara!
Sekali terpandang wajahnya, mesti nak tengok berkali-kali! Masih ingat lagi tak aktres cantik rupawan yang membintangi telenovela popular Maria Mercedes pada tahun 1992? Kecantikan yang dimiliki selebriti Mexico ini nyata memberi impak kepada peminat drama bersiri tersebut sampai ke hari ini.
Thalia atau nama sebenarnya Ariadna Thalia Sodi Miranda menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 26 Ogos lepas. Tapi dari susuk tubuh dan raut wajah sedikit pun tak menggambarkan umur Thalia bahkan pesona yang ada pada dirinya tetap menarik pandangan!
Lebih 2 dekad mendirikan rumah tangga bersama Tommy Mottola yang merupakan CEO Sony Music, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sabrina Sakae Mottola Sodi berusia 13 tahun dan Matthew Alejandro Mottola Sodi, 10 tahun.
Tommy yang bertindak selaku penerbit muzik dan buku serta usahawan berjaya dalam industri seni Amerika ini juga sebenarnya bekas suami kepada penyanyi terkemuka, Mariah Carey.
Namun perkahwinan bersama pelantun lagu My All berkenaan hanya bertahan selama lima tahun sebelum kedua-duanya dilaporkan berpisah pada tahun 1998. Dua tahun kemudian, Tommy menamatkan zaman duda bersama Thalia dan berkahwin pada 3 Disember 2000.
Bersandarkan kejayaan Tommy dan kemasyhuran isterinya, Thalia sebagai penyanyi, pelakon dan ahli perniagaan tak hairanlah pasangan ini mampu menikmati kehidupan serba mewah.
Selesa menaiki jet peribadi untuk bercuti, Thalia dilihat kerap memuat naik gambar percutian bersama keluarga di media sosial miliknya selain berkongsi cita rasa fesyen buat tatapan hampir 20 juta peminat!
Alahai, sudahlah cantik, kaya dan ternama pula tu. Patutlah dia mendapat gelaran ‘Queen of Latin Pop’.
Mengintai Instagram Thalia, wanita cantik ini rupa-rupanya seorang yang aktif bersukan lasak dan berenang. Sebelum ini Thalia dan keluarga telah berkunjung ke Utah untuk mengikuti aktiviti rock climbing. Tidak cukup dengan itu, dia juga gemar melakukan rutin senaman pilates demi mengekalkan susuk tubuh langsing dan bertenaga.
Teruja tengok aksinya melakukan teknik pilates sebab bukan mudah untuk mahir dalam rutin tersebut kerana memerlukan keseimbangan tubuh yang tinggi.
Lepas ini kalau ada yang berhajat hendak memiliki tubuh seksi seperti Thalia, boleh amalkan sukan mendaki dan praktikkan pilates. Dengan usia yang sudah pun memasuki usia 51 tahun dan mempunyai dua orang anak, kecantikan dan aura Thalia sememangnya tiada tandingan.
Sudah pasti segala kecantikan, kemasyhuran dan kemewahan yang dimiliki Thalia menjadi impian setiap wanita.