Maria Tunku Sabri Redha Gelaran ‘Kaki Makan’, Kini Selesa Buat Sales & Enjoy Memasak!

Sepetang di Genting Highlands memenuhi undangan majlis baby shower Elisya Sandha, para tetamu dihiburkan celoteh santai Maria Tunku Sabri. Riuh-rendah dibuatnya, ada pula ‘game show’ penuh jenaka dan usik-mengusik bagi menambah kebahagiaan seisi keluarga.

Bertemakan putih dan lilac

, pemilihan Maria sebagai pengacara majlis jelas disenangi ramai. Sebagai seorang ibu dan sahabat baik Sheila Rusly, beliau bijak mengendalikan acara ‘gender reveal’ itu agar lebih meriah.

Memang terasa aura pengacara hebat, maklumlah 30 tahun pengalaman sebagai pengacara popular! Berdebar-debar juga masa pasangan parent-to-be, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy nak dedahkan jantina bayi, pandai Maria Tunku Sabri buat saspens masa di atas pentas!

Kesempatan berbual dengan Maria tidak dipersiakan. Paling menarik, bayangkan rupa paras bekas pramugari Malaysia Airlines itu tetap cantik dan muda remaja meskipun sudah mencecah 51 tahun. Apa rahsia awet muda yang diamalkan?

 

 

 

Jom tonton video temu bual eksklusif Majalah Nona dan Maria Tunku Sabri ni…

 

Kini Maria Tunku Sabri yang masih berkhidmat di Media Prima senang bekerja di belakang tabir sambil menjadi pengacara sambilan. Beliau juga aktif di media sosial, antaranya berkongsi resipi masakan kegemarannya.

Share
Published by
Norzalina