Mengikat ikatan perkahwinan mungkin mudah tetapi membina dan mengekalkan bahtera perkahwinan mencabar kewarasan minda. Setiap pasangan pasti menempuh duguaan alam perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing. Orang kata kesetiaan seorang suami teruji apabila dilimpahi kemewahan dan kesetiaan seorang isteri apabila diduga dengan masalah kewangan.
Pasangan yang sentiasa bercinta penyanyi dan pelawak terkenal, Mark Adam bersama isterinya, Norazah atau lebih dikenali sebagai Ezan juga tidak terlepas dengan dugaan perkahwinan.
“Banyak susah senang yang kami lalui bersama sebelum Mark berada di tahap sekarang. Kami bermula dari zero. Dulu kami pernah mengalami masalah kewangan, Mark pernah menganggur selama dua tahun dan saya sebagai isteri kena bantu.
Ads
Alhamdulillah kami masih lagi bersama saat susah dan senang. Kini Mark berjaya dalam karier seninya dan saya bersyukur dapat tunaikan hasrat ayahnya yang sudah meninggal dunia untuk melihat Mark berada di pentas yang besar,” ujar Ezan.
Ads
Wanita ini juga beruntung kerana Mark Adam bukan jenis lelaki yang tidak mahu berusaha, “Suami seorang yang tidak mudah putus asa. Walaupun sesuatu perkara itu Mark tak pernah buat tapi dia tetap yakin bahawa dia boleh buat. Contohnya berlakon, Mark tak pernah buat. Mula-mula tu agak sukar juga dia nak hafal skrip.
Sayalah yang banyak membantunya di rumah untuk faham dan hafal dialog termasuk membawa Mark ke sana sini bagi memenuhi komitmen kerjayanya. Mark selalu kata “Yes, I can do it!” dan berpegang kepada prinsip demi mencari rezeki. Mark tak pernah pandang kerjayanya semata-mata nak kejar glamor. Bagi Mark ada kerja, ada duit,” ujar Ezan.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuah Angeline Tan, adik ipar sendiri ajar masakan Kelantan, eksklusif kongsi resipi keluarga Sabri Yunus, Nasi Kerabu Tumis.
Dapat mak mertua, ahli keluarga dan ipar duai yang baik pun satu rezeki. Bukan semua orang merasa dapat keluarga pasangan yang penyayang macam mualaf yang juga selebriti popular, Ardini Angeline Tan ni.
Genap enam bulan berumah tangga selepas lebih 30 tahun bersahabat, perkahwinan Angeline Tan dengan Sabri Yunus terus diperkatakan. Pada usia Angeline mencecah 57 tahun, wanita yang baru pertama kali menyambut Hari Raya sebagai saudara baru itu teruja berkongsi pengalaman.
Selain suami, Angeline Tan bertuah kerana ibu mertua dan adik-beradik iparnya banyak membantu sepanjang beliau mengadaptasi kehidupan baru sebagai Muslim.
Penghijrahannya ke agama Islam diterima baik. Angeline Tan juga banyak belajar memasak dan menyelami tradisi puasa dari keluarga suaminya di sebelah Kelantan.
Sebagai seorang wanita yang rajin memasak, Angeline Tan banyak dibantu oleh Kak Sabariah, adik kepada Sabri Yunus tentang ilmu kulineri Kelantan.
Bukan calang-calang orang! Nak tengok kehandalan Angeline di dapur? Jom tengok temu bual eksklusif Riuh Ramadan ni…
Antara masakan Kelantan yang baru dipelajari adalah Nasi Kerabu Tumis. Berikut resipi yang dikongsikan secara eksklusif untuk peminat Majalah Nona.
Kuah sambal tumis:
Cili kering – dikisar
Bawang merah – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar
Serai
Daun limau purut
Gula Melaka
Santan
Asam keping
Garam & gula secukup rasa
Air
Bahan kerabu:
Bunga kantan – dihiris
Kacang panjang – dihiris
Kacang botor – dihiris
Tauge
Kobis
Timun – dihiris
Serai
Kangkung
Isi ikan
Kerisik – digoreng
Beras – dimasak dengan bunga telang
Dimakan bersama:
Ayam/daging bakar
Solok lada
Telur masin
Sambal belacan
Cara membuat:
1. Untuk membuat kuah sambal tumis, masak semua bahan yang dikisar dan tuangkan santan. Apabila kuah mendidih, masukkan daun limau purut, asam keping dan perasa secukupnya. Tambah air mengikut kepekatan yang disukai. Ketepikan.
2. Untuk membuat nasi kerabu, gaulkan nasi bunga telang yang dimasak dengan semua bahan kerabu yang dihiris.
3. Hidangkan bersama lauk-pauk kesukaan seperti ayam bakar, daging bakar, solok lada, telur masin dan sambal belacan.
Nona tertarik berkongsi foto terkini Angeline Tan bertelekung serba putih baru-baru ini. Dalam perkongsian beliau di dalam kereta tersebut, beliau menulis…
“Pengalaman yang sangat baik dan indah. Pagi 1 Syawal ke masjid solat sunat Aidilfitri.”
Syukur alhamdulilah. Mudah-mudahan aktres jelita dan disayangi ramai ini terus konsisten menyelami agama Islam dan mencari hidayah yang diredhai-Nya. Semoga istiqamah!
Dalam kehidupan kita sekarang begitu mudah untuk melakukan dosa. Lebih-lebih lagi segala informasi hanya di hujung jari. Pantas sahaja jari menyusun kata fitnah atau menyebarkan fitnah tanpa usul periksa. Tak pasti, jangan kongsi, kan.
Coretan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ini sememangnya menyentuh hati. Kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari daripada membuat kesilapan. Ada kala kita mungkin telah melampaui batas dengan imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT.
Namun kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya terlalu besar dan sentiasa membuka pintu taubat kepada kita. Sempena Ramadan yang bakal menjelang marilah kita sekurang-kurangnya menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
♥ Pertama
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
♥ Kedua
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3 Qul atau ayat qursi.
♥ Ketiga
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke manapun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
♥ Keempat
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
♥ Kelima
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
♥ Keenam
Jaga wuduk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwuduk sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
♥ Ketujuh
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak sebulan lalu, lagu Sang Dewi nyanyian Titi DJ kembali viral di platform media sosial apabila naskah yang popular pada tahun 2001 dinyanyikan semula oleh Lyodra dan Andi Rianto. Lagu “Sang Dewi” ditulis oleh Titi DJ bersama dengan sang komposer, Andi Rianto.
Populariti lagu tersebut sekaligus meletakkan Titi DJ sebagai salah seorang Diva Indonesia apatah lagi dengan penjualan lebih 200,000 ribu kaset ketika itu!
Walaupun klip video lagu tersebut telah dimuat naik di saluran Youtube kira-kira 10 tahun yang lalu, sehingga kini ia telah ditonton oleh 6.3 million penonton!
Titi DJ kini meniti usia 56 tahun, namun tetap mengekalkan kecantikannya dengan cara yang tersendiri. Diva pop Indonesia yang mana nama penuhnya Titi Dwi Jayati memiliki cara tersendiri untuk merawat wajahnya.
JIka kebanyakan selebriti memilih mendapatkan rawatan wajah di salon kecantikan, rupanya ibu kepada empat cahaya mata ini mempunyai cara yang berbeza untuk merawat tubuh dan wajahnya.
Bekas isteri Bucek Depp ini jarang memanjakan dirinya di spa tetapi lebih selesa melakukan perawatan tubuh dan wajah di rumah.
Rupanya penyanyi yang popular dengan lagu Sang Dewi ini tidak sanggup berhadapan dengan kesesakan lalu lintas di ibu kota Jakarta memandangkan dia menetap di Bintaro. Alasan yang kukuh untuk dirinya mencari alternatif terbaik melakukan perawatan wajah dengan cara tersendiri!
Sambungnya lagi, melakukan perawatan wajah di rumah memberi kebebasan untuk dirinya bersantai dan mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak yang kini semakin meningkat dewasa.
Salah satu cara yang paling ringkas dan kerap dilakukan di rumah adalah dengan menggunakan masker wajah bersama tiga anak gadisnya tatkala bersantai di rumah.
Melalui akaun Instagram peribadinya, Titi DJ kerap berkongsi mengenai aktiviti senaman yang menjadi pilihannya untuk mengekalkan stamina dan kesihatan.
Rupanya, Titi DJ lebih selesa memilih aktiviti senaman berjalan kaki bersama anak-anak sebagai aktiviti riadah. Selain itu, untuk mengekalkan berat badan, pola pemakanan sihat dan memantau pemakanan yang diambil setiap hari menjadi salah satu rahsia kecantikannya.
Memetik sesi temubual bersama https://www.briliofood.net/, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Berhenti Mencintaiku ini menyenaraikan pola gaya hidup sihat yang diamalkannya.
Titi DJ menjadikan buah avokado sebagai makanan ketika bersarapan di waktu pagi. Buah avokado kaya dengan vitamin dan mineral seperti kaliu, fosforus, magnesium, vitamin A dan E serta mampu merendahkan tekanan darah dan kolesterol.
Selain itu, selebriti cantik ini juga mengamalkan minum air kelapa muda untuk memastikan kulit yang cantik serta meningkatkan imunisasi tubuh. Manakala susu kacang badam pula menjadi pilihannya sebagai minum snek kerana ia bebas laktosa selain menguatkan tulang serta menguatkan daya ingatan.
Selebiti ini juga mengamalkan diet yang ketat serta mengelakkan pengambilan makanan yang diproses. Oleh itu, Titi DJ lebih selesa memasak sendiri hidangan untuk dirinya atau memilih hidangan yang segar dalam diet sehariannya. Selain itu, senaman merupakan kegemaran selebriti ini bersama anak-anak. Jadi, aktiviti keluarga mereka sering dipenuhi dengan aktiviti bersama sekaligus dapat mengeratkan kasih sayang.
Sehingga kini, diva popular ini telah mempunyai 17 album rakaman yang menampilkan pelbagai lagu hits yang malar segar sehingga ke hari ini.
Puncak kerjayanya dalam bidang muzik terzahir apabila album Bahasa Kalbu (1999) yang meledak di pasaran dengan single “Bahasa Kalbu”, “Tak Akan Cinta Yang Lain”, dan “Jangan Berhenti Mencintaiku”.
Album ini meletakkan namanya sebagai penerima terbanyak Anugerah Musik Indonesia 1999 dengan lima pengiktirafan termasuklah kategori utama iaitu Album Terbaik, Penyanyi Rakaman Terbaik dan Penulis Lagu Terbaik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.