Mark Blum Korban COVID-19, Madonna Tegur Penduduk AS ‘Follow The Quarantine Rules!’

Pagi Jumaat, berita kematian seorang pelakon veteran Hollywood akibat komplikasi jangkitan virus Corona menggemparkan industri hiburan antarabangsa. Mark Blum, 69, disahkan meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas dijangkiti COVID-19 minggu lepas.

Korban COVID-19 itu ditangisi oleh kebanyakan peminat siri televisyen lewat 80-an dan 90-an, antaranya Law & Order, Roseanne, New York Undercover, The West Wing, NYPD Blue dan Frasier.

Instagram @gettv.official
Instagram @giles.allen
Instagram @giles.allen
Crocodile Dundee

Menurut isterinya, Janet Zarish, sebelum ini mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti virus COVID-19. Aktor popular yang pernah membintangi filem Desperately Seeking Susan, Crocodile Dundee dan siri Netflix, You, itu walau bagaimanapun menghidap asma.

“Mendiang merupakan seorang yang lucu, penyayang dan profesional” Madonna, aktres Desperately Seeking Susan (1985)

Madonna turut dilihat memperingati pemergian sahabatnya itu melalui satu posting di Instagram pagi tadi.

Madonna dengan jelas meminta peminatnya supaya mengambil serius tentang wabak COVID-19 serta mengikut peraturan kuarantin sebaik mungkin.

Another reminder that this virus is no joke, nothing to be casual about or pretend wont affect us in some way. We need to stay grateful, be hopeful, help each other and follow the quarantine rules! – Madonna

Kini dilaporkan virus COVID-19 juga menjangkiti beberapa bintang veteran Broadway lain seperti Gavin Creel, Aaron Tveit dan Laura Bell Bundy.

Tertinggi Di Dunia

Sehingga hari ini, kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dan Itali dengan peningkatan mendadak sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404.

Sumber dari Astro Awani, kota raya New York, Washington dan California merupakan lokasi panas dan paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu. Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.

Menurut statistik terbaharu Universiti Johns Hopkins, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes. China setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes import.

Sementara itu, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa diikuti dengan Sepanyol dan China.

 

IKLAN
Share