Gaya Hidup

Marsha Milan Sambut ‘Birthday’ Ibu Mentua Tersayang, Kediaman Mewah & Kelibat Tokti Jadi Perhatian!

Seronok tengok keakraban penyanyi bersuara lunak, Marsha Milan dengan ibu mentua. Baru-baru ini Marsha memuat naik video sambutan ulang tahun kelahiran ibu mentua tersayang di media sosial.

Ternyata perkongsian tersebut meraih lebih 200 ribu tontonan dan ribuan reaksi daripada peminat.

Walau hanya diadakan di rumah dan dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat, hari lahir ibu mentua Marsha iaitu Datuk Hajah Haslinda atau mesra disapa Mama Linda tersebut cukup meriah.

Lebih menarik tumpuan ialah kelibat penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami.

Kredit Instagram @

Kredit Instagram @marshamilan
Kredit Instagram @marshamilan
Kredit Instagram @marshamilan

Dalam video itu, Datuk Hajah Haslinda tampil dalam persalinan jubah rona coklat lengkap berniqab sambil ditemani anak-anak dan menantu tersayang.

Ujar isteri Mohamed Shaiful Nizam itu, “We love you mama! Wishing a blessed and joyous birthday to my dear mother-in-law. On this special day, may Allah’s blessings and guidance be with you always. Thank you for your wisdom and patience, your faith, and your love.

May this day be as beautiful as your heart. Happy Birthday! Heartfelt gratitude to all who participated in orchestrating this momentous event.”

Tidak hanya kemeriahan majlis ulang tahun kelahiran Datuk Hajah Haslinda, kediaman mewah dan tersergam indah juga menjadi perhatian ramai khususnya peminat Marsha.

Kredit Instagram @marshamilan
Kredit Instagram @marshamilan
Kredit Instagram @marshamilan

Marsha Milan berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamed Shaiful Nizam pada tahun 2015 dan dilaporkan selesa tinggal bersama keluarga mentuanya selepas berumah tangga berbanding duduk berasingan.

Moga hubungan erat dan mesra ahli keluarga ini terus berkekalan hingga ke syurga.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/meriah-sambut-birthday-anak-lelaki-di-rumah-kediaman-marion-caunter-pula-jadi-perhatian/

Share
Published by
Suzi