Martabatkan Hak Wanita, PUTERI SARAH Impi Bertanding Di PRU16 “Seseorang Perlu Bangun & Lantang Bersuara”

Kisah rumahtangga yang melibatkan Puteri Sarah dan suaminya, Shamsul Yusoff masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini walaupun kes yang melibatkan mahkamah itu masih belum diputuskan. Kes pergolakan yang terjadi sekaligus mencipta imej seorang wanita yang kuat bagi pelakon berusia 36 tahun ini di mata para peminat industri seni tanah air. Puteri Sarah juga banyak dilihat berkongsi tentang hak wanita di laman media sosial sejak kisah pergolakan rumah tangganya menjadi bualan netizen.

Dan baru-baru ini, Puteri Sarah adan menyatakan hasratnya untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) selepas melihat undang-undang yang mempertahankan hak wanita di Malaysia ini masih di takuk yang lama. Dengan hasratnya itu, dia berharap untuk memartabatkan hak kaum wanita.

Menerusi laporan Kosmo, enggan lagi martabat dan hak wanita ditindas, Sarah berniat untuk bertanding pada PRU16 demi mempertahankan hak wanita di Malaysia.

Memetik sumber Kosmo, jelasnya “Lagi lima tahun nak bertanding jugalah untuk pertahankan hak wanita kerana di Malaysia perkara itu masih tidak kuat. Perlu ada seseorang yang lantang bersuara untuk semua mangsa.”

Menyedari hakikat dirinya tiada pengalaman dalam bidang politik menyedari, Puteri Sarah akui harus mempelajari selok-belok berkaitan undang-undang serta politik bagi memastikan hasratnya itu menjadi kenyataan. Menurutnya, lebih baik jika memiliki kelayakan diploma atau ijazah dalam bidang politik sebelum menceburkan diri dalam bidang sebegini.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus