Manusia hanya mampu merancang tapi Allah penentu segalanya. Syukur alhamdulillah, tumpang gembira dengar berita kehamilan isteri Datuk Jamal Abdillah yang disahkan
sedang hamil anak kedua. Bagi empunya diri, Datin Zai Izatti bagaimanapun tidak menyangka rezeki untuk timang cahaya mata sekali lagi datang secepat ini. Apatah lagi anak sulung, Nur Azura Yamani bakal memasuki usia 7 bulan pada 10 Mei ini.

IKLAN

Ketika dihubungi untuk mendapatkan kepastian, isteri Raja Pop tanah air ini dengan mesra mengesahkan berita gembira tersebut. Memandangkan kurniaan terindah dari ilahi ini diterima dalam bulan Ramadan, Datin Zai dan Datuk Jamal Abdillah menganggap ia merupakan satu rahmat buat rumah tangga mereka berdua. Yang pasti, ini reaksi kedua-duanya saat doktor memberi keputusan ujian kehamilan beberapa hari lepas.

“Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua
Ketika majlis cukur jambul & akikah Nur Azura Yamani

“Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua “Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua

“Masa disahkan hamil tu, kami terkejut sangat-sangat! Saya tahu yang saya hamil sebab rasa mual-mual teruk sampai nak makan pun tak selera. Tapi waktu tu tak fikir sangat pun sebab masih menyusu badan. Tambahan pula period saya tak teratur. Cuma bila rasa diri kerap sangat rasa mual-mual tu yang terasa hendak check. Tengok-tengok positive, alhamdullilah. Tapi dalam masa sama masih terkejut,” ujar Datin Zai yang kini meniti usia 12 minggu kehamilan.

Mengakui sedang melalui fasa ‘alahan’, Datin Zai turut berkongsi keadaan dirinya ketika ini. “Memang sekarang ni tengah alahan, hilang selera makan, muntah dan berat badan pun turun. Apa-apa pun alahan waktu mengandungkan Azura dulu lagi teruk berbanding sekarang. Sejujurnya saya dan suami tak jangka langsung akan hamil lagi. Iyalah, masa bersalin Azura kan czer. Memang kami merancang, tapi tak sangka rezeki Allah nak bagi secepat ini. Alhamdullilah.”

Tambahnya lagi, “Buat masa ini Datuk okay. Cuma dia suka makan asam pedas je.”

“Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua “Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua “Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua

IKLAN

Bercerita tentang si comel Azura pula Datin Zai berkata anak perempuannya ini makin bijak dan mencuit hati. “Azura masuk 7 bulan, dah pandai merangkak dan duduk. Baru-baru ni dia dah mula berdiri. Juga paling pandai meragam. Sejak tahu hamil anak kedua, doktor pesan suruh saya rehat secukupnya, banyak minum air kosong dan jangan buat kerja berat-berat,” kata Datin Zai yang merancang mahu empat orang anak jika diizinkan Allah.

Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober lalu merupakan cahaya mata pertama Datin Zai Izzati sementara zuriat ketiga bagi Datuk Jamal Abdillah. Awal kehamilan, baik Datuk Jamal mahupun isteri memilih untuk tidak mengumumkan berita gembira tersebut kepada peminat. Ini kerana ujar penyanyi yang berasal dari Perak itu, isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan mendapatkan rawatan pakar bagi menguatkan rahim.

IKLAN

“Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua “Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua “Masa Disahkan, Kami Terkejut Sangat-Sangat!” Isteri DATUK JAMAL ABDILLAH Hamil Anak Kedua

Syukur kerana kehadiran Nur Azura Yamani menyerikan lagi rumah tangga Datin Zai Izzati dan Datuk Jamal Abdillah. Mereka sah bergelar suami isteri pada tanggal 1 April 2017 di Ipoh, Perak selepas berkenalan selama dua bulan dan berjumpa hanya sekali sebelum bernikah. Tiga tahun melayari bahtera perkahwinan dan kini diserikan dengan kehadiran Azura serta cahaya mata yang bakal dilahirkan kelak, pastinya pasangan selebriti ini sedang diulit bahagia!

Mengenali suri hati Datuk Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati yang berusia 26 tahun sememangnya seorang wanita yang cukup sempurna. Rupa paras beliau yang sarat dengan kelembutan dan berkulit mulus mampu membuatkan sesiapa sahaja menoleh beberapa kali.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI