Masa Tempoh PKP Inilah SUAMI Berpeluang BANTU ISTERI, Jangan ASYIK Mengadap Telefon Sahaja

Tersentuh dengan post yang Ustaz Ebit kongsikan dalam laman Instagramnya. Berapa ramai suami yang tersentuh dengan pengorbanan isteri dan terus bantu isterinya di rumah?

 Panjang lebar post Ustaz Ebit, dengan iringan lagu yang betul-betul menyusup jiwa. Cuti hujung minggu lalu, Ustaz Ebit bantu isterinya ke kedai dobi kerana mesin basuh di rumah rosak. Bukan sahaja isteri terpaksa membawa baju yang berbakul ke kedai dobi, dibawanya bersama anak-anak.

 Cuti hari ni, tolong bidadari dobi baju. Mesin basuh dekat rumah rosak repair. Cian bidadari saya kena pergi dobi. Dengan anak-anak lagi. Ya Allah. Rupanya boleh tahan penatnya nak angkat bakul-bakul ni semua. Berdosanya saya. Kuatnya bidadari saya dan semua wanita diluar sana. Ramai juga di dobi. Ada yang bawa baby dan anak kecil risau tengok.”

Kata Ustaz Ebit, beliau pernah bantu seorang wanita yang terjatuh bakul. Terus teringatkan isteri di rumah. sungguh bahagianya Ustaz Ebit apabila dapat membantu bidadarinya meringankan kerja rumah. Seronok membaca setiap post dari Ustaz Ebit, lebih-lebih lagi kisah rumahtangganya. Romatik betul!

Kadang-kadang sebagai suami, kita perlu juga memanjakan isteri. Jika bukan dari segi material, cukup juga sekadar perhatian dan kasih sayang. Paling seronok apabila si suami ringan tulang untuk bantu kerja-kerja rumah.

Kredit video: Instagram Ustaz Ebit Lew

 

Share
Published by
KR