Jika sebelum ini jenama Jimmy Choo cukup sinonim dengan barisan sepatu tinggi dan tas tangan mewahnya, kini serlahkan tampilan korporat anda dengan kaca mata hitam lengkap bingkai yang melambangkan prestij diri menerusi koleksi musim Spring/Summer 2023.
Bayangkan kaca mata monogram JC yang mewah, bertatahkan kristal dan gemerlapan batu-batuan pada bingkainya.
Koleksi kali ini bukan sahaja menyerlahkan sisi glamor dan keyakinan si pemakai, malah dihasilkan dari material acetate dengan bingkai ringan yang bermutu tinggi.
Nampak klasik dan trendy, penampilan anda pasti terlihat lebih profesional apabila memadukan bersama busana kerja atau blazer!
GAYA LADY BOSS
GAYA MODERN DAY PRINCESS
Tip Pilih Bingkai Kaca Mata Ikut Bentuk Muka
1. BULAT
Sesuai: Bingkai berbentuk segi empat bagi menampakkan wajah anda lebih kurus dan panjang.
Elakkan: Bingkai yang berbentuk bulat dan bingkai yang bersaiz kecil daripada wajah anda.
2. BUJUR SIRIH
Sesuai: Pelbagai pilihan bentuk bingkai. Untuk lebih menarik, pilih cermin mata yang sama lebar dengan wajah anda.
Elakkan: Bingkai yang terlalu besar dari bentuk muka anda.
3. SEGI EMPAT
Sesuai: Bingkai kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan dengan wajah anda.
Elakkan: Bingkai yang bersegi yang akan menampakkan lagi wajah anda berbentuk petak.
4. HATI
Sesuai: Bingkai yang ringkas seperti cermin mata tanpa bingkai atau ‘cat eye’ amat sesuai untuk anda.
Elakkan: Bingkai yang bersegi dan kecil akan menonjolkan lagi bahagian dahi anda.
This website uses cookies.