Atasi Masalah BIBIR KERING Dengan LANGKAH MUDAH Ini!

Bukan susah untuk membelai wajah. Cuma perlu sedikit bajet dan kerajinan. Tetapi dengan langkah mudah ini, anda akan lihat perubahan pada bibir, iaitu bahagian paling mudah untuk diberi perhatian. Hanya gunakan INI  untuk lebih mudah!

 

Wajah yang cantik perlu ada pakej lengkap. Mata sihat bersinar, wajah yang bersih serta bibir yang mungil. Jangan asyik sorok bibir dengan gincu kerana tiap kali anda membersihkannya, yang tinggal hanya bibir hitam dan kusam. Anda perlu ingat, perbezaan kecantikan wanita dan lelaki adalah dari kulit bibirnya.

 

TIDAK MEROKOK

Ia adalah masa terbaik untuk anda berhenti merokok. Kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok boleh memudaratkan kesihatan dan memperlihatkan wajah yang sugul dan tidak bermaya.

HINDARI KAFEIN

Lebihan pengambilan kopi dan teh boleh menyebabkan bibir bertukar warna menjadi lebam serta meninggalkan kesan kotoran pada gigi. Jadi, hadkan pengambilan kafein untuk mengelakkan bibir menjadi gelap.

KURANGKAN MATAHARI

Hindari aktiviti luar yang melibatkan pancaran matahari terlalu kuat. Pendedahan kepada matahari boleh menyebabkan kulit bibir bertukar gelap kerana peningkatan pigmen melanin pada bibir. Pastikan anda menyapu produk penjagaan bibir dengan SPF atau perlindungan UV.

PERIKSA GINCU BIBIR

Penggunaan gincu bibir yang berkualiti rendah boleh menyebabkan pigmentasi pada bibir. Jangan lokek melabur sedikit wang untuk kelihatan cantik. Sentiasa periksa tarikh luput produk. Produk yang mengandungi shea butter, clarified butter, vitamin E dan minyak jojoba sangat bagus untuk kulit bibir kerana ia melembapkan bibir. Untuk mencuci gincu, gunakan pencuci solekan dari bahan seperti minyak zaitun, badam atau minyak kelapa.

SKRUB BIBIR

Skrub bibir sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi menanggalkan sel kulit mati serta meningkatkan perjalanan darah. Campurkan lima hingga enam titik minyak zaitun dan sesudu teh gula dan gunakan untuk proses pengelupasan kulit bibir.

JANGAN MENJILAT BIBIR

Pakar dermatologi juga menasihatkan supaya tidak menjilat atau menyedut bibir untuk menjadikannya basah. Jika amalan ini berterusan, ia boleh membawa kepada kegelapan pada bibir.

DIET SIHAT

Kecantikan bibir juga ada kena mengena dengan pengambilan makanan sihat untuk tubuh. Amalkan diet sihat dan makan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan. Pengambilan vitamin C juga penting untuk mengelakkan pigmentasi bibir.

JAUHI AIR KLORIN

Air berklorin juga cenderung menjadikan kulit bibir kelihatan gelap.

 

GENETIK

Ada juga kes di mana kulit bibir menjadi gelap kerana faktor genetik. Sebagaimana anda berusaha untuk membersihkannya, ia tidak akan hilang. Hanya rawat bibir untuk mengelakkannya dari menjadi kering dan kusam.

 

 

TIP RAWAT BIBIR GELAP

  • Oles minyak badam pada bibir sebelum tidur untuk mencerahkan bibir yang gelap serta mengurangkan perubahan warna.
  • Campurkan jus lemon pada minyak badam dan sapu pada bibir.
  • Aplikasi jus timun setiap hari pada bibir untuk mencerahkan bibir.
  • Olesan campuran jus limau, gliserin dan madu dan biarkan semalaman akan melembutkan bibir anda.

 

Share
Published by
KR