Siapa yang tak kenal dengan selebriti cantik, Farahdhiya. Selain berbakat sebagai penyanyi dan berlakon, pelantun lagu Bertahta Di Hati ini memang pandai memasak. Ada saja masa terluang di rumah, pasti dia akan masuk ke dapur dan memasak.
Kecur tengok masakan wanita kacukan ini yang kebanyakannya lauk-pauk kampung!
Kalau intai media sosial penyanyi berusia 39 tahun ini, selain berkongsi rutin harian dan kerjaya Farahdhiya juga gemar memuat naik video masakan.
Tak dinafikan, video masakan Farahdhiya meraih ribuan tontonan dan rata-rata warga maya mengagumi bakat memasak jelitawan ini.
Bersempena ketibaan Ramadan, Farahdhiya memanfaatkan bulan penuh keberkatan ini dengan menyediakan hidangan berbuka puasa untuk keluarga tersayang.
Malah pada 1 Ramadan lalu dia berkongsi menu berbuka kepada followers tersayang.
“Salam Ramadan semua. Hari ni saya masak sayur peria udang kering dengan telur, sambal belacan udang, masak lemak cili api ayam kentang, ikan masin dan ulam. Selamat berbuka everyone.”
“Masak sendiri selagi boleh. Asam pedas ikan pari, sayur kubis, telur dadar, telur masin dan sambal belacan. Kuih memang jarang atas meja, selagi boleh elak memang akan elak, because itu semua punca-punca naik badan. Kita makan buah dan kurma je. Itu tip untuk badan maintain.”
Dia yang anggun berjubah ungu turut kelihatan memasak bubur lambuk bersama rakan artis seperti Dato’ A. Aida, Datuk Yusof Haslam, Dato’ Fizz Fairuz, Zulhuzaimy, Nadia Brian, Ummi Nazeera dan Serina Redzuawan.
Memang Naib Juara Gegar Vaganza Musim 2015 ini seorang ‘kaki masak’. Walau Farahdhiya mempunyai darah kacukan, tapi seleranya ditambat dengan juadah tradisi. Lebih-lebih lagi menu berasaskan lauk kampung.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seraut wajah bersih tanpa cela pasti tersenarai antara wishlist wajib bagi setiap wanita. Saban bulan kulit dimanja dengan produk penjagaan terbaik sambil sesekali membelainya dengan rawatan wajah intensif. Anda berhabis ribuan ringgit, namun kenapa masalah kulit tetap melanda?
Jika anda masih runsing dengan kondisi kulit bermasalah, cuba perhatikan rutin corak pemakanan – barangkali yang ‘di dalam’ itu perlukan lebih perhatian.
Detoksifikasi
Sedar atau tidak, kebanyakan makanan di sekeliling kita telah dicemari dengan toksik. Bahan-bahan tercemar ini mudah larut dalam darah dan seterusnya diangkut ke seluruh tubuh.
Sesekali lakukan detoks untuk ‘mencuci’ sistem penghadaman dengan cara bijak dan sihat. Selepas melakukan ‘cucian’ perut ini, anda dapat merasa perbezaan ketara pada kulit – ia lebih segar dan bercahaya dari dalam. Yang penting, mulakan amalan ini dengan mendapatkan konsultasi doktor terlebih dahulu jika anda sedang mengandung, menghidap diabetes, di bawah pengaruh ubat atau berpenyakit.
(a) Detoks Hujung Minggu
Makan banyak buah-buahan segar sewaktu bersarapan. Pilihlah yang berwarna cerah seperti kiwi, anggur, mangga, betik, pic, beri, strawberi, pir dan epal.
Jamah segenggam kekacang sebagai snek sarapan bersama teh hijau, teh herba atau air suam.
Sediakan semangkuk salad istimewa untuk makan tengah hari dengan campuran bunga kobis, tomato, timun, brokoli, lada hijau, hirisan lobak, avokado, sedikit rempah dan bawang. Tambah perisa dengan minyak zaitun secukupnya, hirisan herba, bawang putih, jus lemon dan cuka.
Waktu snek diisi dengan kuaci, gajus dan biji labu atau pek kecil yogurt tulen sambil menghirup teh hijau atau teh herba.
Buat stim kukus sayur-sayuran segar dan berwarna cerah seperti brokoli, bunga kobis, labu air, bawang perai dan kobis merah dengan herba untuk makan malam.
(b) Detoks Harian
Minum banyak air mineral atau bertapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Tambahkan sedikit perisa dengan memerah jus limau nipis atau merendam hirisan lemon untuk kelainan.
Tukar amalan meminum kopi dengan teh hijau. Ia kaya dengan antioksidan dan boleh ‘mencuci’ usus.
Jus buah-buahan pekat dan segar seperti jus lobak, epal, tembikai, betik dan sebagainya sangat digalakkan tetapi jauhi gula dan ais.
Banyakkan makanan berunsur buah-buahan, sayuran hijau, berfiber dan cecair untuk memudahkan proses penyahtoksinan. Rosmah Idayu Abu Samah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terpesona dengan kejelitaan Kuza. Baru-baru ini, pelakon cantik tersebut menyambut ulang tahun kelahiran ke-49. Diam tak diam, dekat 50 tahun dah usia Kuza. Tidak dinafikan aura dramatis ini masih memikat sampai sekarang.
Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan ada yang sudah mendirikan rumah tangga, Tengku Sariza Tengku Muzani atau lebih mesra dengan panggilan Kuza masih kekal menyerlah.
Bersempena hari lahirnya, Kuza turut berkongsi ucapan syukur di media sosial. “Wishing myself the happiest of birthdays. On this special day, I just want to thank you Allah for the priceless gift of life that He has given me and for the wonderful people He has put in my life.”
Disifatkan seorang wanita berjiwa sederhana, Kuza dalam temu bual bersama Nona suatu ketika dulu sudi berkongsi pengalaman hidupnya agar dapat dijadikan inspirasi buat peminat.
Bagi peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Kuza, pasti mengagumi personaliti dan wajah cantiknya. Mencecah usia 49 tahun, Kuza masih anggun dan cantik dalam kelas tersendiri.
Ditanya bagaimana dia memelihara kurniaan Allah itu, tiada apa yang mampu diucapkan selain mensyukuri nikmat yang diberi kepadanya.
“Sebenarnya tak ada apa-apa rahsia tampil awet muda pun. Saya bersyukur, alhamdulillah Allah bagi saya tubuh badan yang sihat. Jadi amanah bagi saya untuk menjaga. Saya selalunya berhenti makan sebelum kenyang.
Malam pula kalau boleh elakkan dari makan yang berat. Sekadar alas perut. Kalau ada masa, senaman jangan lupa. Ini bukan untuk kurus je tapi untuk stamina supaya kita tak cepat letih. Jadikan senaman ini macam rutin hidup. Selain itu, waktu tidur juga harus dijaga. Ibadah pun jangan lupa.”
Dalam kesibukan sebagai pelakon, Kuza berani melangkah setapak ke hadapan apabila menceburi bidang perniagaan tudung. Khabarnya, tudung jenama Kuza Scarf mula dijual sekitar Oktober tahun lalu. Pelbagai rekaan menarik dan menepati cita rasa para hijabi masa kini. Tahniah!
Sentiasa cekal menghadapi detik sukar sepanjang bergelar ibu tunggal, Kuza bagaimana pun enggan mengalah dan bangkit menjalani hidup yang lebih bahagia di samping keluarga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak tertawan dengan personaliti menarik bekas ratu gimnastik negara ini. Pesonanya cukup memukau. Malah, setiap gerak tari Farah Ann Abdul Hadi di gelanggang gimnastik suatu ketika dulu bukan hanya menggetarkan jiwa atlet yang bertanding bahkan membuatkan penonton bersorak gembira dengan aksinya yang mempesona.
Sepanjang penglibatannya dalam arena sukan, Farah Ann berjaya meraih tujuh pingat emas di temasya Sukan SEA! Bukan calang-calang.
Kejayaan itu sekaligus melonjakkan namanya hingga menjadi bualan dan kebanggaan negara sehingga sekarang. Biarpun Farah Ann sudah pun bersara dalam arena sukan sejak Mac lalu.
Kali terakhir dia membuat penampilan adalah di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Walau tidak berjaya membawa pulang pingat untuk negara namun persembahan bertenaga daripada atlet ini sudah cukup menggembirakan peminat sukan.
Mengimbas kembali pembabitan awal Farah Ann dalam arena gimnastik, wanita cantik berusia 28 tahun ini berkata sejak kecil ibu dan bapanya sudah mendedahkan mereka dua beradik dengan sukan gimnastik.
Tambah anak kepada pasangan Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon ini lagi, galakan untuk menceburi bidang berkenaan adalah disebabkan ibu bapanya turut datang dari latar belakang yang sama.
“Disebabkan saya bersikap hiperaktif dan suka bermain monkey bar di taman permainan, ibu bapa saya memilih sukan gimnastik untuk kami ceburi. Justeru, seawal usia tiga tahun, saya sudah mula dihantar mengikuti kelas gimnastik bersama kakak saya, Katrina Ann yang pada masa itu berusia lima tahun. Katrina pula kini merupakan atlet renang berirama negara.
Memasuki umur enam tahun, saya sudah mula menyertai pertandingan di peringkat negeri Selangor. Manakala ketika menginjak umur tujuh tahun pula, saya berjaya mewakili
Selangor untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Melihat potensi saya untuk pergi jauh dalam arena sukan gimnastik, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Nyata penglibatan saya dalam sukan gimnastik mula serius setelah menghadiri latihan sebanyak enam kali seminggu di sekolah tersebut,” ujar gadis kelahiran Subang Jaya ini.
“Saya sifatkan sukan gimnastik sebagai sukan luar biasa. Gimnastik membantu individu menjadi lebih kuat dan fleksibel.
Malah, saya berpendapat, sukan gimnastik menjadikan saya lebih kreatif untuk merancang aksi dan skil yang ingin ditonjolkan kepada umum.
Terbuka berkongsi sisi peribadi kepada umum, tanpa berselindung Farah Ann mendedahkan sikapnya yang tidak diketahui ramai. “Saya pun sama macam orang lain. Sebenarnya
saya seorang yang pemalu dan clumsy.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.