Kulit kering menjadi punca solekan tidak sempurna serta sukar melekat pada wajah. Bukan itu sahaja malah turut menjadikan kulit kusam dan tidak bermaya.

Belenggu kulit kering terjadi kerana kelenjar minyak tidak mampu menghasilkan minyak yang membantu menjaga kelembapan kulit. Kebiasaan masalah kulit kering ini disebabkan faktor genetik, peningkatan usia dan perubahan cuaca.

IKLAN

Masalah kulit kering sangat mengganggu dan sudah pasti tidak memancarkan kesegaran pada wajah. Kulit wajah yang segar, sihat dan cantik boleh menambah nilai penampilan dan meningkatkan keyakinan diri.

Oleh itu, agar kulit wajah tetap lembut dan lembap lebih-lebih lagi ketika bersolek, anda boleh mengikuti trik ini.

(a) Guna bedak asas cecair atau krim

Apabila kulit sudah menampakkan masalah seperti mengelupas atau kering mulakan solekan dengan menggunakan bedak asas dalam bentuk cecair atau krim yang memiliki kandungan minyak. Jika bedak asas tidak mampu menutupi kekurangan pada kulit tukar kepada pelembap berwarna yang menggunakan bahan semula jadi sebagai kandungan utama.

Namun jika kulit terlalu kering, fungsi pelembap berwarna tidak dapat diganti dengan pelembap biasa. Pilihan lain yang boleh dicuba adalah menggunakan BB krim. Produk multitasking ini bukan hanya sekadar untuk menutupi kekurangan tetapi memiliki kandungan pelembap yang baik untuk kulit kering dan bahan hidrasi seperti hyaluronic acid dan vitamin B.

Masalah Kulit CEPAT TERKOPEK, Ini Tip Solekan Tahan Lama Buat Si Kulit Kering!

(b) Pengelupasan sel kulit mati bibir

Kulit mati atau kulit kering pada bibir pasti membuatkan gincu tidak tahan lama di bibir. Apa yang boleh dilakukan adalah melakukan rawatan pengelupasan kulit bibir sendiri. Campur gula dan madu kemudian sapu di bibir kering seminggu sekali. Gula berfungsi untuk mengeluarkan sel kulit mati dan madu pula berfungsi untuk melembapkan kulit. Boleh juga menggunakan berus gigi lembap dan gosok lembut pada kulit bibir.

(c) Pilih lipstik yang sesuai

Pemilik bibir kering perlu mengelak lipstik daripada jenis matte atau long-wear formula. Ini kerana lipstik tersebut membuatkan bibir yang sedia ada kering. Pilih lipstik biasa atau sekurang-kurangnya lip gloss. Kedua-dua pilihan ini menjadikan bibir lebih lembut dan kelihatan segar.

IKLAN

(d) Elak pakai bedak

Ketika kulit kering, elakkan memakai bedak terutamanya bedak padat. Jika tidak yakin keluar rumah tanpa memakai bedak, pilih bedak debu yang bersifat mineral. Sapu bedak debu pada zon-T (dahi, hidung dan dagu) untuk menambah sedikit seri pada wajah. Jika tidak keluar rumah, biarkan sahaja wajah bebas daripada sebarang solekan.

(e) Buang sel kulit mati

Perhatikan kulit wajah sebaik sahaja selepas bersolek. Jika kulit mula mengelupas setelah setengah jam bersolek, anda mungkin perlu melakukan proses membuang sel kulit mati di wajah. Tambah bahan pelembap ketika melakukan perawatan wajah setiap minggu dan jangan lupa menambah pelembap setiap hari. Proses mengeluarkan sel kulit mati ini sangat penting untuk merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan membantu melembapkan kulit daripada dalam.

IKLAN

(f) Pakai penyegar wajah

Bagi meningkatkan kelembapan kulit pada waktu siang, anda boleh membawa penyegar di dalam beg tangan. Sembur penyegar pada wajah bagi membantu melembapkan kulit kering dan melindungi keseimbangan solekan serta bebas daripada masalah pengelupasan.

(g) Pelembap sebagai rakan karib

Bagi membantu memberikan kelembapan pada kulit kering, sebaik-baiknya guna krim pelembap. Krim pelembap biasanya bekerja untuk membantu menarik air yang ada pada sekeliling kulit dan membantu mencegah agar tidak terlalu banyak penguapan berlaku. Cara pemakaian pelembap yang tepat adalah selepas mandi. Usai mandi, kulit masih dalam keadaan lembap sehingga pelembap akan berfungsi sepenuhnya untuk meningkatkan kelembapan.

(h) Minum air secukupnya

Bila kulit wajah dan kulit bibir sudah mula mengering, cuba periksa minuman yang sering diambil. Adakah anda banyak meminum kafein, air bergula atau minuman berkarbonat setiap hari berbanding air kosong? Jika minuman ini menjadi pilihan, sukar untuk membantu mengatasi masalah kulit kering dan mengelupas. Apa yang perlu dilakukan adalah minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI