Semua orang digalakkan untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda kita, tapi nak mempelajari bahasa asing lain bukannya suatu yang mudah. Walau pun ia dapat memberikan kelebihan tertentu, ia terpulang kepada tahap penguasaan seseorang dan kebolehan diri masing-masing.
Namun andai kita tersilap bertutur dalam bahasa tersebut, tak sepatutnya kita mempersendakan seseorang yang pastinya sudah cuba yang terbaik untuk bertutur dan berkomunikasi sebagai contoh Bahasa Inggeris. Yang pasti tidak semua mampu, tapi sekurang-kurang ada usaha ke arah itu.
Perkara itu turut ditekankan oleh penyanyi nombor satu Malaysua, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berkongsi pengalaman beliau ketika cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menerusi perkongsian akaun Tiktok sitizones.official, kelihatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti ditemubual entang topik tentang penguasaan bahasa Inggeris. Tokti mengakui beliau juga tidaklah terlalu mahir tetapi beliau juga masih belajar dan cuba untuk membetulkan kesilapan jika ada salah.
@sitizones.official #world #foryoupage #malaysia #fyp #no1 #sitizone #ctdk #sitinurhalizagallery #datositinurhaliza #sitizoner #sitinurhaliza #tokti #bakatsiti #muziumsiti #vokalsiti #biduanita #biduanitasitinurhaliza #english #speaking ♬ bunyi asal – SitiZone
“Saya mungkin kurang yakin itu kekurangan saya, tapi sebenarnya saya mampu untuk berbahasa Inggeris bila berada di luar negara, ataupun bukan di kalangan orang-orang Melayu yang suka judge kita,” jelas Tokti.
Dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mempersendakan mereka yang pemahaman bahasa Inggeris mungkin tidak sempurna. Sebarang kesilapan yang dibuat hendaklah ditunjukkan dengan cara yang betul, supaya mereka yang kurang mahir dapat belajar sesuatu bagi meningkatkan bahasa Inggeris mereka, katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyokong nasihat Tokti dan turut memberikan pandangan masing-masing.
This website uses cookies.