Terserlah wajah bahagia Datuk Sheila Majid di samping suami tercinta! Walau usia perkahwinan sudah pun mencecah 21 tahun namun pasangan selebriti popular ini tetap romantis seperti pasangan kekasih hangat bercinta.
Datuk Sheila Majid yang terkenal dengan julukan Ratu Jazz negara sah bergelar isteri kepada pemuzik, Dato’ Acis atau nama sebenarnya Hashridz Murshim Hassim pada 3 Jun 2003.
Sepanjang mendirikan rumah tangga, jarang dengar kisah ‘kurang manis’ mengenai perkahwinan mereka berdua. Sebaliknya, wajah bahagia Datuk Sheila Majid sering terpancar setiap kali ada kelibat suami di sisi.
Berkongsi momen 21 tahun hidup bersama, Datuk Sheila menerusi media sosial memuat naik video kenangan mereka berdua.
“Happy Anniversary to my husband of 21 years. Here’s to more adventures and to many more years together, inshaAllah. Love you!”
View this post on Instagram
Sementara itu, Dato’ Acis turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis terhadap isteri tersayang sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
“Happy 21st anniversary Miss Majid. We’ve come a long way huh? May Allah continue to bless this union for all eternity with much abundance, good health, understanding and above all, love.”
Perkahwinan pasangan ini diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Selain itu, Dato’ Acis juga bapa tiri kepada Wan Nur Khaleeda dan Megat Abdul Majid.
Semoga rumah tangga Datuk Sheila Majid dan Dato’ Acis kekal bahagia sampai syurga!