Sejak umum bersara dari dunia seni pada Ogos tahun lalu, pasti ramai yang merindui kemunculan Laudya Cynthia Bella di kaca televisyen. Tidak kesal dengan keputusan tersebut, Bella dilihat kian rancak bina empayar dan menjadi usahawan berjaya.
Apatah lagi, jenama L by Laudya Cynthia Bella makin berkembang maju.
Diam tak diam jenama tersebut sudah pun lima tahun bertapak di pasaran Indonesia. Bermula dengan produk muslimah seperti hijab, L by Laudya Cynthia Bella turut mengeluarkan beg, kasut dan produk kecantikan sendiri.
“Alhamdulillah di tahun kami yang ke-5, terinspirasi untuk melahirkan design dengan mengangkat tema 5 Masjid di berbagai-bagai negara yang masyaAllah penuh dengan history dan detail yang cantik.
Seperti Masjid Nabawi Madinah, Masjid Raya Sumatera Barat, Masjid Sultan Ahmed Turkey, Masjid Syekh Zayed Abu Dhabi dan Masjid Al-Aqsa Palestin.
Ads
Terima kasih untuk Lgirls yang selalu setia bersama kami. Mohon doa dan supportnya selalu ya.”
Bella yang cukup terkenal di Malaysia sememangnya dikenali sebagai selebriti cantik yang memiliki raut wajah lembut dan berpenampilan sopan. Pada 24 Februari lepas, wanita kelahiran Bandung ini menginjak usia 35 tahun.
Masih bersendiri tanpa kelibat mana-mana jejaka di sisi hingga ke hari ini, Bella bagaimana pun kelihatan tenang di samping keluarga tersayang dan kenalan rapat di Indonesia.
Dia yang sebelum ini berkahwin dengan Engku Emran pada 8 September 2017, berpisah pada Julai 2020.
Walau meraih pendapatan lumayan dalam industri seni namun Bella kini lebih selesa mengusahakan beberapa cabang bisnes miliknya termasuk dalam bidang kulinari, fesyen, muslimah dan kosmetik.
Apa sahaja produk yang dipromosikan Bella pasti laris di pasaran. Malah, pada Julai tahun lalu dia menjalin kolaborasi melancarkan aplikasi islamik Qalby App yang turut disertai selebriti Malaysia, Mizz Nina.
Filem terakhir yang dibintangi Bella ialah Buya Hamka dan sepanjang pembabitan dalam karier seni, Bella berjaya merangkul pelbagai anugerah hasil menjayakan 21 buah filem, 18 sinetron dan 13 drama.
Kerjaya Bella pernah berada di puncak pada tahun 2017 apabila dinobat sebagai Indonesia’s Highest Paid Actresses.
Laporan portal Indonesia turut mendedahkan jelitawan ini menerima bayaran 900 juta Rupiah atau lebih RM268 ribu ketika membintangan filem Box Office ‘Surga Yang Tak Dirindukan 2’!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat lagi dengan si cantik manis, Hani Nazrina Hanizar yang merupakan finalis Clever Girl Malaysia musim ke-2? Selain senyuman, renungan tajam dari sepasang matanya yang mempesona menjadikan graduan Sains Aktuari ini antara finalis yang memiliki keunikannya yang tersendiri.
Hani Nazrina Hanizar, finalis program realiti televisyen ‘CLever Girl’ musim ke-2.
Mesra disapa sebagai Hani, anak kedua daripada 4 beradik ini seorang yang mudah mesra. Setiap kata-kata yang dilontarkan juga menunjukkan dirinya yang kian matang di usia 26 tahun. Hani bertugas sebagai Eksekutif Perbankan di Maybank.
“Buat masa ini saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kerjaya, sementara bidang lakonan sebagai sambilan sahaja,” kongsi Hani yang memiliki darah campuran Melayu, India dan Parsi. Berketinggian 159cm serta punya wajah yang komersil sedikit sebanyak membuka ruang rezeki buat anak jati Perlis ini dalam bidang seni khususnya lakonan.
“Saya tak pernah terfikir pun untuk berada di spotlight umum seperti sekarang. Segalanya bermula ketika saya sedang menunggu peluang kerjaya sebaik tamat graduasi. Pergi ke sesi ujibakat lakonan pun sekadar mencuba nasib. Alhamdulillah drama pertama saya “Shh… I Love You” membuka ruang untuk saya terus menceburi bidang lakonan dan iklan komersil,” ujar Hani yang gemar melancong, berenang dan memasak.
Antara hasil air tangan Hani Nazrina.Salah satu kepakaran Hani Nazrina ialah menghasilkan kuih atau manisan seperti donut serta biskut.Seorang selebriti muda yang sangat berbakat dalam bidang seni.Cantik, bijak dan pandai memasak.
KAGUMI NEELOFA
“Saya amat mengagumi Neelofa kerana beliau seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan berani mencuba sesuatu yang baru. Beliau pernah berkongsi dengan saya tentang perancangan masa depannya untuk 10 tahun akan datang yang ditulis dalam satu helaian kertas. Ketika itu kami sama-sama berada di set penggambaran drama. Melihat kepada apa yang ditulis, beliau memberikan inspirasi buat saya agar sentiasa merancang masa depan dan meletakkan target pada diri sendiri.
Noor Neelofa Mohd Noor.
Maka, saya terinspirasi dengan cara Neelofa. Saya merancang untuk mengembangkan bakat ke peringkat lebih tinggi di samping melanjutkan pengajian dalam bidang PhD agar dapat menjadi seorang selebriti yang berilmu,” ungkap Hani besungguh-sungguh.
Dari sudut penampilan, Hani seorang yang amat cerewet dalam memilih pakaian kerana setiap hari dia inginkan kelainan dalam penampilan. Hani sering mendapatkan pandangan daripada kakaknya berkenaan dengan gaya yang sesuai. Satu lagi perkara yang jarang orang nak buat tetapi Hani pasti akan buat ialah menyiapkan 7 set pakaian siap-siap berserta aksesori dan kasut untuk seminggu.
Instagram: @haninazrina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertengahan April lalu, selebriti dan juga pengacara televisyen, Diana Amir telah berangkat ke Bosnia untuk misi kemanusiaan yang disertainya di bawah program Ukhwah 4 ummah dan Islamic Relief. Kunjungan Diana dan tiga rakan artis lain termasuk Ashraf Muslim, Farah Lee dan Ustazah Asni ke sana adalah sebagai usaha mengumpul dana bagi penduduk Bosnia yang dilanda kesusahan di samping memberi sokongan moral kepada masyarakat setempat.
Meskipun nampak aktif dan ceria sepanjang seminggu berada di sana, rupa-rupanya isteri kepada Habib Bullah ini sedang berbadan dua. Berita kehamilan itu disahkan sendiri Diana melalui Instagram miliknya dua hari yang lalu.
“Alhamdulillah!! Masa pi Bosnia hari tu untuk Misija 4 Bosnia ada jugak rasa takut dalam hati nak pi sebab tengah pregnant, tapi tawakal pada Allah untuk jaga keselamatan baby. Setakat ni semua nampak normal. Baby pun dok melompat-lompat je happy nak tunjukkan diri kat mummy.
Yayy, awak nak jadi kakak Khadija!! Doakan semuanya dipermudahkan, anak yang soleh dan sihat, penyejuk mata dan hati, pengikat kasih sayang Diana dan suami, inshaAllah.”
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut mengakui berdepan masalah kulit sensitif disebabkan hormon hamil yang dilaluinya ketika ini. Tak apalah Diana, kulit boleh dirawat asalkan kandungan sihat walafiat hendaknya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan suami isteri ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Khawlah Khadija, tiga tahun dan Khadija Azzehra berusia setahun lebih.
Sumber: Instagram Diana Amir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Akhirnya tertunai hasrat seorang pesakit leukemia apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menziarahinya di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.
Selain ingin bertemu dengan Seri Paduka baginda berdua, Mya Zara Damia Faizal yang berusia 15 tahun ini juga berhasrat untuk merasa ‘air tangan’ Raja Permaisuri Agong.
Ketika keberangkatan tiba Seti Paduka berdua, Mya Zara kelihatan amat gembira dan meminta untuk memakai baju kurung yang dipinjam daripada jururawat.
Terdahulu, kunjungan tersebut merupakan usaha bersama perkhidmatan Pediatrik Hematologi dan Onkologi HPKK serta Make-A-Wish Malaysia bagi merealisasikan impian Mya Zara yang mengidap leukemia akut berisiko tinggi untuk bertemu Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sejak dari kecil.
Sebagai Raja Permaisuri yang kasih dan sayang akan rakyatnya, baginda berkenan untuk menunaikan impian Mya Zara merasai masakan baginda.
Manakala Agong pula bertitah agar Mya Zara menjaga pemakanan, berehat secukupnya serta mendoakan Mya Zara sembuh seperti sedia kala seterusnya dapat kembali bersekolah dan bertemu rakan-rakan.
Memetik laporan Bernama, Mya Zara menyatakan, pada awalnya dia berhasrat untuk melawat dan melihat sendiri Istana Negara namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan kerana masih dalam rawatan.
“Walau tidak dapat masuk Istana Negara, Permaisuri Agong titah akan masak makanan untuk saya.
“Saya amat teruja kerana sebelum ini sering melihat di televisyen Permaisuri Agong masak makanan orang lain. Selepas ini saya pula dapat rasa air tangan Tunku Azizah.”
Semoga Mya Zara terus kuat dan Allah SWT memberi kesembuhan buatnya agar dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Untuk info, Mya Zara Damia Faizal menyuarakan hajat untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong melalui Make-A-Wish Malaysia, sebuah Pertubuhan Badan Bebas Bukan Kerajaan (NGO) yang membantu merealisasikan impian pesakit yang kritikal.
Kunjungan ini turut disertai Irene Tan selaku CEO Make-A-Wish Malaysiaa, Ahli Lembaga Pengarah Make-A-Wish Malaysia serta wakil pengurusan Make-A-Wish Malaysia iaitu Stuart Ramalingam.
Tidak ketinggalan ialah Pengurusan Tertinggi UKM iaitu YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM; YBhg. Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman, Naib Canselor UKM; YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM; YBhg. Prof. Datuk Dr. Ismail Sagap, Pengarah HPKK; YBhg. Mej. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM dan YBhg. Prof. Dr. Hamidah Alias, Timbalan Pengarah (Perubatan) HPKK.
Kredit Foto: Facebook Universiti Kebangsaan Malaysia
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.