Bukan semua takdir manusia bertemu jodoh pada usia muda. Ada yang lebih mementingkan kerjaya atau keluarga tersayang sebelum mengambil keputusan untuk settle down. Tak kurang juga yang selesa membujang akibat perpisahan lalu.
Tapi sebenarnya banyak golongan single yang bahagia berseorangan, sebabnya ada banyak masa untuk diri sendiri dan dapat bercuti dengan bebas. Kos percutian juga lebih murah dan masa boleh diatur dengan fleksibel tanpa terikat kemahuan suami atau anak kecil.
Berdasarkan data Airbnb, tempahan penginapan solo di kalangan pelanggan meningkat sebanyak *200% menjelang bulan Februari ini, khasnya pada hujung minggu Hari Kekasih. Selain hotel, ramai memilih rumah inap untuk berehat sambil bergaul dengan masyarakat setempat dan menyelami keunikan budaya tempatan.
Di antara aktiviti lokal dan destinasi pilihan Asia yang paling popular di kalangan solo traveller adalah:
Lepas semak senarai di atas, ke mana destinasi solo traveller anda bulan ini? Bagi yang memilih untuk bercuti dalam negeri, Nona cadangkan anda menuju ke bandar Taiping atau Melaka untuk mengimbau sejarah; Pulau Redang atau Pulau Kapas di Terengganu untuk aktiviti snorkelling; atau Borneo untuk menikmati keindahan flora dan fauna kat sana.
Anda boleh menempah penginapan menerusi laman web Airbnb atau beberapa portal percutian online dengan selamat. Percutian solo memang menyeronokkan selagi anda mengambil langkah-langkah keselamatan dan sentiasa fokus terhadap keadaan sekeliling agar tidak menjadi tumpuan penjenayah.
Selamat bercuti Nonarians!
This website uses cookies.