MASKER YOGURT Pilihan Terbaik Untuk Kulit Kasar & Kering, Amalkan 3 Petua Mudah Ini

Musim panas sekarang ini bukan saja boleh menyebabkan kesihatan terjejas malah kulit juga menjadi kering dan kasar. Kita disarankan untuk mium air kosong banyak bagi melembapkan kulit.

Terdapat beberapa cara semula jadi yang boleh dilakukan bagi mengembalikan kesihatan kulit. Antaranya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mudah diperolehi seperti yogurt. Ia membantu menjadikan kulit semakin sihat dan segar.

Yogurt bukan hanya sangat bagus untuk perut bahkan turut mengandungi mineral contohnya kalsium dan zink yang baik untuk tulang, gigi dan sistem kekebalan badan. Manfaat lainnya dapat anda rasai apabila dioleskan sebagai masker wajah.

Yogurt menjadi pilihan terbaik sebagai masker wajah kerana ia dapat membantu:

MENCEGAH JERAWAT

Munculnya jerawat selalunya berpunca dariupada minyak berlebihan dan keadaan wajah yang kotor. Masker yogurt boleh menjadi penyelesaian. Kandungan zink membantu mencepatkan penyembuhan kulit berjerawat.

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Yogurt juga membantu menghaluskan kulit kasar dan kering. Kandungannya juga berpotensi untuk mencegah garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik penuaan sekaligus menjadikan kulit lebih segar dan tidak kusam.

MENGEKALKAN TONA WARNA KULIT

Pancaran matahari boleh mengakibatkan noda di wajah merosakkan penampilan. Salah satu cara mengatasinya menggunakan masker yogurt yang dipercayai memiliki kesan pencerah semula jadi.

PETUA MASKER YOGURT

Memilih yogurt untuk masker wajah tidak boleh sebarangan. Elakkan yogurt yang mengandungi gula dan berbau lazat. Berikut tiga cara untuk menghasilkan sendiri masker yogurt di rumah.

YOGURT & MADU

Membantu melembutkan dan membersihkan kotoran. Caranya ialah sediakan 2 ½ sudu makan madu asli dalam sebuah bekas. Campurkan 1 cawan plain yogurt, gaul rata. Jika kulit anda berminyak tambah 1 sudu teh perahan lemon. Sapu rata ke wajah dan leher. Biarkan selama 5 minit dan bilas bersih. Amalkan dua kali seminggu.

GREEK YOGURT & ESSENTIAL OIL

Yogurt jenis ini memiliki tekstur padat berbanding yang lain. Kombinasinya dengan essential oil membantu melembapkan, mencerahkan dan menyegarkan kulit. Caranya, sediakan greek yogurt dalam bekas. Masukkan sesudu madu asli diikuti 2-3 titis minyak zaitun. Gaul rata dan sapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam dan bilas bersih.

YOGURT & STRAWBERI

Strawberi kaya dengan vitamin C dan antioksidan yang membantu melawan radikel bebas penyebab penuaan awal. Caranya, masukkan secawan plain yogurt dalam bekas. Masukkan 1 ½ sudu besar madu asli. Campurkan strawberi (dihancurkan halus) dan gaul rata. Sapu rata ke wajah dan biarkan selama 8 minit, bilas bersih.

Share
Published by
Amy Mohd