Tanggal 12 Ogos merupakan tarikh kelahiran aktres cantik Filipina, Marian Rivera Gracia Dantes. Memasuki usia 35 tahun beberapa hari lalu, sambutan hari istimewa tersebut pasti meninggalkan memori indah buat Marian kerana selain dilimpahi dengan populariti, kesenangan dan kebahagiaan hidup berkeluarga… tahun ini juga menyaksikan suri hati Dingdong Dantes menerima kehadiran ‘orang baru’.

Marian yang selamat melahirkan bayi lelaki pada April lalu menamakan anak keduanya itu sebagai Jose Sixto Dantes atau lebih dikenali Ziggy. Marian Rivera yang mula dikenali di Malaysia sejak drama bersiri Filipina, Marimar ditayangkan sekitar tahun 2007… berjaya membuatkan ramai para gadis dan teruna jatuh hati dengan kecantikan yang dimilikinya.

IKLAN

Selain memaparkan raut wajah sempurna Marian, drama romantik ini juga menggandingkan pelakon lelaki handalan Filipina, Dingdong Dantes sebagai hero yang kini merupakan suami kepada Marian. Setahun selepas kejayaan drama bersiri tersebut, pasangan ini kembali disatukan dalam Dyesebel. Sebuah drama romantik fantasi yang diadaptasikan daripada karya novel.

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

 

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

Antara drama dan filem yang pernah dibintangi Marian atau nama sebenarnya Marian Rivera Gracia Dantes ini termasuk Amaya, Temptation of Wife dan One True Love.

Keserasian yang tercipta di antara Marian dan Dingdong Dantes sebagai pasangan hero heroin di layar perak selama ini akhirnya menjadi realiti apabila kedua-duanya mengikat janji sehidup semati dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang pada penghujung tahun 2014. Ia sekali gus membuatkan peminat melabelkan mereka sebagai pasangan paling secocok! Iyalah, si suami berwajah tampan dan sasa. Isteri pula cantik dan bertubuh langsing. Memang sepadan sangat.

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku! Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

Hasil perkongsian hidup selama hampir lima tahun, Marian dan Dingdong dikurniakan dua anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Puteri sulung mereka, Maria Letizia Dantes kini berusia empat tahun. Ternyata, anak kecil ini mewarisi kecantikan ibunya. Sementara Ziggy yang baru 4 bulan pula dah terserlah dengan raut wajah kacak seperti bapanya meskipun masih kecil.

Walau pun sibuk menguruskan keluarga dan anak namun pesona Marian masih menjadi perhatian ramai. Masakan tidak, dengan usia dan statusnya kini dia masih mampu mengekalkan kelangsingan tubuh badan. Tidak ubah seperti anak dara. Bergaya, cantik, langsing dan penuh dengan sikap keibuan. Untung Dingdong Dantes.

IKLAN

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku! Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

Masuk Usia 35 Tahun & Ada 2 Anak, Kecantikan MARIAN RIVERA Tetap Buat Ramai Terpaku!

 

Mengikuti perkembangan aktres ini di Instagram dengan jumlah pengikut mencecah 7.2 juta, gaya hidup sihat dan kerap melakukan rutin senaman bersama suami tercinta antara rahsia Marian memiliki pinggang yang ramping. Selain bergiat aktif dalam dunia seni dan aktiviti kemasyarakatan, Marian juga adalah Pengasas kepada Flora Vida iaitu perniagaan yang berasaskan bunga-bungaan segar.

IKLAN

 

 

Sumber foto: Instagram Marian Rivera

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI