“Ya Allah Ya Tuhanku. Tolong panjangkan post ini sampai Aisya dijumpai. Bangun sahur, pintu dapur terbuka. Aisya di sebelah hilang. Dua telefon bimbit juga hilang.
Harta kau nak ambil, ambillah semua, tapi tolong pulangkan anak aku. Tolong sangat-sangat! Tolong viralkan post ini, tolong.”
Itu rayuan seorang ibu, Diela Yusofe di laman facebooknya semalam selepas mendapati bayi perempuannya Nur Aisyah Hasmizan, 17 bulan hilang ketika mahu bersahur.
Namun pada hari yang sama, bayi itu dijumpai semula tiga jam sebelum berbuka di kawasan semak berdekatan sebuah pencawang elektrik di sekitar Muar.
Ads
Terbaru, di laman facebooknya, Diela Yusofe ada meluahkan rasa bersyukur kerana anaknya selamat kembali ke pangkuan dengan keadaan masih bernyawa.
Ads
“Saya mohon doakan anak saya kembali sihat, hilang trauma yang dia hadapi kini, dan hilangkan kesakitan yang dialami, Alhamdullilah dia kembali kepada saya dalam keadaan bernyawa walaupun begini rupa..saya sangat beryukur.”
Walaupun bayinya itu dijumpai semula dalam keadaan selamat, hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat keadaan muka anaknya yang bengkak dan bernanah akibat gigitan nyamuk, semut dan binatang-binatang kecil.
Ads
Ya Allah, luluh hati bila melihat gambar Aisyah yang tidak berdosa sehingga jadi begini. Semoga Aisya cepat sembuh ya sayang.
Sumber: Facebook Diela Yusofe.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tujuh bulan menyemai benih cinta dan bergelar tunangan orang, esok Syida Melvin bakal menjadi isteri kepada jejaka tampan, Mohamad Shafiq Azim Shaheen. Mengikat tali pertunangan pada Jun 2018… kedua-duanya akan disatukan dalam majlis ijab kabul di kediaman keluarga Syida di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Sabtu malam.
Ketika dihubungi, Syida yang merupakan adik kepada Syatilla Melvin dalam nada teruja melahirkan rasa syukur. “Alhamdulillah persiapan semua berjalan lancar setakat ini seperti yang dirancang. Saya harap majlis pernikahan esok dan majlis resepsi pada hari Ahad ini dipermudahkan segalanya. Doakan!
Tak ada lain yang diharapkan dalam sebuah perkahwinan melainkan kebahagiaan dan keberkatan oleh Allah. Semoga jodoh kami kekal sehingga hujung nyawa. Ameen,” tutur wanita berusia 22 tahun ini.
Ditanya apa istimewanya Shafiq di mata Syida, pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin ini berkata anak lelaki kepada Datuk Seri Shaheen Mirza Habib dan bekas ‘iron lady’ Malaysia, Allahyarhamah Datuk Wira Hajah Maznah Hamid tersebut seorang yang romantik.
“Kita kenal dah almost 3 years. Detik perkenalan mulanya terjumpa dengan arwah ibu Shafiq dekat wedding Tilla. Kenal ibu dulu baru kenal anak. Then kita start follow each other on social media. Shafiq made a first step, dia ajak saya keluar lunch after 3 months kenal. Saya tertarik pada Shafiq sebab dia seorang yang romantik. Selalu tambat hati saya dengan hadiah bunga. Lagi-lagi bila part memujuk. Dia juga seorang yang sangat bertolak ansur,” ujarnya sambil ketawa.
Mengakui perjalanan cinta mereka penuh dengan warna-warni… Syida dalam pada itu turut memberitahu, “Saya dan Shafiq boleh dikatakan setiap dua minggu ada fitting baju dengan designer berbeza dan saya anggap ia satu kenangan manis sebelum majlis kami berlangsung.
Setiap hari saya cuba untuk menguruskan persiapan perkahwinan ini sebaik mungkin dan sudah tentu saya akan merindui pengalaman indah ini walaupun sudah bergelar isteri kelak.”
https://www.instagram.com/p/BsrP2BTFmWW/
Pada majlis pernikahan itu nanti, Syida akan memberi sembilan dulang hantaran kepada bakal suami sementara Shafiq pula akan membalas dengan tujuh dulang hantaran. Difahamkan, Syida akan mengenakan persalinan nikah dress dari pereka fesyen ternama, Fuzana Mokhtaza.
Tak sabar menanti foto majlis persandingan kedua-dua mempelai sama cantik sama padan ini. Mesti Syida dan Shafiq kelihatan memukau tatkala berada di atas pelaminan yang tersergam indah. Semoga ikatan perkahwinan yang terjalin ini direstui dan diberkati Allah SWT seterusnya berkekalan hingga ke Jannah!
Foto: Instagram Syida Melvin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majalah Nona sekali lagi mencetus fenomena dengan menganjurkan acara pertunjukan fesyen Glam Lebaran Nona yang dibawakan oleh MINAZ dan diserikan oleh Sabihah Gold. Bersempena dengan ketibaan Syawal tidak lama lagi, acara ini bukan sahaja mengimbau kenangan raya yang sangat menyeronokkan malah koleksi baju-baju Aidilfitri yang menyentuh jiwa.
Bertemakan Arabic dan Malay Classic¸ kehadiran tetamu terdiri peminat fesyen dan pempengaruh terkemuka memberi makna tersendiri kepada acara Glam Lebaran Nona.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Yang Berbahagia Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad.
Dari kiri: Kiffy Razak, Dato’ Sri Suriani Ahmad, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Syamil Fahim
Terus meneraju trend dan menjadi rujukan wanita Malaysia, portal Majalah Nona sekali lagi menjalin kolaborasi dengan jenama fesyen tempatan seperti MINAZ.
Selama 14 tahun di pasaran, MINAZ mengukuhkan kedudukannya dalam industri melalui pelbagai himpunan yang elegan termasuk koleksi raya yang menjadi pilihan wanita dan seisi keluarga.
Dengan gabungan kekuatan tiga entiti yang berpengaruh ini, diharapkan industri fesyen tempatan dapat terus berkembang dan mencipta impak yang signifikan dalam arena fesyen di Malaysia.
Nona terus unggul dalam membantu mempromosi produk fesyen tempatan melalui platform digitalnya yang terkenal dengan liputan yang kreatif, informatif dan inspiratif.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim berkata, “Kami sangat berbesar hati atas kerjasama yang terjalin dengan MINAZ yang menghasilkan koleksi yang memukau ini. Kerjasama ini memperlihatkan komitmen kami untuk terus mengangkat dan mempromosikan bakat-bakat tempatan serta mendorong pertumbuhan industri fesyen Malaysia.”
Selain peragaan fesyen runway, MINAZ juga turut menampilkan selebriti Nora Danish sebagai muse memperagakan koleksi Lebaran Kita Sempurna. Majlis eksklusif ini dihoskan oleh Fiza Frizzy serta penyanyi Adira Suhaimi dan Amylea Azizan turut dijemput menghiburkan tetamu.
MINAZ juga dalam rangka kembangkan pasaran ke negara jiran Indonesia. Secara eksklusif pempengaruh Indonesia, Aghnia Punjabi & Nadzira Shafa diterbangkan khas ke acara fashion show ini bagi melihat sendiri koleksi Lebaran Kita Sempurna oleh MINAZ.
Memang ‘demam’ baju raya dibuatnya, jom tonton video penuh Glam Lebaran Nona di bawah…
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura dan pesona Baginda jelas terpancar! Masih cantik dan berkaliber sama seperti dulu. Kemunculan istimewa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan Berita Perdana jam 8 malam di RTM semalam amat dinanti-nantikan. Pastinya, kehadiran Baginda mengubat kerinduan rakyat dan penonton setia RTM untuk melihat kembali bekas personaliti tersohor ini di kaca televisyen.
Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.
Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Cukup bersahaja dan tenang menyampaikan berita semalam, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan anggun dengan blazer merah jambu. Keanggunan Baginda amat terserlah dan membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca televisyen.
Sementara itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Kredit: Portal Rasmi Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian foto terbaharu mengenai Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerusi Instagram milik jurugambar ...