Mata Wang Jatuh Merudum, TURKI Jadi ‘Syurga’ Beli-Belah Pelancong!

Terbeliak mata tengok nilai mata wang terkini Turkish Lira. Memang jatuh merudum.. bayangkan, 1 Lira bersamaan hanya kira-kira 63 sen duit Malaysia. Dan jika ditukar kepada Dolar Amerika, 1 Lira cuma bernilai 15 sen! Patutlah pelancong yang berada di Turki waktu ini shopping sakan. Bukan sebarangan kedai pula tu, rata-rata butik jenama mewah seperti Chanel dan Louis Vuitton diserbu penggemar fesyen dan sanggup beratur panjang. Pasti mereka yang kaki shopping

tu tak senang duduk bila tahu berita ini, kan?

Khabarnya, krisis mata wang Lira bermula sejak Jumaat lepas. “Kami membeli pakaian, alat solek dan produk jenama mewah. Semua jadi murah!” ujar Fatima Ali dari Kuwait yang datang bersama dua anak perempuannya serta sebuah beg besar untuk mengisi barang pembelian. Semuanya ekoran nilai Lira yang menyusut lebih daripada 40 peratus berbanding Dolar Amerika tahun ini.

Memetik laporan Astro Awani lagi, hal ini terjadi kerana dipengaruhi Presiden Tayyip Erdogan dalam menguruskan ekonomi negaranya yang kini terkesan akibat hubungan tidak sehaluan dengan Amerika Syarikat. Erdogan bagaimana pun menyeru rakyatnya supaya melayani para pelancong sebaik-baiknya yang membawa masuk Dolar ke dalam negara itu pada waktu kritikal.

“Teruskan layanan anda kepada mereka (pelancong dan pembeli). Kerana pada masa ini, ketika sesetengah orang membawa keluar Dolar ada yang memberikannya kepada anda,” kata Erdogan kepada penyokongnya hujung minggu lalu.

Sumber: Astro Awani

 

Share
Published by
Suzi