
Bagi peminat sukan badminton tempatan, pasti sudah tidak asing dengan Goh Liu Yin, pemain badminton Malaysian dalam acara beregu yang berganding dengan Chan Peng Soon di mana mereka menduduki Kedudukan Dunia BWF No. 3 di acara beregu campuran. Selain dari bakat dan kemahiran yang ditonjolkan oleh atlet berumur 33 tahun dari Alor Gajah Melaka itu, kecantikan serta keayuannya turut mendapat perhatian ramai.
Ini terbukti menerusi setiap hantaran di Instagramnya di mana Goh Liu Yin banyak berkongsikan gambar-gambar aktiviti sehariannya dan sering kali mendapat pujian dari netizen dan warga maya.
Dan baru-baru ini, meninjau artikel yang ditulis oleh sebuah portal di Indonesia, Intepseleb dan sports.okezone.com mereka turut mengulas dan mengakui kecantikkan Goh Liu Ying yang dikatakan persis selebriti atau pelakon Korea.
Malah artikel itu turut memuji pencapaian Goh Liu Ying dalam sukan badminton yang ternyata boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.
Untuk rekod, Goh Liu Ying memulakan kerjayanya sebagai pemain badminton sejak 10 tahun dan kini dia tersenarai antara 10 pemain beregu campuran terbaik dunia. Goh Liu Ying juga turut meminati sukan lain seperti golf dan juga renang.
Pada Sukan Olimpik Musim Panas 2016, Goh Liu Ying bersama Chan Peng Soon berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul pingat perak buat pertama kali untuk acara Badminton Beregu Campuran.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Petua Sental Kulit Untuk Wajah Lebih Bersih, Amalkan Cara Ini Sebagai Asasnya

Kalau nak miliki kulit sihat dan cantik, rahsianya singkirkan dulu timbunan sel kulit lama yang melekat pada kulit tu. Ini kerana purata dalam setahun, sebanyak 4kg sel kulit lama terkumpul di atas permukaan kulit.
Sel kulit juga menjadi punca solekan bercapuk dan tak sekata. Masalah kulit seperti kekeringan, mengelupas, bintik hitam dan jerawat berpunca daripada timbunan sel kulit ini di lapisan kulit.
Memakai masker semata-mata tidak cukup berkesan. Rutin cucian menggunakan peranti pencuci wajah berkualiti tinggi sangat penting di samping melakukan perawatan wajah.
Sebaiknya segara lakukan perawatan kulit agar tidak terlambat sehingga perlu melakukan rawatan estetik di klinik. Bagi memiliki kulit wajah yang halus dan lembut, ayuh buang sel kulit yang terkumpul dengan petua mudah berikut.
(a) Guna tuala hangat
Cara paling efektif adalah dengan melakukan proses eksfoliasi. Langkah yang paling mudah untuk melakukan eksfoliasi kulit adalah dengan menekap wajah dengan tuala hangat. Ambil tuala yang bersih, rendam dalam air hangat dan perah.
Letak lembut pada wajah dan tepuk perlahan serta biarkan selama dua minit. Tindakan ini dapat membantu membuka pori-pori wajah dan menyediakan kulit untuk proses eksfoliasi. Apabila pori-pori wajah terbuka, sel kulit lebih mudah disingkirkan.
(b) Guna pembersih lembut
Selepas pori-pori terbuka, singkirkan sel kulit dengan menggunakan buih pembersih yang lembut. Kulit yang telah dipersiapkan untuk eksfoliasi memudahkan langkah seterusnya.
(c) Campuran garam laut
Garam biasa bukan saja digunakan dalam masakan semata, tapi garam juga berkuasa untuk menyingkirkan sel kulit lama. Garam laut kaya dengan mineral dan merupakan pilihan terbaik untuk kulit jenis berminyak dan kombinasi.
Butiran kasar pada garam bagus untuk pengelupasan sel-sel kulit pada wajah. Urut lembut dalam pergerakan membulat pada wajah atau pada kawasan yang bermasalah. Geseran garam pada kulit membuat sel-sel kulit tertanggal dengan sendirinya.
Lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Jika mahu kesan yang lebih sempurna campur minyak zaitun pada garam agar kulit menerima lembapan daripada minyak zaitun tersebut.

(d) Gunakan Peranti Pencuci Wajah
Anda juga boleh menggunakan peranti seperti FOREO LUNA fofo terbaharu untuk rawatan memanjakan kulit wajah di rumah. Direka dengan kepakaran Sweden, LUNA fofo merupakan cleansing brush canggih dengan sensor kulit yang dipermajui untuk menganalisa tahap lembapan kulit dan kondisi setiap zon kulit. Jadi rutin untuk setiap orang adalah berbeza dan mengikut keadaan kulit masing-masing.
Kebolehan LUNA fofo membaca tahap hidrasi kulit hingga 1,000 unit sesaat menjadikan peranti comel ini begitu efisien dan efektif untuk penjagaan muka. Hanya sambungkan ke telefon pintar menerusi Bluetooth dan analisa kondisi kulit anda menggunakan App Foreo for You. Mudahnya!


(e) Eksfoliasi kulit secara kimia
Kaedah ini adalah yang terbaik untuk kesan jangka panjang kerana boleh membersihkan jauh ke bawah lapisan kulit. Eksfoliasi secara kimia berfungsi dengan menghancurkan ikatan kimia dengan melepaskan sel-sel kulit lama sehingga dapat ditanggalkan dengan lebih mudah.
Baca dengan teliti terlebih dahulu produk ini agar bersesuaian dengan kulit. Setelah selesai proses eksfoliasi, tepuk lembut kulit wajah sehingga kering dan biarkan selama lima minit. Setelah selesai sapu pelembap untuk mengembalikan kelembapan semula jadi kulit.
Bukan Setiap Hari
Jika berlaku iritasi kulit sebaik sahaja selepas melakukan eksfoliasi berhenti melakukannya. Eksfoliasi juga boleh membuat kulit menjadi sensitif terhadap sinar matahari. Selepas membuat pengelupasan anda tidak boleh keluar rumah tanpa menyapu krim tabir suria.
Kekal Anggun Mempesona, SULTANAH NUR ZAHIRAH Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-47!

Sejuk mata memandang Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah. Setiap kali terlihat kelibat baginda, mata bagaikan tertawan dengan pesona yang dimiliki. Cukup elegan dan penuh dengan kelembutan. Sering mengukir senyuman tatkala bertemu rakyat jelata, penampilan Sultanah Nur Zahirah yang gemar mengenakan persalinan tradisi seperti songket dan batik ternyata menarik perhatian ramai.
7 Disember lalu merupakan ulang tahun kelahiran Sultanah Nur Zahirah yang ke-47. Meniti usia 47 tahun, baginda kekal anggun mempersona dan memiliki aura tersendiri. Paling mencuri tumpuan, gaya tudung Sultanah Nur Zahirah sejak Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Ke-13. Baginda menjadi Raja Permaisuri Agong dari tahun 2006 hingga 2011.
Menurut kenyataan di Instagram rasmi Malay Royalties, Sultanah Nur Zahirah merupakan Raja Permaisuri Agong kedua yang mengenakan hijab selepas Raja Permasuri Agong ke-11, Tuanku Siti Aishah. Baginda juga antara Raja Permaisuri Agong yang berasal dari golongan rakyat biasa seperti Tuanku Bainun dan Tuanku Permaisuri Siti Aishah.


Dari dulu hingga kini gaya tudung Sultanah Nur Zahirah tetap sama. Pendek kata, gaya tudung jenis awning sudah begitu sinonim dengan penampilan Sultanah Nur Zahirah sejak baginda bergelar Raja Permaisuri Agong lagi.
Meskipun terdapat pelbagai jenis rekaan tudung di pasaran hari ini namun baginda tetap setia mengenakan tudung awning. Tidak kira ketika menghadiri majlis rasmi negara, bersantai mahupun sebaliknya. Mungkin pemakaian hijab ini lebih mudah dan praktikal selain sesuai dengan bentuk muka Sultanah Nur Zahirah.
Sultanah Nur Zahirah bertemu jodoh dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 28 Mac 1996 di Kuala Terengganu dan menjadi Raja Permaisuri Agong pada 13 Disember 2006 berikutan perlantikan KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Pasangan diraja ini dikurniakan dua orang puteri dan putera iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, YAM Tengku Sri Setia Mahkota Terengganu Tengku Muhammad Mua’az dan YAM Tengku Puteri Daulath Fatimatuz Zahra’.
Sumber: Instagram Terengganu Royal Family, Royal Terengganu Songket & Malay Royalties
Cantik Macam Patung, Dilraba Dilmurat Keturunan Uighur & Bintang Ternama Di China!

Aktres popular China, Dilraba Dilmurat sememangnya memiliki raut wajah sempurna. Dia dikurniakan sepasang mata bundar yang cantik, hidung mancung, bibir mungil, kulit putih mulus dan aura mempersona.
Tidak hairanlah Dilraba atau lebih dikenali sebagai Dilireba dalam kalangan peminat sering menjadi buruan jenama mewah antarabangsa termasuk syarikat produksi untuk menjadi duta dan tarikan dalam sesebuah drama mahupun filem.
Bakal berusia 31 tahun pada 3 Jun depan, pelakon, model dan penyanyi yang dilahirkan di Urumqi ini sebenarnya mempunyai darah keturunan etnik Uighur. Mengikut bahasa Uighur, nama Dilraba Dilmurat bermaksud ‘cantik rupawan’.
Memandangkan latar belakangnya sebagai masyarat etnik minoriti Uighur, dia mengakui fasih bertutur bahasa tersebut selain sedang mempelajari bahasa Korea dan Thailand!
Patutlah populariti Dilraba turut menjadi perhatian di negara luar, dah pandai cakap Korea dan Thailand nanti boleh cuba tembusi industri seni di sana pula.
Minat dan darah seni dalam diri Dilraba mula berputik sejak zaman kanak-kanak lagi. Memetik laporan Hotpot TV, ketika berusia lingkungan tujuh tahun dia sudah meminta
ibu bapanya menghantar ke kelas muzik piano, violin, gitar dan kelas menari. Malah, menerusi perkongsian gambar kanak-kanak Dilraba jelas menunjukkan kecantikan asli milik jelitawan ini.
Atas sokongan keluarga terhadap minat Dilraba, dia kini bergelar antara selebriti berjaya di China dan menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang pembabitan bergelar anak seni. Kerjaya Dilraba mula menyerlah sekitar tahun 2015 / 2016 selepas dia membintangi drama bersiri 37 episod ‘Hot Girl’ yang melayakkannya menerima anugerah ‘Outstanding New Actress’ di 2016 ENAwards.
Pada tahun yang sama juga, dia menerima satu lagi anugerah iaitu ‘Best New Actress’ di China Britain Film Festival menerusi watak yang dijayakan dalam Mr Pride vs Miss Prejudice.
Selain itu, dia turut dimahkotakan The Golden Eagle Goddess 2018 iaitu salah satu penghargaan tertinggi yang diberikan kepada pelakon di China. Tahun lalu sahaja, nama Dilraba Dilmurat menduduki tempat ke-16 dalam senarai Forbes China Celebrity 100 List dan popularitinya melonjak sehingga disenaraikan sebagai antara pelakon China yang menerima bayaran paling tinggi untuk sebuah drama!
Kejayaan yang diraih ini bukan bersandarkan kepada rupa paras menawan Dilraba semata-mata. Sebaliknya, dia juga merupakan selebriti yang rajin bekerja dan menerima banyak tawaran. Selepas mencatat percapaian luar biasa menerusi drama siri popular Eternal Love pada tahun 2017, tawaran yang diterima Dilraba datang mencurah-curah.
Di samping sibuk menjalani penggambaran drama dan filem berturut-turut Dilraba turut dilantik sebagai jurucakap produk jenama mewah antarabangsa seperti Mikimoto, Louis Vuitton, Dolce Gabbana dan produk kecantikan dan kosmetik mewah Perancis, Clarins.
Sumber: Hotpot TV, That’s Mag Shanghai & CNA Lifestyle