Rezeki tak pernah salah alamat! YSL Beauty memaklumkan bahawa pelakon Melur Untuk Firdaus, Meerqeen telah dilantik sebagai duta untuk Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty Malaysia. Sekaligus, Merqeen merupakan selebriti pertama Malaysia yang dilantik menjadi duta YSL Beauty.

Ads

Tahniah! MEERQEEN Jadi Rakyat Malaysia Pertama Jadi Duta YSL BEAUTY MALAYSIA

Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam dikenali sebagai seorang yang jangkaui batasan, hidup bebas, serta tidak berkompromi dengan apa-apa sahaja dalam kehidupan. Sifat-sifat ini membuatkan beliau menjadi pilihan  YSL Beauty, sebuah jenama yang menyahut perkara tidak konvensional serta menggalakkan orang ramai supaya tidak menyesali diri sendiri.

“Saya rasa teruja untuk menjadi warga Malaysia pertama yang dilantik sebagai duta jenama Foundation and Fragrance Franchise di bawah YSL Beauty.

Saya selalu kagum dengan komitmen jenama ini terhadap kreativiti, ekspresi kendiri dan langkaui batasan. Sebagai seorang yang percaya bahawa kehidupan perlu dijalani sepenuhnya, saya bersukacita untuk bekerjasama dengan jenama yang menggalakkan orang ramai melakukan yang sama,” ujar Meerqeen.

Ads

Tahniah! MEERQEEN Jadi Rakyat Malaysia Pertama Jadi Duta YSL BEAUTY MALAYSIA
Kerjasama antara Meerqeen dan YSL Beauty akan menyuntik perspektif segar kepada kempen pemasaran jenama itu di Malaysia. Stail yang luar biasa dan pendekatan tidak gentar dalam kehidupan yang diperlihatkan oleh Meerqeen membuatkannya wakil ideal untuk produk-produk YSL Beauty yang direka demi orang yang tidak takut menjadi berbeza.

“Kami rasa gembira atas penglibatan Meerqeen sebagai duta jenama kami untuk Foundation and Fragrance Franchise di Malaysia,” kata Zaireen Ibrahim, Pengurus Besar Jenama YSL Beauty Malaysia dan Singapura.

Ads

Tahniah! MEERQEEN Jadi Rakyat Malaysia Pertama Jadi Duta YSL BEAUTY MALAYSIA

“Personaliti dan nilai Meerqeen amat sejajar dengan etos jenama kami yang mendukung keindividuan dan melangkaui batasan. Kami teruja untuk menyaksikan hasil yang akan dibawa dalam kolaborasi ini.”
Pelantikan Meerqeen sebagai duta jenama Malaysia pertama YSL Beauty membuktikan beliau seorang bintang yang kian rancak dalam industri hiburan. Popularitinya di kalangan muda-mudi Malaysia menjadikan beliau sebagai teladan kepada ramai yang beraspirasi untuk hidup tanpa kompromi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI