Kesudian Datuk Seri Rossa menerima kunjungan team Nona di kediaman mewahnya yang terletak di Kemang, Jakarta Selatan merupakan momen yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kelihatan dari jauh banglo milik figura yang terkenal dengan lagu Pudar ini begitu mewah umpama sebuah resort.
Kediaman dua tingkat milik Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani ini tampak moden bersama percikan rona putih menghiasi segenap ruang dipadu mesra dengan penggunaan perabot serba ringkas.
Rupanya sudah sudah lima tahun Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini. Wanita berkulit cerah ini selesa memilih elemen cermin dalam ilham dekorasi kediamannya sekali gus memancarkan nuansa elegan yang cukup nyata.
Bercerita tentang konsep kediaman mewah milik wanita yang berusia 41 tahun ini, “Konsep rumah saya sederhana sahaja. Saya suka dekorasi yang moden dan simple. Selain itu saya juga suka ada banyak tanaman sebagai hiasan,” tutur Datuk Seri Rossa yang menerima Anugerah Datuk Seri pada tahun 2018 ini.
Ads
Saat melangkah masuk ke kediaman miliknya rasa nyaman terus menerpa. Terasa tenang berada di kediaman Datuk Seri Rossa apabila terdengar percikan bunyi air sambil ada ikan-ikan berenangan dan terdapat sebuah kolam renang yang sangat mendamaikan. Gurau Datuk Seri Rossa, beliau hanya berenang dalam kolam renang tersebut dua kali setahun.
Melewati ruang santai yang tersedia di tingkat bawah, kongsi Datuk Seri Rossa, “Ruang ini adalah ruang santai bersama teman-teman rapat untuk BBQ. Terdapat kabel serta kayu-kayuan berkonsepkan rustik dari desa yang didatangkan khas dari Bali,” ujar Celebrity Darling Malaysia-Indonesia ini.
Ketika diajukan ruang yang paling digemarinya, “Ruang yang saya paling digemari sudah tentu ruang makan. Selalunya saya dan teman-teman atau keluarga berkumpul menikmati hidangan di ruang makan.
Ads
Jadi saya tidak suka ruang makan ini disekat dengan dinding dan suka ruang yang lapang. Ini kerana saya selalu bertemu dengan banyak orang di luar, ketika berada dalam rumah, saya tidak mahu ada suasana yang formal di rumah sendiri. Saya inginkan suasana tenang dan santai,” jelas Datuk Seri Rossa.
Berganjak ke sebuah lagi ruang santai miliknya, wanita kecil molek ini telah menempatkan sebahagian trofi kejayaan setelah 23 tahun berkecimpung dalam bidang seni. “Ya, ini cuma sebahagian sahaja. Sebahagian lagi saya letakkan di pejabat. Saya sudah lupa ada berapa banyak anugerah tetapi ini merupakan anugerah pertama saya ‘Indonesia Video Music Award’,” jelasnya.
Ads
Melangkah ke tingkat dua banglo mewah ini merupakan momen yang diidam-idamkan. Tingkat kedua kediaman ini meletakkan bilik make up Datuk Seri Rossa dan juga wardrobe meletakkan sebahagian baju-baju miliknya. Menelusuri kediaman 5 bilik ini merupakan momen yang sangat berharga.
Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini bersama anaknya, Rizky Langit Ramadhan bersama beberapa orang pembantu. Sempat mengajukan soalan cepumas pada Datuk Seri Rossa bilakah ingin membina masjid buat kali kedua, ini balasnya, “Soal jodoh saya serahkan pada Tuhan saja.
Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan yang datang dari-Nya, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak kisah siapa gerangan jodoh saya itu asalkan dia boleh menerima saya dan anak saya Rizky seadanya.
Anak saya juga tidak pernah menjadikan perkara ini sebagai isu yang besar. Dia sangat rapat dengan saya. Dia juga tidak pernah meminta pengganti bapa baru dan hidupnya sudah selesa bersama saya,” ujar Datuk Seri Rossa tenang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tepat jam 10 malam, kebanyakan masjid dan surau yang ada di seluruh negara akan ditutup dan dikunci. Bagi yang mahu bersolat, terpaksa singgah di hentian ‘Rawat dan Rehat’ (R&R) atau stesen minyak untuk menunaikan kewajipan itu.
Berbeza dengan impian Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof, 32, beliau mahu menjadikan Murtadha Dakwah Centre (MADAD) seperti Madinah yang dikunjungi orang ramai 24 jam tanpa henti.
“Di sekeliling Madinah, ada perniagaan dan pada masa yang sama, orang ramai beribadah di sana. Jadi saya juga mahu jadikan MADAD sebagai pilihan orang ramai yang mahu lakukan pelbagai aktiviti, bukan hanya sekadar solat semata.
“Alhamdulillah, fasa-fasa pembangunan seperti Masjid Darul Murthada, Rumah Kucing, Homestay, Stadium E-Sport, Hotel, Rumah Warga Emas dan beberapa projek lain sudah siap 60%. InsyaAllah menjelang Jun 2024, semua fasiliti ini siap sepenuhnya dan boleh digunakan orang ramai secara percuma dan dibuka 24 jam tanpa henti.
“Tak perlu bayar apa pun bila berkunjung ke MADAD. Nak naik kuda, kami ada berbelas ekor kuda. Naik percuma saja. Nak masuk rumah kucing pun kami ada lebih 800 ekor kucing di mana saya tubuhkan Pusat Pendidikan Kucing. Nak menginap di hotel, ada 32 buah bilik. Duduklah, bermalam sehari dua. Tak perlu bayar apa-apa, semuanya percuma.
“Kalau anak-anak nak bermain e-sport, kami ada stadium bagi tournament e-sport. Paling utama, kami akan pesan pada anak-anak, bila masuk waktu solat, wajib solat jemaah dulu. Kemudian baru sambung main.
“Kami juga ada gym di masjid, jadi tak adalah pakcik makcik melepak lepas balik dari masjid. Nak zumba ke semua ada. Tempat kami asingkan, lelaki dan perempuan. Ada memanah juga. Pendek kata, apa saja keperluan dunia, semuanya kami satukan di bawah MADAD ini,” kata Ustaz Yaacob ketika ditemui.
Tidak hanya keperluan duniawi dan ukhrawi, hartanah seluas tiga hektar yang dibangunkan sejak 2018 itu sudah menjadi pusat komuniti Islam pertama bertaraf antarabangsa dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM35 juta.
Ustaz Yaacob turut mewujudkan pusat perkahwinan terendah pada harga di bawah RM10,000 namun dewannya umpama hotel 5 bintang bagi memastikan urusan anak-anak muda yang ingin berumah tangga dipermudahkan.
“Tiap hari di MADAD, kami sediakan makan minum percuma. Kalau hujung minggu, berbas-bas datang ke sini. Hujung minggu mencecah 10,000 orang mengunjungi MADAD dan semua kami sediakan makan minum secara percuma kepada tetamu,” jemputnya dengan mesra.
AMALAN
Ditebak mengapa berhasrat melakukan amal kebajikan sebegini hebat, jelas Ustaz Yaacob, beliau ingin meneladani Nabi Muhammad SAW yang tersenarai sebagai Tokoh Paling Berpengaruh Di Dunia (The 100 – The Most Influential Person In History).
“Nabi jadi jutawan pada usia 18 tahun. Nabi solat hingga bengkak-bengkak kaki. Nabi masih belajar dengan Malaikat Jibrail di akhir usianya. Nabi juga tak malu menimba ilmu daripada sahabat walaupun dirinya lebih hebat. Nabi buat apa saja untuk menyatukan ummah termasuk hadapi cabaran ketika berdakwah dulu.
“Jadi semua kehebatan Nabi Muhammad ini perlu kita tiru dan sebarkan kasih sayangnya. Bagi saya, kenapa saya pilih lakukan amal kebajikan begini (memberi segalanya percuma) adalah kerana saya mahu menggunakan rezeki yang Allah kurniakan ke jalan sebaiknya.
“Percaya tak, saya tak ada kereta sendiri pun. Saya lebih suka naik Grab. Saya tak ada pun Lamborghini walaupun mampu membelinya. Tapi saya ada banyak van jenazah yang orang gunakan setiap hari. Saya beli van jenazah melebihi nilai sejuta ringgit dan bagi saya itulah kehebatan seorang manusia apabila dirinya mampu berbakti kepada orang lain.
“Kita semua akan mati dan akan menaiki van jenazah itu. Jadi saya persiapkan diri menjadi orang dikenali di akhirat kelak. Kalau beli Lamborghini, berdua saja boleh naik. Kemudian apa? Pose gambar kereta di media sosial biar orang puji dan kagum? Tapi apa kita dapat melaluinya? Hanya kebaikan untuk diri sendiri, bukan kepada ummah,” katanya yang kini berusaha menarik minat anak muda ke arah kebaikan.
“Kata Nabi, didik dan dekati seseorang termasuk anak menurut zamannya. Kita tak boleh fikir zaman kita dibesarkan kerana ketika itu tak sama dengan apa ada hari ini. Sebab itu, saya saja suka sedekah RM5 pada anak-anak yang datang solat jemaah ke Masjid MADAD. Bila anak datang, mak ayahnya mesti datang kerana takkan anak nak datang seorang. Bila kita semakin faham ilmu agama itu, institusi kekeluargaan akan lebih harmoni,” kongsinya.
Kata Ustaz Yaacob Yusra, demi mempersiapkan soal perjalanan akhir manusia iaitu kematian, dirinya turut menubuhkan Skuad Hang Cangkul dan Hang Cuci.
“Fungsi Hang Cangkul ini, bila ada kematian kita akan urus secara percuma dan semua ini anak muda yang lakukan. Tang Hang Cuci pula kami pergi bersihkan masjid-masjid yang ada termasuk masjid di MADAD yang saya jadikan bilik airnya seperti hotel lima bintang.
“Saya yang reka sendiri dalamannya. Macam hotel mewah. Sebabnya saya nak buang persepsi orang ramai tandas di masjid busuk dan tak terjaga. Jadi Skuad Hang Cuci inilah yang pergi bersihkan masjid-masjid sekaligus anak muda berukhwah di dalamnya,” katanya dalam nada bersemangat.
UJIAN
Pasti ramai tertanya-tanya di sebalik pelaburan besar dilakukan pada MADAD demi kelestarian dan ummah sejagat pasti kita tertanya-tanya dari mana sumber kewangan MADAD dijana.
Mengulas isu ini, Ustaz Yaacob mengakui pada awal penubuhan MADAD dahulu yang merupakan inspirasi dari arwah abangnya, Allahyarham Ustaz Murtadha yang meninggal dalam kemalangan jalan raya pada Januari 2018 dan Ustaz Wadi antara yang terselamat dalam kemalangan ngeri itu, beliau hanya meneruskan kesinambungan yang arwah abangnya impikan.
“Jujurnya pada awal penubuhan MADAD dulu, ia dijana daripada sumbangan duit orang ramai untuk pembangunan dan pembelajaran anak-anak tahfiz. Tapi saya berimpian lebih besar dari itu. Saya persiapkan diri dengan ilmu termasuk ambil double Master dan dah daftar pun buat PhD tahun depan.
“Saya belajar ilmu saham hingga dapat jolokan Ustaz Saham walau pun saya tak faham apa pun masa masuk kelas itu. Tapi dalam tahun itu, saya berjaya buat duit RM1 juta. Dari keuntungan inilah, saya mula merancang termasuk menubuhkan team yang membuat pelaburan dalam dunia saham.
“Alhamdulillah, di bawah MADAD ada 14 buah anak syarikat. Dari keuntungan-keuntungan inilah kita salurkan ke MADAD Care untuk orang ramai menikmati pelbagai kemudahan secara percuma. Alhamdulillah, saya dapat pasukan yang bagus. Dan masih ada yang bersedekah dan berwakaf kepada MADAD. Sikit sama sikit dirasai. Orang kaya berbakti, orang miskin berteduh.”
Jelasnya lagi, di sebalik kejayaan itu, terselit kepahitan bila mana ada laporan polis dibuat hingga perlu bersoal jawab dengan SPRM. Turun naik mahkamah juga ada. “Tapi syukur, kami mempersiapkan diri dengan buat audit. Jadi semua itu jadi bukti akaun syarikat. Turun naik mahkamah 4 kali pun kami menang. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan perjalanan MADAD.”
Terpilih menerima anugerah sempena Nona Superhero 2023 di bawah kategori Nona Best Community Dakwah Centre Award, jelas Ustaz Yaacob ia satu penghargaan buat semua. “Bagi saya berkongsi rezeki dengan semua ia adalah usaha patut diteruskan. Agama pun jadi sanjungan dan masyarakat juga menikmatinya,” katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Raline Shah bukan hanya terkenal dan berjaya malah cantik orangnya. Melihat selebriti Indonesia ini masih bujang pada usia meniti 39 tahun membuatkan peminat setia tertanya-tanya mengapa figura ini masih belum berkahwin. Sedangkan dia mempunyai pakej lengkap dan menjadi dambaan golongan lelaki.
Enggan terburu-buru mencari jejaka yang terbaik buat dirinya, Raline dalam temu bual bersama Nona mengakui sudah lali apabila sering diaju pertanyaan mengenai perkahwinan.
“Kenapa belum kahwin? Itu soalan paling panas. Macam mereka jealous. Macam tak boleh tengok orang senang. Let me be! Ramai bernikah itu merana. Ia bukan wedding ring tapi sufferring,” selorohnya.
Kredit Instagram @ralineshahKoleksi Foto Majalah Nona
Tambah anak kepada diplomat Indonesia ini lagi, “Banyak harus difikirkan dan dipersiap secara mental serta harus ada education sebelum bernikah. Supaya sebelum apa yang terjadi kita ada pegangan.”
Ditanya adakah dia sudah mempunyai kekasih hati, ini jawapan jujur Raline. “Ada. Saya selalu suka dengan pengusaha, yang berusaha lebih. Antara ciri-cirinya ialah yang boleh buat saya gelak dan ketawa, orang yang ada integriti, jujur, tulus, tinggi, kacak dan aktif.
Kalau di pasar, kita cari sayur paling fresh kan? Takkan bila cari suami, tak cari yang paling fresh dan paling kita suka. Jangan pilih yang layu, tidak bersemangat,” dedahnya dengan tawa berderai.
Barangkali status Raline yang memiliki latar belakang keluarga kaya-raya membuatkan ada di antara lelaki yang tidak berani mendekati jelitawan ini. Mengulas perihal keluarga, Raline bersyukur dikurniakan rezeki daripada Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah, selalu ada rezeki dan bila ada yang cakap di rumah saya macam zoo ini sebab ayah saya ‘kepala’ zoo di Indonesia. It’s a kind of association. Saya juga berpeluang jumpa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Zoo Negara pada 27 Januari lalu.”
Di sebalik keayuan wajah Raline, siapa sangka wanita ini seorang yang aktif dan gemar dengan aktiviti lasak. Pada Mac 2020 Raline berjaya menawan puncak Gunung Kilimanjaro.
Dalam nada teruja, dia berkongsi kenangan indah mendaki puncak gunung tersebut kira-kira empat tahun lalu. “Training tak banyak sangat tapi saya lebih fokus kepada kekuatan mental. Saya seorang yang sangat curios dan suka adventure.
Saya faham yang hidup ni hanya sekali dan kita berakhir di tempat yang sama. Jadi kenapa tidak kita mengembangkan kesempatan yang kita boleh lakukan sekarang ke arah yang baik dan menggembirakan. Bila kita bahagia, kita boleh mengerjakan apa saja dengan mudah.”
Bercerita tentang rejim kecantikan, ini petua amalan Raline. “Kalau kita sihat dan bahagia, cantik itu bonus datang semula jadi. Tapi kenalah tidur dan makan dengan teratur. Makan banyak buah dan sayur, positif dan ada good friend.
Di Bali ada 3 centre detox dengan infusion clinic. Detox menggunakan jamu dan ubatan herba dari Indonesia dan juga tanaman buah-buahan Yayasan Bali Sihat International (BSI).
Itu antara my biggest passion kalau saya tak berlakon lagi, saya nak teruskan usaha ini dan bangunkan serta belajar lagi tentang healing. Ia tak perlukan banyak ubat tapi tahu punca penyakit kita.
Saya minum jamu quite regularly, jus sayur setiap hari dan jamu kunyit. Di Indonesia kita ada banyak jamu dikenali sebagai Pharmacopeia ia ibarat farmasi yang kita dapat dari hutan atau yang ditanam.
Itu yang saya ingin hidupkan Pharmacopeia ini supaya manusia lebih sihat dan murah nak jadi sihat. Tak perlukan banyak wang sebaliknya dispilin dan ada pengetahuan malah ia juga available for all.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jatuh cinta tengok kecantikan aktres kelahiran Venezuela ini Ketika membintangi telenovela popular, La Usurpadora ini sekitar tahun 1998. Kemunculan Gabriela Spanic yang melakonkan dua watak utama, Paulina Martinez dan Paola Bracho waktu itu meninggalkan kesan di hati penonton hingga ke hari ini.
Kini selepas 24 tahun berlalu, Gabriela Elena Spanic Utrera atau lebih dikenali sebagai Gaby terus mengembangkan bakatnya dalam dunia lakonan dan nyanyian. Malah, dia turut mempamerkan bakat tarian dalam sebuah pertandingan. Serba boleh!
Rupa paras cantik Gaby ketika telenovela La UsurpadoraRupa paras cantik Gaby ketika telenovela La Usurpadora
Dilahirkan pada 10 Disember 1973, Gaby bakal mencecah usia 49 tahun. Dia merupakan model, penyanyi dan pelakon kelahiran Venezuela. Gaby juga mempunyai kembar bernama Daniela Spanic, adik perempuan Patricia Spanic dan seorang adik lelaki, Antonio Spanic.
Mereka ialah keturunan Venezuela-Croatia dan anak kepada pasangan Casimiro Spanic dan Norma Utrera. Bapa mereka berasal dari Croatia manakala ibunya pula kelahiran Venezuela. Datuk, nenek dan bapa Gaby berhijrah dari Croatia ke Venezuela pada tahun 1947.
Prevnews melaporkan selebriti ini pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi tetapi pengajiannya terganggu dek kerana Gaby mahu meneruskan karier lakonan.
Gaby (kanan) di samping kembarnya, Daniela
Kerjaya seni Gaby bermula selepas dia menyertai pertandingan Miss Venezuela pada tahun 1992 yang menjadi batu loncatan kepadanya untuk menceburi bidang lakonan.
Dia muncul dalam telenovela pertamanya, Morena Clara dengan melakonkan watak antagonis, Linda Prado. Selepas kejayaan membintangi beberapa telenovela di negara kelahiran, Gaby melebarkan sayap ke Mexico dan diberi kepercayaan melakonkan dua watak utama dalam telenovela Mexico, La Usurpadora pada tahun 1998.
Ia sekaligus menjadi langkah permulaannya untuk ke peringkat antarabangsa.
Gaby SpanicWajah terkini GabyWajah terkini GabyWajah terkini GabyBersama anak tersayang
Tidak dinafikan, penangan telenovela La Usurpadora mencetus fenomena tersendiri di Malaysia. Kerana rupa paras dan bakat para pelakon serta jalan cerita yang menarik, penonton sanggup mengikuti sehingga 102 episod!
Pada tahun 2008, Gaby melahirkan seorang anak lelaki dinamakan Gabriel de Jesus Spanic.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.