
Penyanyi Meghan Trainor yang terkenal dengan lagu berjudul All The Bass berkongsi berita gembira di Instagram miliknya bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata kedua.


Bayi lelaki yang diberi nama Barry Brurce itu dilahirkan pada 1 Julai lalu secara pembedahan dengan berat 3.62 kg.

“Pada 1 Julai (ulang tahun ketujuh tarikh pertama kali bertemu) kami menyambut kelahiran Barry Bruce Trainor ke dunia.

“Dia seorang bayi lelaki seberat 8 paun (3.62 kilogram) dan dilahirkan secara pembedahan,” tulisnya.


Lebih istimewa tarikh tersebut turut menjadi ulang tahun ketujuh perkenalan Trainor dengan suaminya, Daryl Sabara.


Untuk info, Meghan dan Daryl mendirikan rumah tangga pada 2018.
Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki bernama Riley Sabara yang berusia dua tahun.
Andainya PKP Dilanjutkan, Mungkinkah Tradisi Aidilfitri Kita Hanya Tinggal Kenangan?

Petang yang kelabu, di luar bunyi guruh bersahutan tanda bumi bakal disirami hujan. Sambil menonton perkembangan COVID-19 di televisyen, sambil saya ligat menyudahkan tugas-tugas tertangguh. Masa inilah kotak inbox berkelip-kelip minta dibuka. Notifikasi e-mel baru dari Habib, ah saya senyum membacanya.
Entah sejak dulu saya amat senang dengan jenama barangan kemas ini. Habib, nama yang sinonim dengan wanita Melayu terutamanya menjelang Hari Raya. Kalau dulu bila singgah di shopping mall, suka sangat mengintai-intai tingkap kaca Habib. Dan ‘mengintai’ ini pula memang musimnya sebulan dua sebelum raya.
Tapi tahun ini jangankan kedai Habib, shopping mall pun diarah tutup bagi mematuhi arahan PKP. Tarikh ‘kebebasan’ pula asyik ditunda, daripada 31 Mac membawa ke 14 April, dan sekarang… tak mustahil dilanjutkan lagi kalau unjuran flatten the curve masih belum memuaskan. Termenung sekejap, walau masih tak puas belek-belek koleksi Rantaian Kasih tahun ni.
Kasih Isteri
Alahai, bahagianya hati dapat suami segak macam Zain Saidin. Suka tengok Che Ta siapkan cik abang macam ni. Sayup-sayup terdengar takbir raya, bersiaplah ke masjid untuk tunaikan solat sunat Aidilfitri.


Semanis Senyuman Gadis
Rindunya Hari Raya bila tengok keluarga Rozita Che Wan berbaju tradisi lengkap. Manis berkerudung, bercincin, bergelang, bersubang cantik sambil bersalam-salaman sesama ibu bapa dan adik-beradik tersayang. Tengok dutanya; Ramona Zamzam dan Hannah Delisha nampak macam adik Che Ta pula!


Untuk Yang Tersayang
Selalunya setiap tahun, menjadi tradisi Habib untuk buka kedai sampai pukul 12 tengah malam. Alang-alang shopping raya, sempat lagi kalau nak singgah beli emas selepas habis solat terawih. Masa ni lah rambang mata nak pilih, nak rantai panjang la, subang emas kuning la, emas putih la, emas merah jambu la.

Walaupun tahun ini ekonomi bergerak sedikit perlahan, tapi niat berhias tak harus terbantut kerana Habib menawarkan harga istimewa. Jadi bolehlah fikir-fikirkan koleksi barangan kemas mana yang berkenan di hati, walaupun agaknya entah bilalah kita boleh beli dan melaram ni nanti?
Apa pun, tradisi Aidilfitri janganlah dimatikan. Dalam pada kita penjarakan sosial serta larangan berhimpun beramai-ramai pada musim perayaan nanti, cuba fikirkan alternatif baru bagi menghidupkan suasana perayaan yang meriah. Mungkin melalui panggilan video sambil makan ketupat rendang beramai-ramai di rumah sendiri?
Hidup penuh kemungkinan, bersedialah. Norzalina
Dibesarkan Sebagai Wanita Selama 28 Tahun, APRILIO PERKASA Kini Temui Cinta Sejati Selepas Kembali Ke Fitrah Asal

Masihkah anda ingat dengan kisah bekas atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), nama Aprilia Santini Manganang yang tular suatu ketika dulu kerana kisahnya yang dibesarkan sebagai seorang wanita selama 28 tahun walhal dirinya adalah seorang lelaki. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, Aprilio rupanya mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadias yang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.
Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.
Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.
Ujian perubatan pula mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi. Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.
Setahun kemudian selepas menjadi “lelaki” dan kembali kepada fitrah asalnya, khabarnya Aprilio sudah bernikah dengan kekasihnya yang bernama Claudia Cvanrhyn. Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram termasuk memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen ‘Bebas’.
Claudia menyarung persalinan gaun anggun berlengan panjang berwarna putih serta dibaluti rantai putih, manakala Aprilio pula memakai 2-piece suit dengan blazer berona biru bercorak bunga di mana kedua-duanya menunjukkan cincin kedua-dua pengantin baru ini.
Senyuman gembira juga jelas terpancar di wajah pasangan pengantin. Didoakan semoga prkahwinan mereka kekal hingga ke anak cucu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
“Wahai Anakku ALEESYA, Jadilah Anak Yang Jaga Solat,” Harapan ERRA FAZIRA Jika Ditakdir Dah Tiada Lagi!

Erra Fazira sememangnya terkenal dengan peribadi menyenangkan dan lembut tutur kata. Tak lekang menguntum senyuman dan ramah melayan orang sekeliling… keperibadian Erra rupa-rupanya turut disenangi penceramah ternama, Ustaz Ebit Lew. Berpeluang mendekati pelakon handalan ini dalam siri program ‘A Bit With Ebit’ baru-baru ini, Ustaz Ebit nyata kagum dengan semangat dan kekuatan Erra mendepani cabaran sebagai seorang ibu.
Tersentuh mendengar pengakuan Erra ketika mula mengenakan hijab dan mahu kekal istiqamah, Ustaz Ebit berkata jelitawan tersebut berulang-ulang kali menegaskan hasratnya untuk mendekatkan diri kepada Allah Maha Esa. “Macam-macam difikirkan masa tu. Dia pohon kekuatan dariNya dan selalu simpan niat mahu dekat pada Allah.
Beliau sangat kuat. Allahuakbar. Kagum pada semua ibu di luar sana yang begitu kuat melalui hidup ini. Saya kata padanya semua ujian ini cuma kerana Allah sayang. Baik sangat orangnya, rendah diri dan suka dengar nasihat. Allah sayang padanya.”
Ketika menghadiri rakaman program berkenaan, Erra turut ditemani anak tersayang, Engku Aleesya. Melihat keakraban kedua-dua anak dan ibu tersebut, lantas membuatkan Ustaz Ebit mahu mengetahui sumber kekuatan usahawan muslimah ini. “Saya tanya padanya apa yang buatnya kuat. Katanya saat berdoa dan menangis minta pertolonganNya.
Bila ditanya jika hari ini adalah hari terakhir dalam hidup Erra, apa yang ingin dikatakan kepada Aleesya dan ibu bapa Era? Katanya, “Wahai anakku Aleesya, jadilah anak yang jaga solat. Jadi orang baik. Dekat dengan Allah. Kerana kita semua hamba Allah. Satu hari kita akan mati. Kita akan dapat bersama dalam syurga jika kita menjadi hamba Allah yang baik.”
Allah sayang Erra dan anak serta ibu bapanya. Tahniah menjadi contoh yang baik buat masyarakat di luar sana,” telus Ustaz Ebit.
Dalam pada itu, Erra turut menzahirkan rasa syukur kerana impian untuk bertemu Ustaz Ebit akhirnya diperkenankan. “Syukur alhamdulillah, saya ketemu dengan ustaz yang sangat saya kagumi cara beliau berdakwah. Sangat lembut dengan setiap bait bicara.
Pilihan kata-kata bisa menyentuh hati setiap insan termasuklah saya. Moga usaha murni ustaz menambah baik impak buat generasi Islam seterusnya.”
Kredit: Instagram Erra Fazira