Kita selalu dengar nasihat agar melabur demi kesihatan jangka panjang khususnya buat wanita. Ada pelbagai penyakit kronik yang melibatkan kesihatan wanita.

Ads

Sememangnya sebagai seorang wanita, gerun mendengar perkataan kanser payudara. Tidak ada seorang wanita mahu penyakit itu melingkari kehidupan mereka.

Melabur Demi Kesihatan, Survivor Kanser Payudara Ini Pernah Guna Ubat Herba Sebagai Alternatif 
Gambar hiasan; Foto: www.123rf.com

Namun, apabila mendengar kajian yang menunjukkan satu daripada 19 wanita Malaysia berisiko menghidap penyakit ini, setiap wanita perlu ambil tahu.

Manakala lebih daripada 60 peratus pejuang yang telah didiagnos pula berada pada tahap lanjutan.

Melabur Demi Kesihatan, Survivor Kanser Payudara Ini Pernah Guna Ubat Herba Sebagai Alternatif 
www.pexels.com; Photo by Lisa Fotios

Berat mata memandang, berat lagi mahu yang memikul. Walaupun pejuang kanser sering rasa putus asa namun, perkembangan teknologi dalam perubatan mampu membantu mereka meneruskan kehidupan.

Novartis Malaysia telah menganjurkan bengkel media “Staying Hopeful, Staying Strong: Surviving Advanced Breast Cancer” untuk memperkasa semangat dan kekuatan pesakit dan penjaga mereka.

Melabur Demi Kesihatan, Survivor Kanser Payudara Ini Pernah Guna Ubat Herba Sebagai Alternatif 
Foto: Koleksi Peribadi Fara Aida

Salah seorang survivor kanser payudara, Fara Aida Farid berkongsi tentang kisahnya. “Setelah mendapat keputusan diagnosis, ahli onkologi saya telah menasihati saya untuk menjalani kemoterapi.

Namun, saya enggan kerana telah mendengar banyak kesan sampingan kemoterapi, terutamanya keletihan dan keguguran rambut. Saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan mencuba ubat herba sebagai alternatif.

Melabur Demi Kesihatan, Survivor Kanser Payudara Ini Pernah Guna Ubat Herba Sebagai Alternatif 
Foto: Koleksi Peribadi Fara Aida

Malangnya empat tahun kemudian, saya mendapati kanser saya telah merebak. Namun begitu, pakar onkologi saya memberitahu bahawa masih ada peluang untuk mengurangkan perkembangan kanser dengan perubatan konvensional.

Ads

Untuk menangani kegusaran terhadap rawatan kemoterapi, pakar onkologi saya telah memperkenalkan saya kepada pesakit lain yang telah menjalani rawatan ini dengan berani.
Ketahanan beliau telah memberikan saya keberanian yang saya perlukan untuk mengatasi ketakutan dan melakukan apa yang diperlukan untuk mendapatkan kembali hidup saya.

Melabur Demi Kesihatan, Survivor Kanser Payudara Ini Pernah Guna Ubat Herba Sebagai Alternatif 
Gambar hiasan; Foto: www.123rf.com

Sekarang saya sedang menjalani terapi hormon dan terapi bersasar, dan keadaan saya kini terurus dengan baik. Saya berupaya menjalani kehidupan yang sihat dan menjalani gaya hidup aktif dengan hobi menunggang kuda.

Nasihat saya kepada mereka yang menghadapi kanser payudara adalah untuk tetap positif dan dapatkan nasihat daripada pakar onkologi anda mengenai pilihan rawatan anda.

Ads

Sekiranya anda mempunyai kebimbangan mengenai perubahan ubat-ubatan atau gaya hidup, berbincanglah dengan mereka. Melabur demi kesihatan anda, kenalpasti keadaan anda dan lakukan penyesuaian yang diperlukan untuk menentang kanser.

Rawatan kanser payudara telah berkembang jauh dan kita harus memanfaatkan akses kepada perubatan inovatif ini,” kata Fara Aida yang telah didiagnos pada 2010.

Baca juga; Datin Lisa Surihani Kekal Cantik Di Usia 36 Kini Ceburi Bisnes Kecantikan

Baca juga; Majlis Kanser Negara

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI