Melaram Raya Dengan 4 Anak Kecil, Gaya ‘Sempoi’ Adira Suhaimi Serlah Jiwa Muda!

Tertarik dengan gaya ‘sempoi’ Adira Suhaimi ketika menyambut 1 Syawal baru-baru ini. Walau ‘struggle’ siapkan anak di pagi Hari Raya, penyanyi kelahiran Sabah ini tetap kelihatan berseri-seri.

Apatah lagi, Adira tampil menawan dalam persalinan kebaya putih gading sedondon dengan empat cahata mata comel!

Meninjau foto lebaran Adira di samping anak-anak tersayang menerusi Instagram miliknya, terserlah wajah teruja wanita ini menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Meskipun tanpa kelibat dan gambar suami di sisi, Adira tampil ceria sambil menitipkan ucapan Hari Raya buat peminat kesayangan.

Kredit Instagram @adira.suhaimi
Kredit Instagram @adira.suhaimi
Kredit Instagram @adira.suhaimi

“Selamat Hari Raya semua kepada seluruh keluarga dan kenalan mohon ampun maaf atas semua kekurangan dan kesilapan saya pada kalian selama ini.”

Dalam ucapan tersebut, Adira turut memberitahu keadaan dirinya yang sedang demam pada hari raya pertama.

Menjadi ibu pada usia muda nyata bukan satu tugas mudah. Lebih-lebih lagi Adira hidup bermadu.

Baca https://www.nona.my/beranaklah-ramai-seronok-ada-anak-ni-adira-tak-risau-hilang-awet-muda-sebab-ramai-anak/

Tidak menjadikan status tersebut sebagai penghalang, gaya jelitawan ini bergambar momen indah Syawal meraih perhatian.

Terutamanya ketika Adira bergaya berani dengan padanan kasut kasual Vans sedondon dengan anak lelaki. Memang jiwa muda betul!

Kredit Instagram @adira.suhaimi
Kredit Instagram @adira.suhaimi
Kredit Instagram @adira.suhaimi

2 Syawal pula Adira tampil manis dalam busana kebaya merah jambu. Terserlah keanggunan isteri Dato’ Red ini.

Lebih bermakna, dia mampu menyarung persalinan baju kebaya manik yang dipadan dengan kain polos rona fuschia yang pernah dipakainya ketika zaman anak dara pada 3 Syawal.

Terbukti Adira mampu kekalkan bentuk tubuh langsingnya walau dah beranak empat.

Adira yang kini berusia 31 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.

Share
Published by
Suzi