Tersentuh hati, sebak dan hampir menitis air mata menonton video pelancaran Kasih Pillow oleh penyanyi Sufian Suhaimi dan kumpulan nasyid InTeam. Diadaptasi dari kisah benar melibatkan kes mangsa keganasan rumah tangga Jahidah Nordin, video tersebut berjaya meruntun perasaan wanita khususnya golongan isteri.
Terkesan dengan nasib yang menimpa mangsa keganasan rumah tangga iaitu Jahidah Nordin, penyanyi Sufian Suhaimi, 30 tahun dan syarikatnya BabyPian melancarkan Tabung Kasih untuk wanita itu.
Lelaki pintar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dari UniSZA dan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam ini bukan sahaja aktif sebagai penggiat seni, malah pendidik dan usahawan berjaya.
“Kisah Puan Jahidah sangat dekat dan kami memang ikut rapat perkembangan kes itu.
Alhamdulillah, bulan lalu saya dan berpeluang bertemu dengan dia dan keluarganya.
Luluh, tonton video yang diadaptasi dari kisah benar Jahidah Nordin ni…
Melihat keadaan Puan Jahidah yang tidak bermaya depan mata… saya rasa sangat simpati. Jadi, secara tidak langsung memberi motivasi kepada saya untuk tampil dengan inisiatif ini.
Saya bersama pasukan BabyPian cuba melakukan apa yang kami mampu bagi membina kesedaran berkenaan isu keganasan rumah tangga.
Selain memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan, kami juga membantu dari segi perkembangan awal anaknya melalui tabung pendidikan.” Sufian Suhaimi
Baca juga:
Juara Dunia 3 Kali, Legenda Ratu Boling Malaysia Shalin Zulkifli Kini Bergelar Datuk
Kata Sufian Suhaimi dalam temu bualnya bersama Gempak itu, sumbangan yang diberikan termasuklah untuk tabung pendidikan anak kepada mangsa iaitu Eshan Nufail yang kini berusia setahun.
Inisiatif yang dilancarkan oleh selebriti yang juga bapa kepada seorang anak angkat, Faeq Razeeq itu jelas cukup prihatin dan diperlukan oleh masyarakat ketika ini.
“Detik-detik yang tak mampu kami lupakan, ianya memberi impak yang sangat besar kepada kami para sang wanita. Benar kata Yang Berhormat, isu keganasan rumahtangga HARUSLAH di ketengahkan.
Semoga dengan pelancaran produk Kasih Pillow kami yang terbaru ini ia dapat membuka mata & minda wanita yang telah menjadi mangsa keganasan rumahtangga.”
PELANCARAN
Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Tabung Kasih dan pelancaran produk Kasih Pillow di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Putrajaya pada Selasa.
Sementara itu, penyanyi lagu Di Matamu itu tidak menyangka apabila usaha berkenaan turut mendapat maklumbalas positif daripada pihak KPWKM.
Majlis berkenaan turut dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu dan ahli keluarga mangsa.
Untuk rekod, Jahidah, 44, petugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor, dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pada Mei 2021 selepas dipercayai dicederakan suaminya.
Dia yang ketika itu hamil enam minggu mengalami kecederaan para dan sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan, selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak, disyaki dipukul.
Jahidah yang terlantar koma, selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan pada November 2021.
This website uses cookies.