Jenama kaca mata, Bolon, menyatukan elemen kemahiran, seni dan fesyen dalam menyerlahkan lagi keanggunan rekaan untuk koleksinya yang terbaharu. Kali ini, koleksi ini meraikan keperibadian setiap individu yang memiliki personaliti serta stail tersendiri. Setiap koleksi menawarkan rekaan fesyen kontemporari yang cukup unik. Ia juga dihasilkan daripada bahan berkualiti tinggi dengan sentuhan teknik kemahiran terkini.
Koleksi musim ini diinspirasikan oleh Jewellike (inspirasi rekaan barang kemas), Wavy (inspirasi rekaan ukiran), Eiffel
(inspirasi rekaan Menara Eiffel) serta Layers (inspirasi rekaan corak geometri).Mula diperkenalkan pada tahun 2003, Bolon telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2016 dan jenama ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan di segenap rantau Asia Pasifik.
Bolon yang sentiasa mengikuti gaya fesyen terkini menawarkan ciri-ciri rekaan Itali yang elegan dan berkualiti tinggi serta penggunaan bahan-bahan kaca mata terbaik seperti Resin Asetat Premium Itali yang terkenal dengan pemilihan warna dan tekstur yang menarik. Juga, Resin Memori TR90 buatan Switzerland yang tahan lasak dan ringan.
Penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan penelitian inovatif merupakan kunci kepada rekaan kedua-dua koleksi kaca mata hitam dan kaca mata optik Bolon. Kombinasi rekaan kaca mata Bolon dengan teknik kemahiran terkini dapat menjamin keaslian produknya di samping memberi keselesaan penglihatan si pemakai.
Sejak pelancarannya, Bolon telah memenangi beberapa anugerah dan telah diiktiraf sebagai salah satu jenama kaca mata yang paling berpengaruh. Kaca mata Bolon merangkumi kaca mata hitam untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak selain menampilkan koleksi menarik optik untuk wanita dan lelaki. Salah satu keunikan jenama ini ialah koleksi Bolon kanak-kanak dengan gaya yang sepadan dengan kaca mata dewasa. Koleksi ini dikenali sebagai Mini-me.
Koleksi kaca mata hitam Bolon dilengkapi dengan kanta polarisasi yang berdefinisi tinggi agar si pemakai dapat menikmati pengalaman penglihatan terbaik dengan teknologi E-SPF (Faktor Perlindungan Cahaya Matahari untuk Mata) yang memastikan keselesaan dan perlindungan adalah pada tahap yang terunggul.
Kaca mata Bolon boleh didapati di semua butik optik A-Look, Proeyes dan Seen di Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Koleksi Bolon 2017, sila layari www.boloneyewear.com.ROSMAHIDAYUABUSAMAH
This website uses cookies.