Dah lama tak mendengar khabar usahawan yang terkenal dengan gelaran ‘Queen of Fairy Tales’ ini. Kalau dulu nama Joy Revfa cukup sinonim dengan kisah ‘hangat’ peribadinya. Kira-kira 2 tahun lalu, nama Joy Revfa tular dengan kisah pertunangan namun akhirnya putus di tengah jalan.
Setelah itu, pengasas Merve Cosmetics yang juga ibu tunggal kepada seorang anak ini mula ‘menyepikan diri’ dan kini lebih selesa memberi tumpuannya terhadap bisnes yang kian berkembang.
“Saya sekarang sedang menghasilkan produk-produk baru untuk jenama sendiri, Merve Cosmetics. Saya juga tak berapa nak expose sebab sangat sibuk dengan projek besar akan datang sebagai tanda penghargaan kepada semua pengikut dan wanita-wanita yang pernah menggunakan produk saya.
Sebab itulah kita nak menghargai semua yang telah membeli produk Merve Cosmetics. Hadiah itu tanda penghargaan terhadap sokongan semua. Kita akan war-warkan di Instagram, Facebook, radio dan TV,” kongsi Joy.
Menurut Joy, dia cuba elakkan daripada mencipta kontroversi murahan semata-mata untuk menaikkan nama produk. Baginya, lebih baik dia serlahkan diri untuk memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana.
“Selepas putus tunang pada tahun 2020 saya hanya fokus pada bisnes saja. Memang ada yang nak mendekati tapi buat masa ni saya nak lebih fokus kepada bisnes, anak dan keluarga. Buat masa ni biarlah saya fokus kepada kerjaya dulu.
Wanita yang ada kerjaya atau bisnes sendiri termasuklah harta dan kedudukan membuatkan dirinya sukar didekati oleh ramai lelaki. Kenyataan Ini turut dipersetujui oleh Joy dan ini jawapan jujurnya.
IBU SUMBER INSPIRASI
Joy menjadikan ibunya sebagai sumber inspirasi. Ini kerana ibunya juga memegang status yang sama sebagai ibu tunggal. Kekuatan luar biasa yang ada dalam diri ibunya itu telah mematangkan diri Joy.
“Sumber inpirasi saya ialah ibu, Sofia Abbas sebab beliau juga seorang ibu tunggal. Ibu sangat berusaha untuk mendidik kami dari kecil sampailah besar tanpa suami. Kami melihat kecekalannya bagaimana beliau membangunkan bisnes termasuk menghantar kami ke tempat-tempat mahal untuk kami belajar untuk upgrade kemahiran.
Antara pesan ibu yang sentiasa saya ingat ialah jangan mudah putus asa biar apa pun terjadi. Semua yang terjadi ada hikmah. Yang penting teruskan saja, hargai orang sekeliling kita, bangunkan bisnes yang ada dan jangan rasa tak yakin diri. Sentiasalah hargai diri.
Kredit Foto: Instagram Joy Revfa
This website uses cookies.