Jenama Fareeda bukanlah satu jenama baharu dalam bidang perniagaan tudung. Populariti jenama ini sukar untuk disangkal dengan mempunyai peminat dan pengikut tersendiri. Di sebalik jenama unggul Fareeda, berdirinya wanita anggun bernama Mawar Abdul Karim yang merupakan Pengarah Fareeda Global Resources Sdn Bhd. Peribadi lembut figura yang berasal dari Pulau Pinang menjadikan beliau seorang ‘role model’ dan  usahawan wanita yang cukup disegani.

IKLAN

Bisnes yang diusahakan sejak sekian lama menjadi tunggak utama dalam kejayaan jenama Fareeda hingga ke hari ini. Ilham segar dan terkini sentiasa menjadi taruhan bagi memastikan pelanggan berpuas hati dengan produk yang dihasilkan. Bukan itu sahaja, malah kualiti yang dijanjikan membuktikan produk tempatan juga sebaris dengan jenama-jenama terkenal antarabangsa.

“Memang Tak Ada Rezeki Kalau Tak Usaha”- Belum Sempat Buat IVF, MAWAR KARIM Hamil Semulajadi!

“Selain bisnes tudung, saya juga ada menghasilkan rancangan animasi di bawah kelolaan Fareeda Animation. Rancangan yang mempunyai 12 episod ini sudah siarkan di saluran Tv Alhijrah dan diberi judul ‘Kembara Farha Bersama Kak Mawar’. Rancangan animasi ini khusus buat kanak-kanak dalam memberi nasihat, doa dan teladan, “ jelas Mawar memulakan bicara.

Selepas 4 tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya Mawar dan pasangan dikurniakan puteri yang diberi nama Wan Maryam. Menurut Mawar, nama cahaya mata sulungnya tercetus saat beliau sering membaca surah Maryam dan Yusof ketika beliau hamil. Surah Maryam yang menceritakan kisah kekuatan ibu Maryam yang difitnah namun masih kuat dan tabah membuatkan Mawar tertarik untuk memilih nama tersebut. Manakala nama ‘Wan’ dihadapannya diambil sempena nama sebenar fizo iaitu Wan Hafizul.

“Memang Tak Ada Rezeki Kalau Tak Usaha”- Belum Sempat Buat IVF, MAWAR KARIM Hamil Semulajadi!

“Kehadiran Maryam menjadi pelengkap dan penyeri buat kami suami isteri. Tambahan pula. Di belah ibu saya, Maryam merupakan cucu pertama dalam keluarga saya dan sesungguhnya kami sekeluarga berasa cukup teruja. Kehidupan saya juga berubah sekelip mata dan kedatangan Maryam membuatkan hidup saya berasa lebih sempurna. Bagi Fizo pula, dia adalah orang yang paling gembira. Beliau memang menginginkan zuriat dari dulu lagi namun ketika itu masih belum ada rezeki.

“Memang Tak Ada Rezeki Kalau Tak Usaha”- Belum Sempat Buat IVF, MAWAR KARIM Hamil Semulajadi!

“Sejujurnya ketika disahkan hamil, sukar untuk saya percaya disebabkan saya menghidap Endometriosis iaitu satu penyakit yang berkaitan reproduksi wanita. Namun setelah saya selesai buat rawatan dan buang cyst yang makan masa setahun jugalah, doktor ada memaklumkan pada saya jika lepas dua bulan saya masih belum hamil dia sarankan buat IVF. Tapi Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. Dua bulan selepas rawatan tersebut saya akhirnya hamil secara semulajadi,” bicara Mawar penuh tenang.

IKLAN

“Memang Tak Ada Rezeki Kalau Tak Usaha”- Belum Sempat Buat IVF, MAWAR KARIM Hamil Semulajadi!

Kelahiran Maryam merupakan penantian yang ditunggu-tunggu oleh Mawar dan Fizo selama ini. Jelas Mawar lagi, beliau ingin membesarkan anaknya itu seperti mana ibu beliau menguruskan dirinya dan adik-beradiknya ketika masih kecil. Mawar juga berharap agar anak kesayangan itu membesar menjadi seorang yang bedikari dan tidak terlalu bergantung kepada ibu-bapa di masa hadapan.

Kehidupan Seorang ibu bekerjaya memerlukan komitmen yang cukup tinggi dalam menguruskan urusan perniagaan dan rumahtangga. Pengalaman Mawar dalam menempuhi fasa seterusnya dalam rumahtangga menjadikan wanita berusia 29 tahun ini seorang yang  lebih cekal dan tabah.

IKLAN

“Maryam merupakan anak sulung saya dan saya tiada pengalaman dalam membesarkan anak. Pada mulanya, agak sukar untuk saya bahagikan masa untuk  keluarga dan juga untuk bisnes. Tambahan lagi, Maryam masih kecil dan kadangkala saya terpaksa membawa anak saya ke pejabat. Saya juga terpaksa bataskan aktiviti seharian saya dan memberi lebih tumpuan kepada Maryam.

“Memang Tak Ada Rezeki Kalau Tak Usaha”- Belum Sempat Buat IVF, MAWAR KARIM Hamil Semulajadi!

“Walaupun saya ada mengambil khidmat pembantu rumah untuk mambantu saya, tapi tugas dia hanyalah untuk membuat perkara-perkara kecil sahaja, selebihnya saya lakukan sendiri. Pembantu rumah saya juga balik hari, jadi pada waktu malam saya menjaga anak saya sepenuhnya,” ungkap mawar.

Tambah Mawar lagi, dia lebih selesa untuk menjaga puterinya sendiri berikutan kes-kes yang berlaku melibatkan bayi di rumah pengasuh yang memberi sedikit sebanyak kesan trauma pada beliau. Selain itu, Mawar juga merancang untuk membuka nursery  atau rumah asuhan untuk kanak-kanak kecil yang menyediakan khidmat pembelajaran khusus buat anak-anak.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI