Gigih Membangunkan UMMA & Nita Cosmetics. Zairin dan Aznita Azman Kagumi Semangat Kerja Kuat Ayah

Kedua-dua anak perempuan kepada Tan Sri Zainul Azman ini menjadikan bapa mereka sebagai contoh terbaik untuk berjaya di dalam kehidupan. Biarpun bapa mereka merupakan seorang yang berpengaruh di dalam dunia perniagaan itu bukanlah faktor untuk duduk bersenang lenang. Sebaliknya mereka berdua memulakan perniagaan dari bawah dan mengharungi cabaran yang mendatang. Seorang menyerlah dengan dunia fesyen dan yang seorang lagi dengan dunia kecantikan.

Bagaimana and berdua boleh memulakan jenama UMMA & NITA COSMETICS?

Zairin: Ia bermula dengan pilihan saya untuk mula memakai tudung dua tahun yang lepas. Saya mendapati bahawa fesyen bertudung pada masa itu sangatlah terhad, jadi saya berinspirasi dan bernekad untuk memulakan sebuah bisnes atas talian yang menawarkan busana yang memberi fokus kepada mereka yang berhijab.

Nita: Nita tersangatlah sukakan apa-apa yang berkaitan dengan dunia solekan ataupun yang kreatif. Nita gemar pergi ke farmasi ataupun Sephora untuk mencuba produk terbaru. Akan tetapi, Nita melihat yang tidak banyak jenama solekan tempatan menawarkan produk yang mengetengahkan budaya dan tradisi Malaysia. Jadi, dari situlah mulanya NITA COSMETICS! Kualiti yang bertaraf antarabangsa dengan tema tempatan.

Apakah DNA jenama UMMA dan apakah jenis-jenis busana yang ditawarkan?

Zairin: Saya mengetengahkan unsur, “Modern, Modest” pada kesemua produk yang dikeluarkan dan cuba gabungkan dua aspek yang  bercanggah di dalam dunia fesyen, iaitu modernisasi dan kesederhanaan. Di UMMA, produk-produk yang ditawarkan adalah  Ready-To-Wear, pelbagai tudung, anak tudung, volumnizer, dan juga baju raya pelbagai design.

Apakah DNA jenama NITA COSMETICS pula dan apakah rangkaian alat kosmetik yang ditawarkan?

Nita:   Nita fokuskan kepada produk-produk Nita Cosmetics untuk  menjadi, “Fun and Quirky”. Setiap produk dibuat untuk menyenangkan proses memakai solekan setiap hari dan Nita    percaya yang setiap perempuan punyai hak untuk bercantik dan kesemua mereka berupaya untuk menjadi lagi yakin dengan diri mereka sendiri. Nita Cosmetics menawarkan tiga jenis gincu (15 warna gincu) dari  tiga koleksi dan juga satu koleksi palet pembayang mata.

Kempen Koleksi Turki Nita Cosmetics

Dalam Lambakan jenama fesyen dan juga kosmetik hari ini, apakah yang membuatkan jenama anda berdua lain dari yang lain? Dan apakah strategi anda dalam menjadikan ia berbeza berbanding jenama lain?

 Zairin: Kami berdua cuba untuk mengetengahkan customer kami dalam memasarkan produk-produk kami. Tambahan pula, unsur moden dan modest di dalam dunia fesyen masih baru, jadi saya yakin ia boleh dijadikan sebagai satu penggerak bisnes.

Nita:   Untuk NITA Cosmetics, segalanya dari kualiti tekstur, nama koleksi, tema koleksi, semuanya dipelan dengan teliti – bukan sekadar menjual gincu dan terus memasarkanya. Apa yang membezakan produk dari Nita Cosmetics adalah ia berlandaskan unsur tempatan, di mana customer kami          akan rasa ceria dan bertenaga dengan produk kami dengan imej “Fun and Quirky” Nita. Produk Nita Cosmetics direka dan dipasarkan untuk menyenangkan pemakaian solekan setiap wanita.

Sebagai adik-beradik, anda berdua berada di bawah payung syarikat yang sama dalam membangunkan jenama masing-masing. Jadi bagaimana agaknya bekerja bersama, adakah masing saling memberikan idea?

Zairin: Ya, kami saling membantu. Akan tetapi, UMMA dan NITA COSMETICS merupakan dua jenama dan bidang yang berlainan. Kami beroperasi di platform yang berbeza, tetapi visi kami selari.

Nita: I love my siblings – walaupun ada pendapat yang berbeza, Nita percaya yang kadang kala intonasi bila bercakap lebih penting daripada mesejnya. It’s how you deliver your message and how you speak that’s more important. So far, it’s been great working with them and we share ideas constantly.

Sebelum memulakan kedua-dua jenama ini, boleh ceritakan sedikit tentang kerjaya anda sebelum ini? Dan apakah yang membuatkan anda teringin ke dunia fesyen dan kecantikan?

Zairin: Saya bermula melibatkan diri dalam industri bisnes dari ‘flea market’ ke kiosk dan selepas ituSaya membuka sebuah kedai aksesori di Bangsar selama 10 tahun sebelum mendapat idea untuk memulakan UMMA. Saya mula menanam minat ke dunia fesyen apabila saya mula memakai tudung dua tahun lepas. Dari situ, saya mula berfikir tentang   susahnya untuk saya mencari stail yang menepati citarasa saya dan juga memberi ruang untuk saya bertudung.

Nita: Sebelum Nita menceburi bisnes kosmetik, Nita berjinak dalam industri perfileman. Selepas itu,  Nita berinspirasi untuk memulakan bisnes sendiri dan mengembangkan perniagaan keluarga.

UMMA Turut Menawarkan Rekaan Untuk Lelaki

Siapakah personaliti yang menjadi inspirasi anda berdua dalam dunia bisnes fesyen dan kecantikan?

Zairin: Bapa saya, Tan Sri Zainul Azman merupakan inspirasi yang paling saya sanjungi jika kita berbual tentang dunia bisnes. ‘He is the most hardworking businessman, pemurah hati dan sangat generous and also he cares about everyone in the family & also friends and takes care of their welfare & education too, he brings at least 20 people for family trips

!’. Oprah Winfrey juga merupakan personaliti inspirasi saya kerana beliau merupakan usahawan Berjaya dan beliau tidak mudah berputus asa dalam apa jua cabaran dilalui.

Nita: Untuk personaliti, Nita sanjungi Neelofa kerana beliau tidak berputus asa untuk membina perniagaan sendiri, as Naelofar wasn’t the first business that she went into. It’s not easy to build one. Dan juga bapa saya sendiri, Tan Sri Zainul Azman, kerana beliaulah sebab saya menanam minat untuk menceburi dunia bisnes. He is the hardest working man I know, and so generous and kind to everyone.

Dalam masa lima tahun akan datang, dimanakah jenamai ini akan berada?

Zairin: Saya inginkan UMMA untuk menjadi jenama ternama di dalam dunia busana Muslimah dan Modest. Dengan kerjasama team saya, saya harapkan UMMA dapat menceburi ke platform antarabangsa kelak.

Nita: Melalui Nita Cosmetics, Nita inginkan jenama dan produk-produk ini membuka mata mereka di platform antarabangsa kepada kecantikan Malaysia. Nita punyai hasrat untuk jadikan Nita Cosmetics sebagai jenama kosmetik ternama di Malaysia.

Share
Published by
Fiezreen