Jika sebelum ini berita kehamilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Nora Danish disambut penuh teruja oleh peminat seni tanah air, kini giliran Memey Suhaiza pula menerima perhatian sama. Menerusi perkongsian suami Memey iaitu pelakon Norman Hakim di Instagramnya, rata-rata peminat turut meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut apabila foto yang menunjukkan sekeping kad berserta alat ujian kehamilan Memey menjadi viral di media sosial semalam.

Ads

View this post on Instagram

(PART 1 of 2) Jeng..!Jenggg!!! . . Recap: Video PART 1 ni adalah video hari Jumaat dua hari lepas yg saya cakap akan buat 'pengumuman rasmi' hat yg no.5 tu??Video PART 2 yg akan reveal semuanya?But siapa terror & betul buat 'caption' utk yg no.5 tu,saya mintak izin pinjam pakai utk video PART 2 nanti ok!✌? . . 1 Disember 2017; Hari yang serba indah,Maha Besar nikmat Allah s.w.t.Antara peristiwa yg dijangka & yg tak dijangka hari ni; . . 1. Jumaat penghulu segala hari 2. Maulidur Rasul 3. Birthday mama @abby_abadi112 4. Dapat surat rasmi dari Angkara,Turki.Dgn izin Allah confirmed abg @danishhakim_243 ke Turki bulan Januari 2018 5. ??? (in shaa Allah saya akan buat pengumuman rasmi dalam masa yg sangat dekat ni.Yang ni mmg tak dijangka.Tunggu ye✌?)

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Meskipun menjadi orang terakhir yang tahu tentang berita berkenaan, Norman bagaimana pun mengakui mula merasai ‘kehadiran’ orang baru dalam keluarganya sejak 2 minggu lepas. Ini antara coretan romantis Norman sebaik menerima kejutan daripada isteri tercinta.

View this post on Instagram

(PART 2 of 2) Jeng..!Jeng..!!! . . Recap: 1 Disember 2017; Hari yang serba indah,Maha Besar nikmat Allah s.w.t.Antara peristiwa yg dijangka & yg tak dijangka hari ni; . . 1. Jumaat penghulu segala hari 2. Maulidur Rasul 3. Birthday mama @abby_abadi112 4. Dapat surat rasmi dari Angkara,Turki.Dgn izin Allah confirmed abg @danishhakim_243 ke Turki bulan Januari 2018 5. @danishhakim_243 @marissadania_ @mariadanishahakim_2008 @awishzarisz nak dapat ADIKKK…!!! . . Yup ramai yg teka betul..Dan dgn izin Allah saya buat 'pengumuman rasmi' ni pun lepas dah pegi check-up kat clinic dan Dr. (Zarina Bibi) confirmedkan yg wifey @memeysuhaiza pregnant.Alhamdulillah terima kasih Ya Allah utk kurniaan 'anugerah' ini❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Rasa tu tak pernah bohong. Kali ni ‘rasa’ similar macam masa Marissa Dania dalam kandungan dulu. Lebih kepada diri sendiri yang ‘kena’ berbanding daripada ibu yang mengandung.”

Bagi Memey pula, dia ternyata insan paling bahagia apabila diberi kenikmatan bergelar ibu buat kali ketiga. Tulis ibu muda ini, “Di saat kami merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga kami dan Allah izinkan. Syukur ya Allah.

MEMEY SUHAIZA Terima Ucapan Tahniah Gara-Gara Posting NORMAN HAKIM, Kejutan Yang Membuatkan Suami Terkedu!

MEMEY SUHAIZA Terima Ucapan Tahniah Gara-Gara Posting NORMAN HAKIM, Kejutan Yang Membuatkan Suami Terkedu!

Ads

Ingat nak tunggu perut besar sikit baru share tapi suami saya orang paling excited. Dia tak sabar. Bila dah berbincang dan dah dapat kepastian dari Dr Zarina (doktor yang sama handle semua anak-anak) then kami sepakat untuk kongsikan berita gembira ini.

Dari semalam dihujani ucapan tahniah dan doa. Terima kasih buat semua. Tak terbalas dengan kata-kata. Semoga setiap doa yang baik-baik juga akan berbalik pada anda semua. Love u all.”

Ads

MEMEY SUHAIZA Terima Ucapan Tahniah Gara-Gara Posting NORMAN HAKIM, Kejutan Yang Membuatkan Suami Terkedu!

Kongsi Memey lagi, disebabkan anak kecilnya iaitu Awish Zarisz masih menyusu badan doktor menyarankan agar Memey mengehadkan aktiviti tersebut demi menjaga kandungan. Sama-sama kita doakan agar ibu dan bayi yang dikandung sentiasa dalam keadaan sihat kehendaknya.

Dari team Nona, kami turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Memey dan Norman sekeluarga.

Sumber Instagram: Norman Hakim & Memey Suhaiza

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI