NADIA ANNUAR

Kalau ibunda tersayang yang juga usahawan kosmetik ternama iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton mempunyai empat darah kacukan, anak Kak Ton
ini pula dilahirkan dengan tujuh kacukan. Wah, patutlah Nadia Shahrul Annuar ini cantik, kulit putih kemerah-merahan, hidung mancung dan susuk tubuh langsing! Rupa-rupanya dia mewarisi keturunan yang cantik dan segak daripada kedua-dua ibu bapanya.

IKLAN

Pengakuan tersebut dibuat Nadia kepada Nona tidak lama dahulu. Ditemani Kak Ton, usahawan Be Group ini membuka bicara. “Kalau mummy ada empat kacukan iaitu
Thailand, Laos, Pakistan dan Arab. Saya yang anak ini ada ekstra lah. Sebab ayah ada keturunan Malaysia dan Indonesia,” ujar personaliti TV ini sambil tertawa.

Yang pasti Nadia bukan hanya mewarisi kecantikan Kak Ton, bahkan dia turut mengikut jejak langkah ibunya dengan melibatkan diri dalam bidang perniagaan berasaskan
kecantikan.

Memiliki 7 Darah Kacukan, NADIA ANNUAR Warisi Kecantikan Kak Ton! Memiliki 7 Darah Kacukan, NADIA ANNUAR Warisi Kecantikan Kak Ton!

Hadir dengan label keluarannya sendiri iaitu Nadia’s Secret, rangkaian produk yang diusahakan Nadia adalah mampu milik dan berkualiti. Mengambil singkatan namanya
sendiri sebagai jenama perniagaan, dia yang mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam industri pengacaraan menggunakan segala ilmu kecantikan yang diperoleh bagi
menghasilkan produk Nadia’s Secret.

“We believe in quality and want our customers to fall in love with each new product we develop and then fall head over heels when they find out it is all affordable! Nadia’s secret diciptakan oleh wanita, direka oleh wanita dan dihasilkan buat seluruh kaum wanita di luar sana.”

Antara produk Nadia’s Secret ialah minuman kesihatan dan kecantikan Be The Glamorous yang diformulasi untuk membantu menurunkan berat badan, detoks, anti penuaan dan
pemutihan kulit. Terbaru, Nadia hadir dengan pati makanan tambahan Be Lemtox yang mempunyai ramuan istimewa diimport dari Itali. Be Lemtox juga berfungsi dua dalam
satu kerana selain membantu menurunkan berat badan ia juga bagus untuk proses detoks.

Yang pasti, produk ini menggabungkan 100% ramuan asli bagi pelangsingan tubuh dan kesihatan kulit. Pengguna yang ingin mencuba Be The Glamorous Drink dan Be Lemtox
tidak perlu berasa was-was terhadap produk ini kerana ia telah disahkan Halal daripada pihak JAKIM.

IKLAN

Memiliki 7 Darah Kacukan, NADIA ANNUAR Warisi Kecantikan Kak Ton! Memiliki 7 Darah Kacukan, NADIA ANNUAR Warisi Kecantikan Kak Ton! Memiliki 7 Darah Kacukan, NADIA ANNUAR Warisi Kecantikan Kak Ton!

“Ini adalah bukti bahawa Nadia sensitif kepada keperluan pengguna khususnya pengguna Muslim yang mahukan produk halal. Dengan adanya pengesahan Halal ini, Be The
Glamorous Drink mendapat jaminan kualiti berasaskan syarak yang menekankan aspek mutu produk, kesucian dan keselamatan.”

Walau pun sibuk menguruskan suami dan anak, namun Nadia tetap komited dalam apa jua bidang yang diceburi baik dari segi kecantikan diri mahupun perniagaan. Sudah
beranak dua pun badan masih langsing dan cantik!

IKLAN

Moga pekerjaan yang dilakukan Nadia mampu memperkasakan kredibiliti para wanita dan menyuntik semangat inspirasi buat semua.

12 Petua Kecantikan Yang Diamalkan Nadia Annuar

  1. Minum air putih yang banyak
  2. Pastikan amal pemakanan sihat bukan saja untuk cantik tapi juga kesihatan
  3. Sentiasa berfikiran positif demi mengurangkan stres iaitu punca utama penuaan sebelum waktu
  4. Tidur secukupnya tapi jangan berlebihan
  5. Kurangkan pengambilan gula kerana selain boleh menggemukkan ia juga antara penyebab kanser
  6. Pilih suplemen yang sesuai dan semula jadi
  7. Amalkan produk penjagaan kulit yang semula jadi dan bebas bahan kimia
  8. Bersenam sebab buat otak lebih cerdas, badan sihat dan cantik
  9. Jangan tidur lewat dan bangun awal
  10. Cuci muka dengan bersih seelok-eloknya tiga kali sehari
  11. Tak perlu perawatan facial mahal cuma pakai masker sekurang-kurangnya sehari seminggu
  12. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan

 

Kredit foto: Instagram Nadia Annuar

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI