Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu. Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya. Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.