Terharu dan gembira dengan kesanggupan Nana Mahazan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan bersama Muslim Volunteer Malaysia baru-baru ini. Sejak ‘berhijrah’ dan mengenakan hijab, banyak perubahan ke arah kebaikan dilakukan selebriti ini yang pastinya menjadi inspirasi buat masyarakat.

Ads

Berbesar hati menyumbang tenaga dan menyampaikan sumbangan buat saudara seagama yang sedang diuji di bumi Jordan, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan nekad menyertai misi. Meskipun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta dan anak-anak tersayang. Moga usaha murni Nana diberkati Yang Maha Esa!

Berkongsi pengalaman baharu itu, Nana menerusi media sosial miliknya mengharapkan agar masyarakat di negara ini dapat sama-sama menjayakan usaha berkenaan.

Menangis Tengok Ketabahan Pelarian Syria, Misi Sukarelawan NANA MAHAZAN Undang Keinsafan!
Kredit Instagram @raqeembrian
Menangis Tengok Ketabahan Pelarian Syria, Misi Sukarelawan NANA MAHAZAN Undang Keinsafan!
Kredit Instagram @raqeembrian

“Bismillahirrahmanirahim.. Doakan saya dan team Muslim Volunteer Malaysia dan Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusiaan Karisma (KHOM) untuk Misi Musim Sejuk Pelarian Syria di Jordan.”

Sementara itu, suami Nana iaitu Raqeem Brian turut menyokong perjuangan isteri tercinta. “Proud, worried, sad, happy. Semualah emosi datang sekali hari ni. More importantly, I wish you and the Muslim Volunteer Malaysia and KHOM team a safe and beneficial journey.

May Allah keep you all under his protection in your mission to help the Syrian refugees during this winter period. Semoga segala urusan sekalian dipermudahkan.”

Menangis Tengok Ketabahan Pelarian Syria, Misi Sukarelawan NANA MAHAZAN Undang Keinsafan!
Kredit Instagram @nanamahazan
Menangis Tengok Ketabahan Pelarian Syria, Misi Sukarelawan NANA MAHAZAN Undang Keinsafan!
Kredit Instagram @nanamahazan

Ads

Sepanjang berada di sana, Nana sempat melawat sekolah kanak-kanak pelarian Syria dan menyantuni keluarga yang tinggal di Irbid. Selain itu, pasukan yang terlibat berpeluang membawa 30 kanak-kanak membeli kelengkapan musim sejuk bersama ibu mereka.

Misi seterusnya, pasukan mengunjungi kem pelarian di Mafraq.

“Sebelum ke kem-kem, kami ke CCCA, badan charity di sana yang menjaga kebajikan anak yatim yang kurang upaya Syria dan juga Jordan. Menyediakan kelas-kelas untuk mereka. Alhamdulillah.

Ads

What an eye opening to see everyone at the camp. Ya Allah kadang kita lupa bersyukur atas nikmat yang kita ada.

Kami ke 5 kem dan keadaan mereka kat sana memang serba kekurangan. But kegembiraan yang saya boleh lihat apabila mereka tengok kami datang. Kem-kem yang tak pernah menerima apa-apa bantuan. Apa juga jenis bantuan memang mereka hargai.”

Moga urusan Nana dan pasukan misi kemanusiaan ini berjalan lancar. Semoga lebih ramai pihak dapat tampil menghulurkan sumbangan kepada insan-insan memerlukan.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI