Rakyat Malaysia dan penduduk Pahang cukup bertuah kerana memiliki menara kedua tertinggi di negara kita dengan pemandangan yang memukau.Kuantan 188 yang siap dibina pada 3 September 2019 menjadi menara ikonik tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.
Pemandangan Menara Kuantan 188 di waktu siang yang sangat indah.Pemandangan di waktu malam. Cantiknya!
Kuantan 188 merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront yang terletak di perkarangan Laman Teruntum. Ia membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan bandar Kuantan dari aras 92.0 meter sehingga 104.0 meter, serta panorama indah Sungai Kuantan.
Kuantan 188 turut menjadi sebuah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) secara kolaborasi dengan Kerajaan Pahang. Kuantan 188 adalah sebahagian daripada siri pembangunan bagi menambah baik tebingan sungai Kuantan, sebuah aset utama dan warisan budaya yang akan meningkatkan tarikan pelancong ke bandar tersebut.
Pada 20 Februari 2022, Hospitality 360 mengumumkan perasmian Kuantan 188 menara setinggi 188 meter yang menjadi nadi bandar Kuantan, Pajang serta menara kedua tertinggi di Malaysia. Turut dilancarkan logo baharu dan penerimaan sijil sebagai ahli rasmi World Federation of Great Towers.
Acara itu diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Seri Santhara J.P.; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar, dan Presiden dan CEO Kumpulan Hospitality 360, Dato’ Indera Omar Naresh Mohan (Dato’ Indera Omar).
Ads
“Saya percaya, pelancaran hari ini akan memberi suntikan dan nafas baharu kepada pengurusan Kuantan 188 untuk memperkenalkan menara ini ke mata dunia. Pelancaran Ini seiring dengan pengambilalihan operasi menara ini pada 1 Januari 2022. Kami menyasarkan untuk menjadikan Kuantan 188 sebuah hub destinasi pelancongan moden di Pajang dan Pantai Timur dengan melancarkan siri-siri aktiviti di sini pada bulan-bulan mendatang,” ujar Dato’ Indera Omar.
Untuk berkunjung ke menara ikonik ini, penduduk tempatan dan pelancong kini boleh membeli tiket secara dalam talian di laman web rasmi Kuantan 188, platform teknologi AI pelancongan Go Tifi dan juga di menara itu sendiri. Di samping menikmati panorama bandar dan sungai Kuantan, anda juga berpeluang untuk merasai detik mencabar dengan melakukan aktiviti seperti ‘Sky Walk’, ‘Drop Zone’ dan ‘Anthena Climb’ sama seperti yang terdapat di Menara Macau dan Taipei 101.
Ads
Kuantan 188 boleh dikunjungi dari jam 10 pagi sehingga 10 malam pada hari biasa, atau 10 pagi hingga 12 tengah malam pada hujung minggu. Tiket adalah mengikut harga dewasa dan kanak-kanak. Manakala pakej lawatan terbahagi kepada tingkat pemerhatian sahaja (deck only); Skydeck; dan kombo (tingkat pemerhatian dan Skydeck).
KONSEP REKA BENTUK Konsep reka bentuk Kuantan 188 yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata Melayu lama iaitu lembing dan hujung bilah lembing seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur.
Ads
Manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.
Anjung Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya.
5 tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam.
Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan di mana rakyat dan agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku.
Siapa yang tak mengenali penyani Faizal Tahir bukan? Penyanyi serta komposer hebat ini ternyata punya auranya yang tersendiri. Bukan sekadar seorang penghibur malah Faizal Tahir juga merupakan seorang suami dan ayah kepada tujuh cahaya mata.
Namun kehadiran anak bongsu penyanyi yang terkenal dengan lagu Santai itu nyata membawa perubahan yang besar dalam kehidupannya kini apatah lagi anaknya itu merupakan anak istimewa yang lahir dengan kondisi sindrom down yang nyata memerlukan perhatian yang khusus.
Menerusi sumber portal Ohbulan!, pemilik nama penuh Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata kehidupannya kini berubah 360 darjah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya itu.
“Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih. Dia juga ada masalah jantung dan harus dibedah Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini,” jelas Faizal Tahir
Mengakui anak-anaknya dah makin membesar membuatkan kehidupannya kini sebagai seorang saya bapa melebihi daripada peranan seorang selebriti mahupun penghibur apatah lagi tidak mudah untuk menjaga anak istimewa.
Jelas Faizal, “Saya perlu sentiasa bersedia jika berlaku sebarang perkara yang tidak elok kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya. Kadang-kadang sebagai seorang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih bergantung kepada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun.
Jika dahulu saya akan terima bermacam-macam tawaran, tapi sekarang saya kena memilih kerana tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.”
Penyanyi berusia 44 tahun itu juga berkata dia kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya dan banyak belajar dari kesilapan lalu.
Untuk makluman, hasil perkahwinan Faizal Tahir bersama isteri pada tahun 2001 mereka dikurniakan tiga anak lelaki dan empat anak perempuan.
Alhamdulillah, tumpang gembira untuk rakyat negeri Kelantan apabila Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan mengumumkan perkhabaran mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan mengembalikan Emolumen Diraja kepada Perbendaharaan Negeri Kelantan. Baginda mengambil langkah sama seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan mengembalikan Emolumen Diraja selama 6 bulan bermula dari bulan April 2020 sehingga bulan September 2020.
Baginda berharap Emolumen Diraja yang dikembalikan ini akan dapat diuruskan sewajarnya oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan supaya dapat membantu meringankan beban rakyat Kelantan yang terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan.
Dalam pada itu, Baginda turut mengingatkan seluruh rakyat supaya bekerjasama membantu barisan hadapan dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan kerana ia adalah penting untuk melandaikan puncak jangkitan (flattening the curve) dengan melindungi golongan yang mudah terdedah dan mengelakkan lebih ramai keluarga kehilangan orang yang disayangi.
KDYMM Sultan Muhammad V turut bertitah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan ini mungkin sukar bagi ramai orang, tetapi ia adalah langkah yang perlu diambil. Baginda berharap supaya rakyat dapat terus bersabar dan memandang Perintah Kawalan Pergerakan dari sudut positif di mana mereka boleh meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga, bermuhasabah dan beribadat. Baginda berpesan supaya rakyat sentiasa bertimbang rasa dan saling membantu di antara satu sama lain.
Kredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad VKredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad VKredit foto: Instagram Koleksi Foto Sultan Muhammad V
Baginda sekali lagi merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan dan semua yang terlibat dalam sektor perkhidmatan kritikal yang tidak mengenal penat lelah dan berkorban untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Akhir sekali, Baginda mengajak semua rakyat untuk turut sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya penularan Covid-19 ini dapat dikekang dan barisan hadapan yang sedang berjuang menyelamatkan pesakit sentiasa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam melaksanakan tugas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Chef selebriti yang juga penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini menitip ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagramnya bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16. Untuk makluman, Dato’ Fazley selamat diijabkabulkan bersama Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Menerusi hantaran tersebut, Datuk turut segala dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini. Jelasnya, “terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali dan bukan dari kita berdua, tetapi selalu dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyangkan masjid yang kita bina selama ini. Allah maha besar, segala ketentuan-Nya tidak akan mampu sesiapa pun ubah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-16 adik sayang saya”
Malah, Datuk Fazley menyatakan kesyukuran dikurniakan seorang isteri yang kuat apatah lagi isterinya juga pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan. Isteri kepada cef selebriti yang berusia 44 tahun itu mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar.
NONA mendoakan semoga masjid yang dibina ini kekal sehingga ajal dan maut memisahkan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.