Gaya Hidup

Menarik! Tahukah Anda, Warna Kulit Pisang Menandakan MANFAAT BERBEZA Untuk Tubuh?

Buah tropika berwarna kuning ini sememangnya kaya dengan vitamin dan kalsium yang bermanfaat untuk tubuh. Kandungan potasium di dalam pisang juga menyebabkan ia disyorkan untuk pesakit yang kekurangan sumber itu. Pisang juga bebas lemak dan rendah garam serta sering menjadi pilihan sebagai pencuci mulut di negara kita.

Tapi tahukah anda bahawa kandungan nutrisi dalam buah pisang sebenarnya berbeza mengikut warna kulit dan tahap kematangannya?

Warna kulit pisang menunjukkan jumlah nutrisi dalam pisang tersebut dan setiap warna memiliki kadar yang berbeza. Semak penerangan di bawah.

(a) Kuning cerah

Menandakan  pisang telah masak sepenuhnya. Kandungan gula di dalamnya tidak terlalu banyak tapi tetap kaya akan serat dan nutrisi.

(b) Kuning kehitaman

Memiliki rasa yang lebih manis dan mengandungi lebih banyak protein. Menurut hasil penelitian penyelidik di Universiti Teikyo, Jepun, pisang yang sangat matang ini mengandungi protein yang baik untuk mencegah tumor atau kanser.

(c) Hijau kekuningan

Walaupun kurang manis, pisang yang belum begitu masak ini baik untuk penghidap diabetes kerana kandungan gula di dalamnya sedikit. Ia juga memiliki serat yang lebih tinggi dan tidak mengganggu insulin tubuh.

Kebaikan pisang yang anda perlu tahu!

  1. Menyokong prestasi otak.
  2. Mengurangkan stres.
  3. Meneutralkan asid perut pesakit gastrik.
  4. Baik untuk ibu hamil.
  5. Mencegah pereputan tulang.
  6. Sebagai sumber tenaga.
  7. Baik untuk kesihatan jantung & perlindungan kardiovaskular.
  8. Mengurangkan risiko strok.
  9. Memperbaiki mood.
  10. Mencegah sembelit.
Share
Published by
Norzalina