Ads
Home Berita Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

Ads

Siapa sini yang alergi kalau tengok orang tengah nak ambil gambar, pasti akan menyelit. Kalau nampak tempat cantik sikit atau hipster sikit pasti nak abadi gambar kenangan di sana. Kalau anda menepati ciri-ciri ini, sudah pasti anda adalah insan paling teruja mengunjungi Muzium Ilusi Pertama di Asia.

Berlokasi di tengah-tengah segi tiga Kuala Lumpur, di Bukit Bintang atau secara tepatnya di Ansa Hotel Kuala Lumpur. Muzium Ilusi ini memiliki koleksi ilusi optik terbesar di Asia. Berbeza dengan muzium 3D, Muzium Ilusi ini meraikan keghairahan serta sorakan daripada pengunjung sepanjang masa berada di dalamnya.

Ads

Sebanyak 70 jenis pameran ilusi optik yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk seperti lukisan dan rekaan kreatif. Setiap pameran bukan sahaja mencabar kreativiti malah mampu membuat pengunjung kagum dengan persembahan yang ditawarkan.

Sesuai untuk dikunjungi bersama seisi keluarga ataupun bersama teman-teman tersayang. Jangan datang seorang diri, nanti siapa pula yang mahu mengambil gambar! Dibuka bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

Ruang untuk diteroka

AMES ROOM

Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

THE VORTEX TUNNEL

Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

ROTATED ROOM

Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

Tan Sri Dato’ Vincent Tan sebagai pendukung utama Muzium Ilusi ini telah mencuba sendiri persembahan di sini

HEAD ON THE PLATTER

Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

OPTICAL ILLUSION

Ads

Menariknya! Jom Berpesta Foto di Muzium Ilusi Pertama di Kuala Lumpur

 

Museum of Illusions (Muzium Ilusi) Kuala Lumpur

Ansa Hotel, 101 Jalan Bukit Bintang

DEWASA: RM35

Ads

KANAK: RM15

www.museumofillusions.my

REBUT PELUANG UNTUK  MEMENANGI PASS MASUK PERCUMA UNTUK DUA ORANG KE MUZIUM ILUSI INI DENGAN MENGHANTAR JAWAPAN TEPAT KEPADA hamizatul_maizan@ideaktiv.com. HANYA 5 PEMENANG BERTUAH AKAN DIPILIH DAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK NONA.

SOALAN;

  1. DIMANAKAH LOKASI MUZIUM ILUSI INI?
  2. APAKAH ISU MENARIK YANG ANDA MAHU DARIPADA MAJALAH NONA?
  3. SIAPAKAH COVER MAJALAH NONA ISU JULAI 2018?

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI