Pelakon kecil molek Noorkhiriah Ahmad Shapie bukan asing kepada peminat drama dan filem tempatan. Namun, namanya kembali mekar setelah membawa watak sebagai Aishah dalam drama rantaian, Nur dan Nur 2.
Tidak seperti wataknya dalam drama, Noorkhiriah bahagia bersama suaminya, Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Pada tahun lalu, Noorkhiriah telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya.
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Noorkhiriah telah bermurah hati untuk menukar kereta mewahnya, MPV Hyundai Grand Starex menjadi van jenazah seperti yang telah dikongsinya di laman media sosial.
Ads
Foto: Instagram @khiriah17
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Saya sayang, maka saya jadikan kereta ini sebagai van jenazah,” coret Noorkhiriah di laman Instagramnya.
Menurut Noorkhiriah perkhidmatan van jenazah itu akan diberi secara percuma kepada yang memerlukan. “Bagi yang memerlukan dialu-alukan. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti saya akan beritahu. Terima kasih juga pada yang menyumbang,” kata Noorkhiriah tentang niat murninya itu.
Noorkhiriah mengharapkan orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam melakukan perkara baik. “Saya tak kaya tapi sebelum meninggal dunia saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, amin,” coretnya lagi.
Mulia sungguh hati Noorkhiriah sanggup memberi apa yang dia sayang untuk kegunaan perkara yang baik. Semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia seperti Noorkhiriah ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Nabila Syakieb dalam dunia hiburan Indonesia sememangnya tak asing lagi.
Figura cantik berusia 37 tahun ini terkenal dengan gelaran ‘Ratu Sinetron Indonesia’ kerana telah membintangi berpuluh-puluh sinetron popular.
Antaranya Cinta Sekolah Menengah, Anakku Bukan Anakku, Aku Bukan Untukmu, Ratu, Ibu Mertua dan Menantu, dan Maha Cinta.
Kini, ibu dua anak ini sudah lama tidak muncul dalam industri hiburan. Seperti dilaporkan KompasTV, Nabila sedang mengusahakan bisnes kulinarinya di Bali.
Bersama rakannya, Nabila membuka gerai masakan Arab di Bali yang menjual pelbagai hidangan seperti nasi kebuli, nasi ulam dan beberapa lagi masakan khas Arab yang dimasak sendiri.
Menurut portal TribunMedan, Nabila mengakui harga menu di kedainya adalah mampu milik.
Menariknya, Nabila rajin turun ke gerainya dan tidak kekok melayan para pelanggan yang datang makan di situ.
Selain terjun ke bidang kulinari, Nabila turut mempunyai hobi menunggang kuda.
Untuk info, Nabila berkahwin dengan atlet berkuda, Reshwara Argya Ardial pada 2015.
Dedah Nabila, suaminya itu bukanlah seorang lelaki yang romantik tetapi sangat penyabar orangnya.
Semoga Nabila Syakieb terus sukses dalam bidang yang diceburinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memulakan empayar perniagaan mereka tanpa bantuan kewangan yang kukuh, siapa sangka kini jenama Rizman Ruzaini sudah sebaris dengan jenama fesyen antarabangsa lain. Tentunya kejayaan yang dicapai ini tidak datang dalam tempoh yang singkat. Tujuh belas tahun berusaha keras untuk berada pada tahap ini, ternyata cita-cita pemilik jenama ini harus menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda di luar sana.
Melalui sendiri kepayahan lampau, Rizman dan Ruzaini sentiasa bersiap siaga dalam mendepani cabaran demi cabaran masa depan. Jika dahulu mereka sekadar selesa untuk bergelar pereka fesyen, siapa sangka keberanian untuk meluaskan jenama ini membawa pulangan yang cukup lumayan.
Bersyukur dengan pengiktirafan yang membawa kepada kedudukan jenama mereka hari ini, menurut Rizman apa yang dimiliki mereka ini tidak seharusnya dilihat sebagai kejayaan satu pihak memandangkan ia membabitkan pelanggan mereka di luar sana.
Bangkit dengan kepercayaan itu, Rizman yakin sudah sampai waktunya untuk jenama ini kembali menyumbang kepada peminat jenama ini melalui pelan perniagaan yang cukup menarik.
Selain memberi ruang yang lebih luas untuk segmen perniagaan RR di bawah Rizman Ruzaini ini terus berkembang, pelan perniagaan yang memperkenalkan IKON RR EMPIRE ini juga di lihat tepat pada waktunya.
“Saya anggap ini adalah salah satu usaha kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan dengan cara yang cukup mudah. Apa yang kami wujudkan ini bukan datang dengan sekelip mata, ia membabitkan perancangan jangka masa yang lama demi memastikan program ini sesuai dengan situasi di negara kita.
“Ingin saya tekankan di sini, tujuan kami adalah untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan di luar sana. Melalui program ini, kami akan buktikan bagaimana mudahnya untuk sesiapa sahaja boleh membina kerjaya sebagai usahawan tanpa perlu mengeluarkan modal,” katanya.
Tambah Rizman, dia bersama rakan niaganya Ruzaini juga turut mencetuskan idea dalam membina sistem jual beli yang membolehkan IKON RR EMPIRE mendapat manfaat yang lebih baik berbanding pelan pernigaan yang mungkin pernah diguna pakai sebelum ini.
“Dalam erti kata mudah, mereka hanya perlu ‘pose cantik’ sahaja di rumah, tidak perlu pegang produk pun. Malah setiap bulan, kami juga akan mengadakan kelas grooming selain bantuan dari pelbagai sudut lain,” katanya.
Menurut Rizman lagi, pemilihan produk yang akan dijual juga akan dikhususkan pada beg tangan dan tudung sahaja. Kedua-dua produk ini paling mendapat sambutan yang baik dalam pasaran. Tambah beliau, pemilihan dua produk ini juga sesuai dalam memastikan IKON RR EMPIRE dapat fokus dalam perniagaan mereka.
“Tambahan pula, pengeluaran koleksi baharu tudung dan beg tangan akan dilakukan secara bulanan. Selain untuk memenuhi cita rasa pengguna, ia juga sebagai salah satu cara untuk kami memastikan produk RR terus mendapat tempat di hati pelanggan,” katanya.
Pada majlis yang berlangsung itu, pelakon terkenal Mira Filzah turut diumumkan sebagai ‘muse’ koleksi tudung terbaharu RR Rivera.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai usaha pembukaan kiosk RR di seluruh negara, jelas Rizman pihaknya kini dalam usaha membuka lebih banyak kiosk kekal pertama mereka tidak lama lagi. Jelasnya, ini juga adalah usaha awal RR sendiri sebelum mencapai sasaran untuk membuka 10 kiosk kekal RR pada tahun 2023.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi wanita cantik mungkin suatu perkara biasa tetapi apabila kekal cantik di usia 50 tahun mungkin suatu yang luar biasa. Azizah Ariffin seorang wanita yang terkenal kerana kepetahannya berbicara sebagai pembaca berita.
Kecantikan Azizah Arifin memang tidak perlu dinafikan ketika di awal kemunculannya sebagai pembaca berita sehingga ramai yang sanggup menunggu penampilannya saban malam.
Kini, di usia 50 tahun Azizah Ariffin lebih mengkagumkan kerana masih kekal cantik menawan seperti dahulu dan pandai menjaga penampilannya.
Azizah Ariffin berkata tidak sukar mana untuk menurunkan berat badan wanita atau mahu maintain berat badan jika sudah berjaya mencapai berat badan ideal. Tip yang diberi oleh wanita yang masih bertugas sebagai pembaca berita do TV AlHijrah ini, “Tak sukar pun nak turunkan atau maintain berat badan.
Sarapan selepas 15 jam Intermittent Fasting (IF). Semalam dinner agak lewat pada jam 8.00 malam. Ada protein, sayur dan buah-buahan untuk melengkapkan nutrisi. Biar colorful baru selera.
Makan telur 3 biji sehari dikatakan dapat menurunkan kadar kolestrol jahat LDL kita ya. Walaupun sarapan saya agak lewat tapi selepas subuh dah menjadi rutin ambil minyak zaitun Olivie30x, pati delima dan madu kyrgyztan sebagai bekalan tenaga. Jika mampu puasa Isnin dan Khamis. Intermittent fasting bila tak niat puasa.
Oh ya! Telur tu nampak tak berapa cantik sebab ditabur dengan chia seed dan ceylon cinnamon. Ceylon cinnamon ni termasuk dalam kategori superfood dan siapa yang amalkan berterusan boleh awet muda dan cepat turun berat badan tau. Chia seed pula bantu utk kekal kenyang supaya perut mampu bertahan sehingga next meal jam 5 atau 6 petang nanti,” kongsi Azizah Ariffin di akaun Instagramnya.
Diet cara Intermittent Fasting lebih mudah kerana boleh makan apa sahaja termasuk makanan kegemaran cuma perlu mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Namun, keistimewaan intermittent fasting ini adalah pelakunya boleh memilih waktu yang sesuai dengan gaya hidupnya untuk berpuasa. Antara kaedah yang popular dan sering diamalkan adalah;
The 16/8 Method
Kaedah ini dilakukan dengan membahagikan masa 16 jam berpuasa dan 8 jam masa untuk makan. Contohnya boleh memulakan hari dengan mengambil sarapan pada pukul 7.00 pagi dan boleh makan sehingga pukul 3.00 petang. Kemudian boleh mula berpuasa sehingga 16 jam lamanya. Ini bermakna anda boleh makan semula ketika sarapan esok harinya pada pukul 8.00 pagi.
Eat-Stop-Eat
Diet dengan cara ini Nampak lebih mudah tetapi pelaksanaannya mungkin sedikit mencabar. Kaedah ini dilakukan dengan berpuasa iaitu tidak mengambil sebarang makanan selama 24 jam tetapi boleh minum air.
Sebagai contoh boleh menikmati makanan sehingga pukul 7.00 petang pada hari Sabtu. Kemudian berpuasa sehingga pukul 7.00 petang hari Ahad keesokannya. Selepas berpuasa boleh kembali makan seperti biasa dengan mengambil 2,000 kalori sehari untuk wanita dan 2,500 sehari untuk lelaki.
Kaedah ini menggalakkan berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu dan tidak boleh lebih daripada dua kali seminggu. Tidak juga dibenarkan melakukan amalan berpuasa ini dua hari berturut-turut.
Walaupun hanya mengamalkan amalan berpuasa sehari seminggu dapat mencipta defisit kalori sebanyak 10 peratus. Buat permulaan jika tidak mampu melakukan selama 24 jam boleh cuba dengan cara berperingkat mengikut kemampuan tubuh.
The 5:2 Diet
Diet mengikut kaedah ini pula tidak mengehadkan pengambilan makanan seharian sebaliknya mengurangi jumlah pengambilan makanan dengan hanya 25 peratus daripada jumlah pemakanan biasa.
Sebagai contoh, dua hari dalam seminggu, anda makan 25 peratus daripada rutin makan harian. Secara teknikalnya wanita hanya boleh makan dalam 500 kalori manakala lelaki pula dalam 600 kalori. Baki lagi 5 hari boleh meneruskan pola pemakanan yang biasa anda amalkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...