Mencegah Lebih Baik, 5 Jenis Makanan Ini Membantu Lindungi Kesihatan Paru-Paru

Apa yang penting kita berusaha untuk mencegah sebelum parah kerana nilai kesihatan sekarang ini sangat mahal. Selain amalan gaya hidup sihat, pemakanan yang baik juga turut membantu. Oleh itu, kesihatan paru-paru sangat penting untuk dijaga terutama ketika pandemik ini.

Seperti kita tahu, jangkitan virus COVID-19 boleh menyerang sistem pernafasan termasuk paru-paru dengan cepat. Dengan menerapkan gaya hidup sihat ianya sangat penting dalam penjagaan kesihatan paru-paru.

Berikut 5 jenis makanan yang dapat membantu memberi manfaat untuk kesihatan paru-paru:

BAWANG PUTIH
Mempunyai kandungan anti peradangan serta antioksidan yang dapat membantu melindungi paru-paru daripada tekanan oksidatif. Ia juga membantu mengurangkan risiko munculnya kanser paru-paru di kemudian hari.

IKAN SALMON
Salmon termasuk dalam salah satu ikan laut yang mempunyai banyak manfaat untuk badan. Ikan salmon juga merupakan sumber omega-3 yang dapat membantu kesihatan paru-paru. Lihatlah, berbagai jenis makanan sihat boleh anda pilih untuk melindungi kesihatan paru-paru. Makanan-makanan ini juga boleh diambil pada setiap hari mengikut kuantiti seperti mana yang disyorkan.

EPAL

Merupakan salah satu buah-buahan yang bagus dan dapat membantu menjaga kesihatan badan termasuklah paru-paru. Selain itu, epal juga kaya dengan kandungan fitokimia yang membantu menurunkan peradangan dan tekanan oksidatif yang membantu meningkatkan fungsi paru-paru.

SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau seperti bayam juga boleh dijadikan pilihan untuk menjaga kesihatan paru-paru. Di samping itu, sayur bayam turut mengandungi sejumlah zat seperti serat, mineral, antioksidan serta vitamin.

TEH HIJAU
Teh hijau termasuk dalam kategori minuman sihat untuk kesihatan paru-paru. Ini kerana minuman ini mengandungi antioksidan dan polifenol yang dikatakan boleh merangsang pertumbuhan sel kanser paru-paru. Pengambilan minuman ini secara rutin dapat membanty menurunkan risiko terjadinya gangguan terhadap paru-paru.

Seterusnya, jagalah SOP yang ditetapkan agar terlindung daripada wabak COVID-19. Siapa lagi yang mampu mengubah keadaan ini jika bukan tanggungjawab kita bersama demi mengembalikan kehidupan normal seperti sebelumnya.

IKLAN
Share