Tak lama lagi, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bakal timang anak kedua. Doktor mengesahkan aktres jelita ini hamil pada penghujung Januari lalu dan dijangka bersalin Oktober nanti.
Raja Ilya yang sebelum ini merancang untuk mengandung tahun depan sebelum usia mencecah 40 tahun bagaimana pun bersyukur kerana rezeki untuk timang anak lagi datang lebih awal.
Dedah pelakon Suamiku Encik Perfect 10 ini, suami iaitu Trent Garret paling teruja apabila mengetahui khabar gembira berkenaan.
Walau sudah disahkan hamil pada Januari, ibu jelita ini hanya mengumumkan berita tersebut kepada peminat selepas usia kandungan mencecah usia lima bulan.
Ads
Dia turut merancang melahirkan cahaya mata di King Edward Memorial Hospital di Perth, Australia.
Terbaharu, selebriti ini memuat naik video anak sulungnya iaitu Talita sambil menyertakan kapsyen memberitahu dia bakal menerima cahaya mata lelaki kelak.
Jodoh, ketentuan hidup, ajal dan maut merupakan antara perkara-perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Namun persoalan yang mungkin sentiasa bermain di minda manusia adalah bilakah jodoh itu akan tiba?
Malah, persoalan sama sering diterima oleh aktress jelita, pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya. Malah, seiring meningkatnya usia semakin kerap Zara dihujani persoalan tentang bilakan dia akan menamatkan zaman bujangnya.
Namun, Zara Zya kekal tersenyum dan menjawab pertanyaan yang diajukan dengan tenang dan bersahaja. Ketika team NONA berkesempatan menemui figura yang kecil molek ini dan bertanyakan persoalan sama, ini respon yang diberikan Zara.
Zara Zya Tak Pernah Jadikan ‘Jodoh’ Isu Besar Dalam Hidup
“Umur sekarang ni 38 tahun. Jodoh? Tiada isu langsung. Alhamdulillah.. Setakat ini Zara selesa dengan diri Zara sekarang, nak takut buat apa jika jodoh lambat? Sebab ini kehidupan kita sendiri, lebih takut kalau kita tiada duit, tiada tempat tinggal, tiada makanan dan sebagainya.
“Itu lebih menakutkan, setakat ini Zara gembira dengan diri sekarang. InshaaAllah, kalau bertemu jodoh dah tentu Zara akan lebih bahagia dan tunggulah, doakan yang baik-baik untuk Zara.
Menurut Zara, jodoh bukanlah suatu yang boleh ditetapkan oleh dirinya. Bagaimanapun, dia juga sama seperti wanita lain diluar sana yang mendambakan untuk membina mahligai cinta bersama jejaka yang berjaya memiliki hatinya.
Justeru, Zara memohon agar para peminat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh. Zara tidak menafikan bahawa kebanyakkan peminat tertunggu-tunggu untuk melihat momen di hari bahagia dan bersejarah miliknya.
Jelas Zara lagi, dia memahami mungkin faktor usianya yang semakin meningkat dan mencecah angka 40-an juga merupakan antara punca peminat sering mengaitkannya dengan mana-mana lelaki.
Rezeki Allah Bagi, Makan Banyak Tapi Berat Tak Naik
Ketika diajukan soalan, bagaimana Zara mengekalkan penampilan dan kesihatan tubuh badanya yang sentiasa kelihatan ‘maintain’, ini yang didedahkan oleh beliau.
“Macam badan Zara, masih kekal (maintain) je dari dulu. Tiada la orang kata kenapa makin kurus? Tapi orang selalu cakap maintain je Zara ni kan. Alhamdulillah.. Rezeki Allah bagi, makan banyak pun berat tak naik. Kalau naik pun sikit je, tak melampau.
“Nak kata selalu bersenam pun tak. Memang tidur je kalau tak shooting, kalau makan pun Zara majab banyak juga. Penampilan muka, wajah, badan, stamina dan sebagainya Zara amalkan supplement dan Zara suka makan ulam, banyakkan makan buah dan juga sayur-sayuran.
“Zara memang tiada lakukan sebarang senaman, kalau dekat televisyen jual barang-barang nak pergi gimnasium kan, Zara beli, tapi simpan dalam store. Tiada rasa nak bersenam pun. Sebab Zara tak suka penat.
“Lagi pun Zara ada sakit sendi, jadi bila penat Zara memang tak larat nak buat apa pun. Apa yang boleh Zara jaga ialah makan supplement dan makan makanan yang seimbang dan sihat,” ujarnya.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Pastinya Yang Teramat Mulia (YTM) Che Puan Mahkota Kelantan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra kini sedang menghitung hari bergelar ibu. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, isteri YTM Tengku Mahkota Kelantan ini kelihatan sarat hamil dan berseri-seri.
Tanggal 6 Jun lalu merupakan ulang tahun kelahiran Che Puan Sofie yang ke-37. Berkongsi perkembangan terkini bersama followers, beliau tampil anggun dalam persalinan jubah rona biru lembut dan berselendang.
Jelas terserlah wajah ‘glowing’ ibu hamil ini. Walau usia kandungan memasuki trimester tiga namun beliau kekal ceria dan mesra melayan rakyat jelata terutamanya ketika sambutan Aidilfitri lepas.
Sudah tentu pasangan ini menanti-nantikan detik kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Bersempena ulang tahun hari kelahiran, kongsi wanita cantik ini, “Happy birthday song, cake and flowers, what a lovely way to start the day together with my wonderful husband. Junjung kasih for always being there.”
Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bergelar isteri YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019. Menginjak usia perkahwinan keempat, pasangan diraja ini bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.
Difahamkan Che Puan Sofie ialah kenalan lama Tengku Mahkota Kelantan dan mereka bertemu di England.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
18 Mac lalu, jelitawan ini mengumumkan berita kehamilan anak sulung dan dijangka bersalin Julai depan.
Beliau yang berasal dari Sweden berjaya menambat hati khalayak dengan penampilan yang anggun dan sopan.
Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_Kredit Instagram @ljo_
Biarpun bukan dilahirkan di Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati Tengku Mahkota Kelantan namun bijak menyesuaikan diri.
Semoga ratu hati Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ini dikurniakan kesihatan yang baik dan urusan bersalin kelak berjalan lancar.
Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Surah Thaha Ayat 39:
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...