Pandemik COVID-19 bukan saja menjejaskan periuk nasi anda, tapi hampir sepertiga penduduk dunia. Sewaktu kebanyakan negara mengenakan perintah kawalan pergerakan, ekonomi merudum dan ramai yang terkapai-kapai tanpa pekerjaan.
Bagaimana jika kerjaya anda terjejas dalam tempoh ini? Mungkin diberhentikan, diberi cuti tanpa gaji atau lebih teruk jika syarikat terpaksa ditutup. Allahuakbar, besarnya ujian-Mu.
Satu-satunya cara untuk kembali menstabilkan keadaan adalah dengan mencari peluang pekerjaan baru. Bertukar kerjaya, ya! Sama ada beralih dari sebuah syarikat ke sebuah syarikat lain, ataupun meneroka industri berbeza.
Ini mungkin menjadi satu proses peralihan yang merumitkan tapi percayalah, anda mampu ‘mengahwinkan’ pengalaman lalu dengan cabaran akan datang.
Berbincanglah dengan kawan-kawan, keluarga, mentor atau individu yang mengenali anda dengan baik. Mungkin mereka menyedari sesuatu yang tidak anda sedari, jenis kemahiran yang mesti digilap serta masalah yang mungkin timbul. Sesi lempas otak atau brainstorming ini pasti memberikan input-input berbeza.
Apa perbezaannya? Resume berbentuk formal, spesifik tentang bidang tugas serta pengalaman kerja yang lalu, sementara LinkedIn pula bersifat sosial, lebih meluas dan boleh menghubungkan kerjaya sekarang dengan kerjaya masa depan. Jadi, kemas kini keduanya.
Bahasa dalam sesuatu organisasi menyerlahkan budaya, keutamaan dan nilai mereka. Anda boleh meneliti bahasa ini dalam website, job descriptions atau ketika sesi networking dengan para pekerja di sana. Apakah ayat atau perkataan yang selalu diulang-ulang? Berlatih ‘bahasa’ ini dan sertakannya dalam resume anda.
Bina naratif yang jelas dan menarik tentang mengapa anda mahu bertukar kerjaya. Dedahkan persamaan kerja dahulu atau kemahiran yang dimiliki, yang boleh menjadikan anda sebagai calon terbaik untuk dilantik bekerja. Jangan lupa menggunakan ‘bahasa’ mereka dan jangan sesekali mengkritik majikan lama.
Ramai orang takut untuk berunding, bimbang kiranya tawaran kerja yang dimohon akan ditolak. Sebenarnya jika teknik rundingan betul, anda boleh mendapatkannya. Malah jika telah ditawarkan bekerja, dan organisasi tersebut mahu anda menerimanya, mereka pasti akan mempertimbangkan permintaan tersebut. Caranya:
Proses bertukar kerjaya boleh menjadi satu pengalaman emosi roller coaster. Jadi pastikan anda selalu membuat aktiviti yang dapat memberi keyakinan diri apabila berjumpa orang lain.
Jangan termakan kata-kata stereotaip yang menghalang anda daripada mengejar cita-cita. Cubalah perkara baru, bereksperimen dan mulakan networking untuk meneroka pelbagai peluang lain di luar kotak fikiran kita.
Paling utama, terapkan perasaan positif dengan ujian ini. Berjimat-cermat dan cuba kawal perbelanjaan anda sebaik mungkin sepanjang usaha mendapatkan kerjaya baru. Jaga diri dengan mematuhi SOP yang dikenakan dan bersyukurlah kerana anda masih sihat dan bebas daripada jangkitan COVID-19.
This website uses cookies.