Banyaknya kerja rumah. Mencuci kain, menjemur, mengangkat kain jemuran dan melipat. Esok pula nak kerja, banyak baju perlu digosok. Ramai wanita baik suri rumah ataupun yang bekerja, cuba mengelak dari menggosok pakaian. Tapi ada tips yang boleh anda praktikkan!

 

Ads

Gunakan meja menggosok sepenuhnya

Ketika menggosok seluar, letakkan sebelah bahagian seluar di atas meja gosok. Untuk mengemaskan bahagian tepi seluar, gun acara lipatan yang betul dan gosok  di atas meja gosok. Sisi meja gosok pula boleh digunakan untuk menggosok bahagian lengan. Masukkan saja lubang lengan pada hujung meja.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Hilangkan tanda besi dengan cuka

Jangan stres jika terdapat tanda besi pada pakaian akibat kesalahan anda menggosok pakaian. Hanya celupkan kain bersih ke dalam cuka dan sapukan pada tanda kotoran. Pastikan anda menggunakan kain bersih setiap kali menyapu cuka agar kotoran tidak menjadi lebih teruk. Akhir sekali, lap dengan air sejuk.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Gunakan Teknik menggosok

Menggosok secara memanjang dan lurus. Elakkan gosok secara circular kerana boleh menyebabkan fabrik meregang atau stretch. Ia juga boleh menimbulkan tanda besi seterika pada pakaian.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Didih air semburan

Biasanya anda akan menggunakan semburan air untuk melancarkan ‘proses’ menggosok. Apa kata didihkan dahulu air semburan sebelum digunakan. Jika anda menggunakan seterika elektrik, tunggu sehingga airnya mendidih sebelum digunakan.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Gosok sekitar perhiasan

Biasanya kita akan mengelak bahagian zip dan butang ketika menggosok. Begitu juga terhadap sekuin, glitter dan renda kerana akan meninggalkan kesan pada perhiasan busana. Kalau masih perlu, terbalikkan baju dan gosok pada bahagian dalamnya.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Ads

Ikut turutan

Ada sesetengah pakaian mudah digosok tanpa perlukan langkah demi langkah. Tetapi jika menggosok kemeja, mulakan dari bahagian kolar, lengan depan dan belakang, bahagian belakang baju dan akhir sekali bahagian depan. Cepat dan mudah!

Gunakan bobby pin

Bila menggosok skirt pleated, gunakan bobby pin pada lipatan. Ia memudahkan anda untuk menggosok dengan lancar tanpa perlu menyusun satu per satu.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Posisi meja gosok perlu sesuai!

Ads

Ubah ketinggian meja gosok mengikut ketinggian dan kesesuaian anda sebelum mula menggosok. Jangan sampai anda terlalu membongkok atau terlalu jauh dari kedudukan menggosok. Takut nanti anda mula sakit pinggang.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Gosok satu sisi

Ini adalah teknik bijak. Sekiranya anda sudah menggosok satu bahagian, sebagai contoh bahagian belakang, mungkin anda tidak perlu lagi menggosok bahagian depan dan sebaliknya. Ikut pemerhatian mata anda agar dapat memudahkan proses menggosok dan menjimatkan masa.

Barulah Senang Nak Gosok Baju. TEKNIK Perlu Betul!

Elak gosok baju kotor

Sebelum memasukkan baju ke dalam mesin basuh, pastikan kekotoran pada baju dibersihkan terlebih dahulu. Mula menggosok, pastikan pakaian anda bersih. Jika kehangatan seterika terkena pada bahagian yang kotor, ia akan meninggalkan kesan dan sukar ditanggalkan.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI