Kediaman yang ringkas tak bermakna tiada jiwa di dalamnya. Bagi anda yang tidak sempat menghias rumah dengan bunga-bunga segar, beberapa trik ini boleh dipraktikkan untuk mewangikan ruang-ruang kesukaan.
(1) Didihkan hirisan lemon
Petua ini dikongsikan oleh seorang pereka hiasan dalaman, Rhobin DelaCruz yang dipelajari daripada ibunya. Dalam sebuah periuk kecil, didihkan air yang berisi hirisan lemon, lavender atau daun pudina. Haruman manis yang tersebar di udara akan menyegarkan ruang dapur dan meja makan anda.
(2) Soda penaik hilangkan bau singki
Bau yang kurang menyenangkan mungkin bermula dari perangkap kotoran singki anda. Bersihkan dan buang kotoran tersumbat. Jika bau busuk masih ada, tuangkan 1/2 cawan soda penaik dan bilas dengan air mengalir hingga hilang bau tersebut.
(3) Hidupkan ketuhar pembakar
Tiada aroma yang lebih lazat daripada bau biskut, kek atau roti yang dibakar dalam ketuhar. Jadi apabila tetamu datang, pastikan anda membakar sesuatu di dalam ketuhar bagi menghidupkan home feeling.
(4) Nyalakan lilin di tempat strategik
Menghidupkan lilin adalah cara paling mudah untuk mewangikan rumah anda, tapi letakkan di tempat yang strategik untuk meningkatkan aromanya. Selain ruang yang menjadi laluan utama, letakkan di atas meja sudut atau meja konsul.
Pilihan Nona: Peace Candle oleh Amouage (RM335). Lilin dengan haruman terbaru Midnight Flower Collection ini dipersembahkan dalam bekas kaca Itali biru muda berhiaskan tulisan keemasan dan putih. Ia juga dirumus dengan lilin mineral terbaik untuk menyebarkan haruman paling kuat dan boleh menyala hingga 40 jam.
(5) Sembur pewangi bilik
Agar ruang privasi anda sentiasa berbau segar, semburkan pewangi bilik pada kemasan lembut seperti kusyen, sofa, karpet serta langsir anda. Anda boleh juga menyembur tempat-tempat yang berbau hapak seperti almari kasut.
Pilihan Nona: Peace Room Spray 100ml oleh Amouage (RM310). Semburan bilik ini diadun untuk menghasilkan keberkesanan maksimum dan sentuhan kemewahan di setiap bilik yang kekal selama berjam-jam.
Lilin & Semburan Bilik Peace, Midnight Flower Collection
Haruman Amouage yang menenangkan ini diinspirasikan dari musim luruh, dengan warna-warna dan haruman yang menawan hati. Refleksi detik-detik tenteram, ‘Peace’ membuka dengan haruman Oakmoss, Cedarwood, dan Kayuan Gaiac. Haruman utama Anggur Hitam, Rhubarb dan Labdanum, melambangkan perkara dalam kehidupan yang tidak merumitkan dan penuh kebahagian. Haruman dasar Tuberose pula menyerlahkan kesejahteraan diri melalui keamanan.
Gedung Amouage terletak di Pavilion, Starhill Gallery, Isetan KLCC dan KLIA. Norzalina Mohd Alias
This website uses cookies.