Kita jaga kita untuk semua. Penambahan dua minggu lagi adalah yang terbaik untuk semua dalam usaha memutuskan rantaian virus COVID-19 ini. Ada hikmah untuk semua yang berlaku. Pastinya Ramadan 2020 meninggalkan kenangan lebih bermakna dari sebelumnya.
InsyaAllah kita akan melaksanakan ibadah berpuasa dengan lebih sempurna dan lebih fokus dalam rumah. Kalau perlu dilanjutkan juga sehingga Aidilfitri, raya tetap raya tapi kita nikmatinya dengan rasa bersyukur hanya dalam rumah. Alhamdulillah.
Ada juga segelintir yang mungkin emosinya sedang bergelora dengan apa yang berlaku. Biasanya jiwa bergolak ini disebabkan dua perkara kerana kegembiraan yang memuncak atau ditimpa musibah yang berat.
Dalam keadaan ini, siapa yang mampu menguasai perasaannnya dalam setiap keadaan yang memilukan atau menggembirakan, nescaya dia akan berhak mendapat penghargaan dengan hati yang teguh dah stabil serta memperoleh ketenangan dan kebahagiaan kerana berjaya mengalahkan nafsu.
Sis Kiah berkongsi kata-kata yang pernah dibacanya dalam sebuah buku berjudul Don’t Be Sad karya Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, “Allah menyebut bahawa manusia adalah makhluk yang senang bergembira dan berbangga diri. Namun, menurut Allah, ketika ditimpa kesusahan manusia mudah berkeluh-kesah dan ketika mendapatkan kebaikan, manusia menjadi kikir kecuali orang-orang yang menunaikan solat.
Maka mereka itulah orang-orang yang mampu berdiri seimbang di antara gelombang kesedihan yang keras dengan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka itulah yang akan sentiasa bersyukur tatkala mendapat kesenangan dan bersabar tatkala ditimpa kesusahan.”
Sesungguhnya emosi yang tidak bijak dikendalikan akan membuat kita menjadi letih, resah, sedih dan menyakitkan. Tapi itulah hakikatnya kita yang bernama manusia. Bila terlalu gembira, kita akan menikmatinya sehingga lupa diri dan tidak ingat siapa dirinya. Bila ditimpa sakit, saat tubuh gementar barulah menyedari asal-usulnya.
Sis Kiah kagum dengan mereka yang bijak mengawal emosi dan bijak mengendalikan keadaan dengan benar kerana akan terlihat segala ketenangan, kebenaran, petunjuk dan tahu memutuskan sesuatu itu dengan benar. Gunalah akal kita dengan sebiak mungkin dan jangan mudah kita tergelincir dengan hasutan nafsu.
Janganlah kita berfikiran sempit dan melihat dunia ini dalam perspektif kita sahaja. Selain dari mengimbangi emosi kita sendiri, cubalah untuk memikirkan juga perasaan orang lain dan bukannya kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bijak kendalikan fikiran ke arah kebaikan dan mengarahkannya pada perbuatan yang bermanfaat untuk diri kita sendiri dan semua masyarakat di sekeliling.
Cubalah untuk menempatkan diri, sesuai dengan keadaan yang sebenar. Menggunakan akal dan fikiran, bukan terlalu mengikut hati dan emosi. Bijak membina jiwa agar sentiasa bersedia diajak mencari kebahagiaan. Kehidupan dunia yang sementara ini sebenarnya tidak berhak untuk membuat kita bermuram durja , sedih, mengeluh dan lemah semangat. Usahakanlah agar setiap kesedihan yang kita lalui dengan adanya
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI