Gaya Hidup

Menginjak Usia 50-an, Erra Fazira Hanya Mahu Luangkan ‘Masa Berkualiti’ Dengan Anak Dan Dekatkan Diri Dengan Tuhan!

Sebut sahaja Primadona Malaysia, pasti anda semua familiar dengan sosok wanita jelita dan juga pelakon era 90-an, Erra Fazira. Siapa sangka meski kini usianya 49 tahun, namun kejelitaan Erra Fazira tetap terserlah dan tidak memudar.

Malah, Di yang disifatkan sebagai seorang wanita yang mesra, humble dan berfikiran positif, tidak hairanlah mengapa dirinya kekal relevan dalam idustri seni tanah air sehingga ke hari ini.

Selain aktif membintangi bidang lakonan, bakat Erra dalam dunia nyanyian turut menyerlah. Hingga kemampuan vokal bekas Ratu Cantik Malaysia ini mendapat pujian ramai apabila dia berjaya berpadu suara dengan legenda rock tanah air di Konsert Romantika Awie di Sabah pada Ogos tahun lepas.

Dalam kesibukan kerjaya sebagai anak seni, duta dan ahli perniagaan serta usia yang makin meningkat, ia nyata tidak menjadi penghalang buat pemenang anugerah Pelakon Filem Wanita Popular tersebut untuk melakukan aktiviti lasak dan bersukan.

Bahkan aktres filem Maria Mariana ini gemar beriadah seperti berbasikal bersama teman-teman dan anak tersayang, Engku Aleesya.

Apatah lagi, Erra mengamalkan gaya hidup sihat dengan pelbagai rutin senaman dan pengambilan diet seimbang.

Luangkan Masa Berkualiti Bersama ‘Permata Hati’ Engku Aleesya

Terdahulu, Erra berkongsi video bersama Aleesya ketika keluar menonton tayangan filem Barbie.

“Hari ni mom patut ada sesi usrah tau. Tapi mom lupa dah janji dengan anakanda nak layan Barbie. Terpaksalah mom korbankan sesi mom. Maka ke cinema lah kami.

Mom dok komplen sebab nak ber’pink’ bagai. Rupanya memang yang menonton movie ni majoriti pakai pink. And guess who we bumped into..?!

It’s @kupu_kupu n @qasander s family. Semua pun pakai pink. Pheww lega. Anyway, kepada yang jarang dengar Aleesya potpet haaa sekarang dah dengar kan? Dia kalau potpet mom

pun kalah.”

Hadiri Usrah Dan Kutip Ilmu Agama Demi Dekatkan Diri Pada Allah

Sejak beberapa tahun lepas, kelibat Erra Fazira sering kelihatan menghadiri banyak majlis ilmu. Setiap kali rakan-rakan artis mengadakan sesi usrah di kediaman mereka, pasti jelitawan ini hadir untuk mendalami ilmu agama.

Malah, ada ketika dia turut membawa anak tersayang ke majlis seumpama itu.

Mengimbas temu bual Nona bersama Erra ketika dia menjadi penghias Nona Oktober 2018, dia yang merupakan wanita berdikari dan berstatus ibu tunggal tak mahu menjadikan ia halangan mengejar impian.

“Jangan menghempas diri.. kita kena bangun. Kita tak ada orang lain untuk kita nak bersandar. Jadi, semua sandaran tu hanya kepada kita. Maka bangunlah.

Kita ketepikan tanggapan orang lain terhadap kita. Tapi kadang-kadang yang paling sakit itu adalah tanggapan daripada keluarga atau saudara-mara sendiri.

Tapi tak apa, itu semua cliche. Kita buktikan bahawa ibu tunggal boleh membesarkan anak, boleh hidup dengan baik.. boleh didik anak dengan baik. Yang penting, kita balance

dunia akhirat.”

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Erra Fazira

Share
Published by
Haifa Nasir