Meniti 41 Tahun & Ibu 2 Anak, Pesona NURUL IZZAH Bertudung Bawal Jadi Ikutan!

Anak perempuan kepada ahli politik terkenal tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini sememangnya memiliki aura luar biasa. Selain petah berbicara, Nurul Izzah juga merupakan antara muslimah yang menjadi inspirasi dan ikutan ramai kerana keperibadian yang menarik serta dikurniakan rupa paras yang cantik.

Sejak awal pembabitannya dalam arena politik hingga ke hari ini, Nurul Izzah dilihat selesa dengan gaya sederhana dan tidak keterlaluan. Walau ringkas tapi penampilannya tetap memukau pandangan.

Aktif turun padang mendalami nasib masyarakat dan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga menjadi inspirasi golongan wanita bukan hanya kerana kejayaannya bahkan penampilan Nurul Izzah yang sopan dan sejuk mata memandang. Dari awal pembabitan hingga sekarang, dia tetap setia menggayakan tudung jenis bawal atau square.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut gemar memakai tudung polos berbanding yang bercorak. Mengintai laman media sosial milik Nurul Izzah, kebanyakan koleksi hijab bawal miliknya adalah dari rona lembut dan pastel. Antaranya warna nude

, ungu, peach, pink dan kelabu.

Tengok lilitan tudung Nurul Izzah pun sangat mudah dan senang. Tak perlu pakai banyak jarum dan kerongsang. Dalam masa kurang lima minit pun dah siap. Paling penting, Nurul Izzah akan memastikan tudung yang dipakai labuh menutupi dada dan kemas.

Ketika menjadi penghias Majalah Nona bersama adik-beradik perempuannya, Nurul Izzah mengakui kebanyakan gaya hijabnya ditata rias oleh adik perempuan sendiri, Nurul Nuha Anwar. Pun begitu, dia disifatkan seorang kakak yang penyayang dan menjadi tempat mengadu serta rujukan adik-beradik. Lebih menarik, dalam kalangan adik-beradik dia juga antara yang paling aktif dalam media sosial.

Adik-beradik Nurul Izzah

19 November nanti, genap 41 tahun usia Nurul Izzah. Meskipun aktif mengembangkan kerjaya politik namun dia tetap memberi sepenuh perhatian dan mengutamakan dua permata hatinya iaitu Raja Nur Safiyah dan Raja Harith. Nurul Izzah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

 

 

Kredit foto: Instagram Nurul Izzah

Share
Published by
Suzi