Jika kebanyakan wanita lain seusia Erra Fazira mula kehilangan daya penarik, ibu Engku Aleesya berumur 47 tahun ini pula sebaliknya. Bayangkan sehingga kini, bekas Ratu Cantik Malaysia dan primadona filem Melayu itu masih lagi aktif sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan duta produk.
Saban hari melihat hantaran Erra Fazira di media sosial, cukup terasa sifat keibuan dan keprihatinan beliau terhadap isu semasa.
Paling menarik, biarpun sekadar bersolek tipis, usahawan tudung Rara by Erra Fazira ini tetap kelihatan berseri-seri biarpun sekadar bergincu merah. Terpesona betul melihat kejelitaan semula jadi pelakon utama Gerak Khas tersebut kala berbicara!
View this post on Instagram
“Ku panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia dan dberi kenikmatan dunia. Semoga dikurniakan kekuatan iman, kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa, petunjuk dan hidayah serta kebahagiaan dunia akhirat buat semua.
Kasih dan sayang buat Mak yang pernah bersusah-payah membesarkan anak sulungnya.
Sayang yang mendalam buat seisi keluarga juga peminat-peminat yang banyak mendoakan kesejahteraan saya selama ini.
Kepada ahli keluarga, rakan taulan, warga industri hiburan, para peminat filem tempatan, pengikut industri muzik negara dan seluruh warga nusa, InsyaAllah, kita akan berjaya melawan virus. Dengan semangat kita jaga kita, tentu kita akan berjaya.” Erra Fazira
Bagi penduduk di sekitar Lembah Klang, tentu sekali kerap terserempak papan tanda gergasi di Lebuh Raya Persekutuan, yang memaparkan wajah Erra Fazira sebagai wajah produk penjagaan rambut Faith Fleur. Begitulah hebatnya pengaruh Erra Fazira sampai ke saat ini!
DISAYANGI RAMAI
Dengan rekod followers Instagram mencapai 3.7 juta, ruang komen Erra Fazira seringkali dibanjiri komen serta doa-doa peminat yang menyayanginya.
Jelas betapa kuatnya pengaruh beliau di jiwa peminat, Erra jelas seorang artis yang bukan saja berbakat besar, malah mesra orangnya dan suka merendah diri.
Tak puas menatap kecantikan Erra, keletah bersama anak gadisnya juga mencuit hati. Aleesya ni makin besar, makin cantik dan mirip ibu tersayang.
View this post on Instagram
Kata Erra, “There are some things money can’t buy.. Money is numbers and numbers never end. If it takes money to be happy, our search for happiness will never end…”
Bermakna rahsia kecantikan dan awet muda Erra Fazira hanyalah kebahagiaan. Hati yang tenang dan penuh sifat positif mampu memancarkan pesona tersendiri. Be happy!
Sumber: @errafazira