Kecantikan

Meniti Usia 40-an, LUFYA OMAR Kongsi Tips Agar Kulit Wanita Kekal ‘Glowing’ Hanya Dengan Satu Bahan

Ramai yang inginkan kulit yang cantik untuk tampil lebih confident di khalayak ramai. Tentu sekali kita tidak mahu jika ada sesetengah orang yang gemar memberi komen tentang penjagaan kulit jika mereka lihat terdapat bekas jerawat dan cela yang begitu jelas.

Pelakon dan juga penyanyi, Lufya Omar, mendedahkan rahsia kejelitaannya bersama NONA! Hanya menggunakan tomato sahaja cukup membantu dalam rutin kecantikannya.

Sebiji Tomato Mampu Serlahkan Kejelitaan!

Menurut Lufya ketika di temubual, dia sudah pun mencuba satu tip kecantikan yang digemarinya baru-baru ini. Katanya, hanya perlukan sebiji tomato sahaja boleh buatkan muka glowing dan segar dari sebelumnya!

Apa yang anda perlu adalah sebiji buah tomato yang di potong empat. Bekukan di dalam peti seju untuk ‘keraskan’ sedikit teksturnya sebelum mula pakai di muka.

Setelah tomato menjadi beku, gunakan satu potongan sahaja sebagai ‘scrub’ di muka dan biarkan dalam beberapa minit. Anda akan lihat efek di muka tampak lebih ‘glowing’ dan ‘fresh’. Lufya juga berkata dia hanya menggunakan satu potongan untuk satu hari, bermaksud 4 potongan tomato bersamaan 4 hari!

10 Tip Guna Tomato Untuk Cantik!

Teknik ini juga pernah dikongsikan oleh Nornafisah Zamry, wanita ini juga senaraikan 10 lagi tip yang menarik yanb boleh anda gunakan hanya menggunakan tomato! Antaranya:

1. Rawat Jerawat

Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.

Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

2. Pudarkan Bintik Hitam Di Muka

Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.

3. Kecilkan Liang Pori Kulit Wajah

Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.

4. Atasi Kulit Kering

Campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.

5. Rawat Ton Kulit Tidak Sekata

Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.

6. Singkirkan Lemak Degil

Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.

Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.

7. Kulit Badan Yang Mulus

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.

8. Rawat Rambut Kering Dan Bercabang

Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.

9. Kelemumur

Lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.

10. Rawat Lingkaran Hitam Bawah Mata

lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber Foto: Instagram Lufya Omar

Share
Published by
Haifa Nasir