Pelantun lagu ‘Tenda Biru’ Desy Ratnasari antara selebriti Indonesia yang terkenal dengan penampilannya yang memukau dan awet muda. Disember tahun ini genaplah usianya yang ke-50 tahun.
Biarpun memiliki pesona yang tak luntur dek usia, Desy Ratnasari tetap memilih untuk hidup sendiri berstatuskan ibu tunggal anak satu.
Nona kongsikan 5 info terkini mengenai aktres dan penyanyi kelahiran Jawa Barat, Indonesia ini yang kini aktif dalam bidang politik.
AWET MUDA
Ini adalah penampilan terkini Desy Ratnasari ketika menghadiri promo filem terbarunya, Buya Hamka.
Terserlah kecantikaan Desy Ratnasari persis wanita yang berusia 30an.
ADA KELAS TERSENDIRI
Semakin berusia, daya tarikan Desy Ratnasari dikatakan semakin meningkat.
Bukan sahaja cantik, sikap Desy Ratnasari yang tenang serta bijak membuatkan dirinya kelihatan lebih classy.
SELESA BERSENDIRI
Sudah 20 tahun Desy Ratnasari berstatus janda. Walaupun sudah bertahun-tahun bergelar janda, masih tiada tanda-tanda Desy Ratnasari bakal mengakhiri zaman jandanya itu.
Desy Ratnasari lebih selesa hidup sendirian di samping anak perempuan tunggalnya, Nasywa.
DENGAN ANAK MACAM KAKAK-ADIK
Walau tidak mempunyai pasangan, Desy Ratnasari tetap kelihatan ceria menjalani hari-hari bersama anak tunggalnya.
Dia sering berkongsi detik-detik mereka di akaun Instagram peribadinya. Setiap kali mereka berjalan berdua, ibu dan anak ini sentiasa kelihatan seperti adik beradik.
FOKUS KARIER & ANAK
Dalams satu sesi temu bual, Desy Ratnasari pernah mengakui dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk jodoh.
Ini kerana, dia masih belum menemui lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami. Buat masa ini, Desy Ratnasari memilih untuk lebih fokus kepada karier dan membesarkan Nasywa.
Kredit Foto: Instagram Desy Ratnasari